Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 August 2014

Kenapa Berblog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau ada gathering dengan blogger mesti akan ada soalan kenapa berblog dalam sesi ice breaking. kalau dulu jawapan saya satu je. untuk pecahkan kebosanan waktu takde kerja time office hour. serius itu je matlamat utama. sebab tue entry zaman dulu sangatlah tidak matang. tulisan besar kecik besar kecik. tulisan kaler maler. gambo sebesar alam berderet-deret. tak matang sungguh. tutup muka baca entry sendiri kahkahkah

tapi sejajar dengan pertambahan usia makin matanglah perjalanan entry blog Kiera'Sakura. ye itu nama blog dulu dan kini ditukar menjadi Kira Sakura. sebab nama Syakira bukan Syakiera kahkahkah :p tapi tak kisah pun kalau spelling dalam wassap atau memana kawan-kawan sebut Kiera, yela nak bezakan dari perkataan kira-kira kannnn.


sekarang motif berblog dah tukar seratus peratus. lebih banyak bercerita perkembangan anak (mengaku) supaya nanti bila Fateh Uwais dewasa boleh baca sendiri setiap dugaan ujian cabaran dan pahit manis ummi abi membesarkan dia. yela mana la tau kot nanti ummi terlupa, boleh la semak balik dalam blog. siap tarikh sekali ada tercatat. nak buat buku sejarah diri sendiri pun bolehhhh :p

lagi satu saya lebih suka share petua, cara atau punca sesuatu penyakit itu. macam masa mengadung pernah share pasal Sakit Di Miss V semasa hamil, dah bersalin share Pengalaman Bersalin, dah keluar anak share cara saya mengasuh anak. dan macam-macam lagi. atleast mungkin boleh berkongsi atau membantu pembaca kat luar yang pernah mengalami ujian sama dengan saya. takde buntu sorang diri kan. lagi satu sebagai rujukan untuk diri sendiri. kadang bila nak bantu seseorang yang mungkin tak kenal blog kita. jadi cara nak refresh balik pengalaman adalah dengan merujuk pada entry diri sendiri.

apa pun nawaitu pertama berblog kena betul. jadikan blog salah satu platform kumpul pahala untuk alam kekal kat sana. jangan la kat blog duk mengutuk orang tu orang nie. tunjuk aurat kat umum. nanti sampai dah masuk kubur pun saham dosa tue masih mengikut. insyaAllah sama-sama kita kejar buat kebaikan. yang saya terlupa mintak tolong kawan-kawan ingatkan, sebab kita kan nak masuk syurga sama-sama kan? ;)   

06 August 2014

Fateh Uwais #11 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah 1 Ogos 2014 aritu genap anak bujang golden hair sorang ni 11 bulan. sebulan jeeeeee lagi nak genap setahun. haishhh cepat betoi masa berjalan. ummi tak decide lagi nak buat kenduri doa selamat untuk dia kat mana. dilema sungguh!!! orang kata kalau anak sulung memang feel mak-mak cenggini ye. dilema sesaje!! kihkihkih :p

Alhamdulilah Fateh Uwais jenis ringan badan walaupun badannya semangat. bulan puasa aritu dia dah mula bertatih sikit-sikit. masuk je raya dah mula laju kesana kesini. itu yang dekat rumah opah tok boleh masuk geng abang long dengan abang danial. orang dah dapat kaki la katakannnn. berlagak je rupanya. kalau dulu jenuh ngejar dengan merangkak. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan anak ummi.

rambut pun dah makin lebat. pesen ummi. rabut halusssss dan perang. kalau tengok rambut dia kena cahaya matahari lagiiii nampak perang. itu yang lekat abi duk panggil golden hair :p


dah pandai salam orang. siap cium tangan pakej lumur jari orang dengan air liur lagi =.= sabooo aje la. tapi ada mood jugak. kadang tu takmau langsung. kadang sampai tiga empat kali duk hulur tangan nak bersalam. Flying kiss. bila suruh flying kiss. dia terus tekup mulut dengan tangan. kiss tertutup la tu. takdan nak flying kihkihkih :p

Alhamdulilah lepas je dapat kaki aritu gigi pun mula muncul. ada la seketoi. bila suruh tunjuk gigi nganga kemain besar tapi gigi secoet je yang nampak. kelakar la awak ni Fateh Uwais. gigit pipi baru tau.

kebanyakkan benda baru yang dia belajar mak ngasuh dia yang ajar. bila saya balik. mak ngasuh suruh tunjuk dekat ummi. Alhamdulilah Uwais dapat mak yang baik. mak yang jaga macam anak sendiri. sampai boleh declare la anak bongsu orang tu punya manja kemain. tambah dah reti sebut 'abah' lagi seronok la abah tu manjakan dia =.="

moga Allah terus permudahkan urusan awak Fateh Uwais. sentiasa lindungi dan berkati tiap nafas awak. moga jadi hamba Allah yang soleh. dan tak lupa ummi abi serta semua yang sayangkan awak.

05 August 2014

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

choiiiii lama gila engkau cuti ye kira oiiii!!! hewhewhew. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada semua. open house tahun ni kaya dengan bihun/soto sup. Alhamdulilah rezeki mencurah-curah. ada yang nak jemput kami bertiga ke rumah? :D


Alhamdulilah tahun ni giliran beraya dikampung saya. kakak-kakak yang dah berkeluarga pun giliran diorang ke rumah mama papa. boleh la kumpul adik beradik reramai. malam raya dah plan nak solat jemaah, baca yassin dengan takbir sesiap. tapi takbir nya tak jadi pasal tak dengar pengumuman raya esoknya =.= makin besar, makin meriah keluarga kami. cucu mama papa pun cukup lengkap ada 5 orang semuanya. riuh dengan suara diorang aje la. 


haaaa yang ini gambar sebalik tabir sebelum betul-betul punya gambar raya keluar. macam-macam karenah. macam-macam perangai sorang-sorang. budak kecik dua orang tula yang banyak cerita. si abang Danial dengan si adik Uwais. orang tu nangis orang ni diam. kejap lagi tukar pulak yang tu nangis. adoiiiii lah anak.


besar-besar dah anak ummi ni. balik kampung Uwais ramai kakak abang. dengan kakak tak berapa nak main sangat. pantang nampak abang-abang lalu depan mata mesti mengekor. mentang dah dapat kaki boleh laju siki. abang berlari dia pun sibuk nak berlari sama. abang terguling tido pengsan, tapi dia tak nak tido-tido sibuk nak sambung main =.=


memasing dah ada keluarga kecik sendiri tapi memasing jugak masih manja dengan mama papa. cinta hati sampai syurga sana. insyaAllah amin amin. bila reramai macam ni sonok konvoi raya ziarah rumah sedara mara. alhamdulilah. tahun depan tunggu adik kecik balik boleh konvoi lagi ek. jangan tinggalkan daku tauuuu. hikhikhik :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...