Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

09 March 2015

Mengadu Sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

berat 12.5kg

semalam bawak Fateh Uwais cucuk yang terakhir. setahun enam bulan. habis dah sesi cucuk menyucuk untuk anak ummi abi. pagi kemain eksaited. dia mana pernah yang tak eksaited. jalan masuk dalam klinik pun kemain lagi. duduk la lima minit atas kerusi dah panas punggung =.= nampak je muka abi dia masuk klinik terus panggil. "bi bi" terus tarik tangan abi ajak main. pantang kan jumpa kembar siam.

sampai abi surrender takmo ikut dia dah, kerja nak main dekat atas rumput, kahkahkah yela selalu kena duduk dalam rumah je. sekali dapat lepas kemain seronok lagi. jumpa nurse pun seronok sembang tengok nurse tulis itu ini. sekali masa nak cucuk. macam biasa. menjerit nangis. hihihihihi. kesian anak ummi. tak pernah la bila cucuk tu tak nanges. badan je sado tapi hati lembut hihihihi. 

selalu time kena cucuk tu je nanges lepas tu senyap boleh main gelak mengekek. tapi semalam sebab habuan last kot dan nurse tu muda sikit. nurse yang selalu cucuk dia dah naik pangkat pindah tempat lain. nak jalan keluar klinik pun tak boleh. berhenti sebut shakit shakit huuu. dalam kereta pun duk tunjuk kaki dia. bagitau sakit menangis-nangis sampai tertido huuuu kesian anak ummi abi.

dah balik rumah punnn kaki sakit lagi. jalan terhenjut-enjut sambil pegang kaki tempat bekas cucuk. mulut tu shakit jela sentiasa. dan jugak tu lagi nak demand , kena abi je yang layan dia. kalau tidak keras la dekat situ tak bergerak kemana pun T___________T dah abi janji petang nanti abi bawak main dekat playground.

tapi yang ummi heran dan pelik. kenapa bila dekat playground takde nampak macam kaki sakit punnnnnnn.... elok aje memanjat sana sini. lari kemain laju. takde pun macam dekat rumah tadi terhenjut-enjut. ermmmm ermmmm. berlakon ke Fateh Uwais?????


05 March 2015

Kembar Siam Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


macam mana la tak jadi kembar siam abi kalau macam ni punya layanan tuan putera abi yang seorang ni. perhatian kasih sayang layanan seorang abi memang penuh untuk dia. tapi kalau buat salah tetap kena marah, kalau pergi kedai ke memana tetap jugak abi warning jangan manjakan anak beli memacam dekat dia. tapi at the end abi jugak yang tanya "patut tak kita beli dekat Fateh Uwais?" herherher kasih seorang abi Fateh Uwais. iyela insan pertama yang tengok lahirnya Fateh Uwais dari pintu rahim ummi pun abi la jugak kan. sobssss tersebak pulak ingat moment bersalin dulu haaaaa.


tido terus sampai ke pagi lepas mengamuk menangis nak ikut abi keluar rumah. padahal abi dia main bola depan rumah aje pun tapi mengamuk macam apeeeeee je lagi. stress pulak ummi ni. kalau abi tak kerja memang dia jadi kembar siam abi. semua pun abi. nak mandi abi yang kena bukak baju, kalau ummi tolong mesti mengamuk bebai guling atas lantai T___T dah masuk bilik air kalau abi menyakat keluar, ummi pulak yang masuk mesti dengan dia sekali keluar pergi tarik tangan abi suruh mandikan dia. grrrrrrr


berlakon la tu!!! konon macam sedih sangat abi main bola tak bawak dia. tengok, jarak padang tu dengan rumah sekangkang kera aje kan? dia boleh buat sedih depan pintu pagar tu. padahal ummi dah siap belanja bawak round pusing naik kereta dia. sebab takmo dia bebai macam minggu lepas nya tu. baruuuu je masuk rumah dah buat drama tekap muka dekat pagar =.= jenuh nak ajak masuk dalam rumah mandi, itu pun kena upah cakap nak telefon atok, baru nak masuk kalau tidak sampai abi habis main la kot dia jadi peminat setia tunggu depan pagar. haishhhhh kembar siam sungguh!!!!



pitam abi sampai nak mandi, nak masak, nak solat nak buat ape pun semua nak bergayut dekat kaki. ummi jugak yang relaks boleh buat itu ini tanpa ada baby bear melekat dekat kaki hewhewhew :p

04 March 2015

Sabun A-B-D Pureen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sejak-sejak anak dah pandai menyulur merangkak satu masa dulu memang cukup susah hati bila tengok baju dia hitam legam kena habuk lantai huuuu. nak gonyoh baju hari-hari hati tak cukup kuat. mana nak kejar dia lagi. nak gonyoh lagi. dan faktor utama ummi is malas nak menyental semua baju-baju dia hewhewhew. mula dulu saya pakai sabun pureen yang cecair tu. hat tu lagi mahal dari serbuk tapi rupanya jangan disangka yang lebih murah tu takde kualiti. rupanya sabun serbuk yang kat atas ni lagi power dari cecair tu *save duitttttt*

kalau baju dia kena kesan makanan ke hitam habuk ke. hatta dia pakai stokin dan jalan-jalan sesenang hati depan parking rumah sampai legam stokin pun ummi tak payah risau lagi. masuk je dalam mesin tanpa perlu menyental. letak satu scoop sabun serbuk ni. mesin lah sekali dengan semua baju seluar sapu tangan dia yang pakai seminggu tu. haaa kalau sapu tangan yang ada kesan hingus dia ke, kesan makanan ke pun boleh hilang tanpa adegan sental menyental. jimat tenaga ummi kahkahkah :p

cumanya kalau seluar dia terkena kesan yayik ummi rendam dengan sedikit sabun ni dan sental la jugak sikit. kalau baju dia kena coklat yang pekat pun ummi buat macam tu jugak. alhamdulilah memang putih berseri balik semua baju-baju dia. syukurrrrrrr. bau dia pun wangi je. takde lah wangi macam baju kita yang letak softner tu tapi ini bau yang lembut yang sesuai dengan namanya baby. ummi memang recommend kalau ada kawan-kawan yang nak pakai sabun ni.


sabun botol dia pun suka pakai yang pureen sebab ada bau mint atau orange. haaa kalau liquid cleanser ni tak kisah nak beli brand pureen ke fiffy ke atau ikut suka hati sendiri. sebab rata-rata yang pernah ummi beli kesan dia sama je. botol anak seeloknya pakai la sabun jenis ni, tak sesuai kalau nak pakai sabun pinggan kita. sabun pinggan kita tu bau nya kuat. dah cuci bersih-bersih pun akan tinggal bau jugak nanti. takut pulak kalau susu tercemar dengan bau sabun yang kuat itu. kalau sabun ni setakat nak buang lemak-lemak dekat botol susu memang boleh sangat lah. EBM lagi kuat lemak dia melekat dekat botol susu, setakat hari ni alhamdulilah botol dan puting susu uwais takde kesan-kesan kuning macam karat tak tanggal tu lagi walaupun dah makan banyak bulan. saya simpan ok puting botol dia yang lama-lama tu. nak buat eksperimen mihmihmih :p

dan buih sabun ni memang banyak. picit sikit je dalam botol susu uwais, campur air sampai penuh botol dan boleh la cuci sekali dengan botol-botol yang ada tu dan jugak aksesori breast pam ummi. jimat pun jimat la jugak walaupun sabun dia dah boleh beli 2 botol besar sabun pinggan kita hihihihihihi :p

**abi pun akan selalu ingatkan beli dua barang ni kalau dah habis sebab dia sendiri nampak kesannya ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...