Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 March 2015

Mengadu Sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

berat 12.5kg

semalam bawak Fateh Uwais cucuk yang terakhir. setahun enam bulan. habis dah sesi cucuk menyucuk untuk anak ummi abi. pagi kemain eksaited. dia mana pernah yang tak eksaited. jalan masuk dalam klinik pun kemain lagi. duduk la lima minit atas kerusi dah panas punggung =.= nampak je muka abi dia masuk klinik terus panggil. "bi bi" terus tarik tangan abi ajak main. pantang kan jumpa kembar siam.

sampai abi surrender takmo ikut dia dah, kerja nak main dekat atas rumput, kahkahkah yela selalu kena duduk dalam rumah je. sekali dapat lepas kemain seronok lagi. jumpa nurse pun seronok sembang tengok nurse tulis itu ini. sekali masa nak cucuk. macam biasa. menjerit nangis. hihihihihi. kesian anak ummi. tak pernah la bila cucuk tu tak nanges. badan je sado tapi hati lembut hihihihi. 

selalu time kena cucuk tu je nanges lepas tu senyap boleh main gelak mengekek. tapi semalam sebab habuan last kot dan nurse tu muda sikit. nurse yang selalu cucuk dia dah naik pangkat pindah tempat lain. nak jalan keluar klinik pun tak boleh. berhenti sebut shakit shakit huuu. dalam kereta pun duk tunjuk kaki dia. bagitau sakit menangis-nangis sampai tertido huuuu kesian anak ummi abi.

dah balik rumah punnn kaki sakit lagi. jalan terhenjut-enjut sambil pegang kaki tempat bekas cucuk. mulut tu shakit jela sentiasa. dan jugak tu lagi nak demand , kena abi je yang layan dia. kalau tidak keras la dekat situ tak bergerak kemana pun T___________T dah abi janji petang nanti abi bawak main dekat playground.

tapi yang ummi heran dan pelik. kenapa bila dekat playground takde nampak macam kaki sakit punnnnnnn.... elok aje memanjat sana sini. lari kemain laju. takde pun macam dekat rumah tadi terhenjut-enjut. ermmmm ermmmm. berlakon ke Fateh Uwais?????


11 comments:

idzwa kamaruddin said...

budak bijak..hehehee..

NM03 said...

salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link, kalu sudi meh terjah ngumah saya gak.. maseh..

Z@i Z@mR33 said...

hahaha...dh cerdik dh.pndai no blakon

Puteri Beribiru said...

hahaha pandai budak kecik ni yee..
dah jumpa playground hidup je diaaaa..
comel

aizamia3 said...

salah satu cara nak tarik perhatianlah tu.. ;)

Ardilla Noorezan said...

Comel je Fateh Uwais sampai playground lupa sakit terus haha

ummi aqilah (LM) said...

Sian uwais.. Mmg sakit pun. Kita yg tua kena cucuk pun sakit


Ops g taman lupa sat sakit tu. seronok dpt main mmg lupa la kejap..

QasehnyaRania said...

hahaha.ada bakat berlakon tu.pandai fateh
kira,
dok tengah bayangkan fatrh berjalan dalam klinik tu.x sabat nk rania berjalan. hihi

aryan azra said...

hahaha..pandai uwais ni ye,bikin drama dekat ummi,saja la tu nak dapat upah lepas kena cucuk,dpt main2 kat taman terus sihat

Mad Parihh said...

boleh jadi pelakon cilik ni nanti . hehee

hainom OKje said...

Teringat dulu bawak anak injek mcm Fateh Uwais ni....tak sanggup nak tengok , kesian...
Dah pandai berlakon ke Kiera .....hish menurun sapalah agaknya ni hihi...

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...