Kecintaan Kesayangan

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Fateh Uwais Nadzri

13 June 2013

Kisah Khalifah #Susu Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

masa jumpa Pakar Zat Makanan ritu. dia ada tanya saya minum susu brand ape sepanjang hamil nie. saya jawab la Nestle Mom & Me. masa dia tanya minum berapa gelas sehari? saya dengan confindent jawab, DUA!!!! tapi bila lepas tue dia tanya pagi, tengahari dengan malam makan ape. kantoi yang saya sebenarnya cuma minum segelas je sehari. ape la ummi nie =.="

dan tambahnya lagi susu nestle khasiat dia tak tinggi sangat jadi nanti tak cukup untuk saya dengan baby sepanjang hamil nie. lepas saya tanya susu ape yang tinggi khasiatnya. dia pun check jadual susu dia, rasa rugi pulak tak ambik photostat ritu, suka-suka awak je kan syakira nak mintak photostat =.= katanya anum dengan lagi satu brand (brand mahal, tapi dah lupa nama) yang paling tinggi khasiatnya. saya pun tanya la kalau minum anmum betul ke boleh buat baby besar dalam perut? sebab ada saya dengar desas desus yang kata macam tue. katanya, takde la. kadang baby besar dalam perut atas faktor lain sebagai contoh ibu yang ada kencing manis masa preggy. ok paham. 

dan info tambahan, cuba elakkan minum susu yang berperisa macam coklat atau mangga, minum yang natural punya. yang itu paling bagus. sebab bagi susu yang berperisa ada tambahan gula dalam susu, nanti tak pasal boleh dapat kencing manis. Oooo macam gitu. baru ingat nak minum anmum mango,  ritu masa promoter tue bagi rasa dia sedap la jugak boleh nak minum. terus cancel. beli yang biasa punya sudah.


lepas episod cerita macam-macam kat abi pasal susu tue. dan buat drama nak tukar susu anmum, siap cakap dengan suami "abi, apsal susu ummi nie rasa minyak ikan ek" masa tue masih minum susu nestle lagi. suami pun beli kan susu anmum materna untuk ummi dengan baby. yeayyyy. padahal kalau tak buat drama pun dapat jela dari abi tue saje menggedik kan :p 


dan untuk dapat cukup khasiat saya pun bancuh sesiap sebotol susu untuk dihabiskan dalam masa sehari. bancuh lepas tue simpan dalam peti sejuk. susu boleh minum masa dia sejuk tapi tak boleh bancuh melebihi suhu 45 darjah celcius nanti mati kultur hidup yang ada dalam susu, dah kurang khasiat dia kan. dan sebenarnya bancuh dalam botol gitu untuk lebih effect masa minum, konon nak bagi ummi lebih bersemangat habiskan sebotol susu. tue nasib baik tak tuang susu dalam gelas kaca macam dalam iklan selalu dok tayang, kalau tak lagi laju abi geleng kepala tengok drama ummi. hahahahaha :p

12 comments:

MR & MRS MAKMUM said...

hahaha bila baca entry2 kira at least nnti dh tau nk minum apa d masa depan ~

aDisH.sHidA said...

huhu...perlu ke minum susu masa ngandung...kalau xnak minum boleh x?

Kesuma Angsana said...

hehehe KA suka minum anlene waktu preggie dulu2, Kawan2 duk belanja beli sepanjang kehamilan hehehe, theyall yg terlebih excited

neesa_jun said...

adoiii....dah saya x suka minum susu.huhu..apa2pun masih belum preggy lagi.hehe...

tu la..selalu juga dengar..minum susu anmum,baby membesar kt perut..pastu nt nak give birth,effect kt ibu. =D

Z@i Z@mR33 said...

Tu la...org slalu ckp susu anmum baby besar tp tnya doktor depa kata ok ja susu anmum tu...errr....errrr...

Nur Zulaikha said...

minum susu utk kesihtan ibu dan bayi :)

Mummy LiYzA ^^, said...

anmum materna coklat~haha,sedap cm coklat je rsa..yg tuh ja kmi mampu mnum sbb xlalu susu putih tuh..

نورعيم said...

aiyokkkkkk susu lagiiii!

mama aryan said...

akak kali ni tak bole nak minum susu..ni try nak minum dumil mama yg perisa oren,tp mungkin khasiatnya kurang la kan

seharum kasturi said...

patutla anak abg saya tu besar wpun x mkn . cuma minum susu jer . masa ibunya mengandungkan dia mmg detect kencing manis ... thanks info

inche hlovate said...

bgus..yang tak suka minum susu ni mcm mana la nanti kan haha

Fiza Rahman said...

Masa anak 1st memang rajin munum susu anmum. Masuk anak kedua dah jarang. Masuk anak ketiga, amik sample susu kat klinik jer lah. Susu ibu mengandung makin mahal ☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...