Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 October 2013

Tak Dapat Susukan Uwais

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kejadian nie berlaku 5 hari lepas Fateh Uwais bersalin. Macam biasa pagi tue susukan dia walaupun nipple luka teruk. Teruk la jugak bila tersadung dengan baju memang pedih. Asalnya saya tak tau cara yang betul nak cabut nipple dari mulut anak yang tengah menyusu. Main rentap macam tue je sampai la nurse ternampak dan tegur jugak terus diajar cara yang betul nak tarik nipple masa anak tengah menyusu. Huuu mana saya tau. 

Tengahari tue lepas salinkan pampers uwais. Dia tersedak. Ingatkan tersedak biasa. Tapi bila tengok bukan susu yang keluar tapi darah!!! Ada la dalam 2 sudu besar makan darahnya keluar dari mulut uwais  Allahuakbar tatau macam mana nak gambarkab perasaan masa tue. Mama saya pun hampir pengsan tengok cucu dia macam tue. Terus anta gambar kat suami. Suami call saya dia suruh bawak anak ke hospital. Tanya dokte Fana pun dia suruh bawak ke emergency.

Tapi jujurnya saya takut nak bawak ke hospital kerajaan takut diorang kasar buat kat anak. Suami pun risau yang sama. Terus ajak along saya ke klinik raaofah. Klinik yang saya biasa pergi sebelum bersalin dulu. Situ ada sorang pakar kanak2 tak silap. Terdetik kat hati. Saya baru 5 hari dapat anak nie. Sakit bersalin pun tak hilang lagi. Tak sanggup nak terima kalau jadi pape kat kesayangan tue.



jumpa dokte raaofah dia tak pegang babypun cuma dia tanya nipple saya luka tak. Dan katanya normal keluar darah bila nipple saya luka. Dan lebih elok baby keluarkan darah tue sebab badan dia tak boleh terima darah yang masuk.Alhamdulilah semuanya selamat. Dokte sarankan jangan susukan anak sehingga nipple sembuh. dokte suruh pam susu keluar takut nanti bengkak susu pulak. Sampai rumah pam pulak rosak. Pulak dah!!!!

malamnya uwais taknak tido sebab tak puas menyusu. Saya cuma boleh susukan sebelah kiri. Yang itu tak luka teruk macam kanan. Bila tak sanggup tengok anak menangis lapar saya mintak adik belikan susu formula. Dah takde jalan lain. Lepas uwais minum susu tue barulah dia berenti nangis. Tapi saya terus sambung nangis. Awalnya nangis kerana kesiankan anak. Lepas tue nangis sakit bengkak susu. Huuuu mama la yang banyak kali bangun tengah malam basahkan sapu tangan dengan air panas letak pada breast. Barulah saya dapat tido walau dengan linangan air mata.

esoknya dah mula bagi susu ke uwais balik bila tengok nipple macam dah sembuh. Bila lap dengan tisu tengok takde darah melekat baru berani. Kata tukang urut saya bila nipple luka. Sapukan susu kiri di nipple kanan dan sebaliknya untuk sembuhkan luka. Alhamdulilah menjadi. Syukur semuanya pun selamat.

10 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

banyak nya darah kiera....

nasib bek xda pape kat uwais....

cik Anggur said...

mcm mana boleh luka

Zai Zamree said...

ok...dpt lg satu tips... :)

neesa_jun said...

assalamualaikum sis..lamanya x berkunjung ke sini...rindu....tup2 sis dah selamat lahirkan fateh uwais...alhamdulilla..hati jadi sebak..macam nak nangis baca entry uwais keluarkan darah dari mulut...alhamdulillah xda apa2....hurm...camna niple sis leh luka...risau pulak saya... =( Semoga sis n baby sntiasa di lindungi Allah...amin....

Anonymous said...

siannyer KA baca.. doakan moga semuanyer ok yer !

juicy X said...

uihhhh dy tertelan darah kaaaa

inche hlovate said...

nasib tkde pape.. terkejut tengok byk darah tu..jaga diri kak

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah dah baik ye?

Fiza Rahman said...

Ya! allah sis. Tapat bayangkan bila nipple luka. Saya pernah kena sampai kejang2 kaki nak susukan anak. Memang betul, klo luka sapu air susu ibu kat nip tu.

Punca luka mungkin sebab salah latch. Mulut baby tak masuk betul kat nipple. Tu yg bley melecet. SIS, masukkan jari masa nak tarik nipple tu. Jgn main rentap, memang sakit. Tak per...practice make perfect. Jgn putus asa nak breastfeed baby yer. Banyak ilmu kena korek kalau kita betul2 nak bagi susu yang terbaik utk anak. Good luck ☺☺

OKje said...

Okje anak yg sulung pun nipple luka teruk Kiera....Demam susu jangan cakaplah...
Belilah petroleum gel brand Vaseline tu atau pun gloss bibir pun ok kot buh kat nipple time masa senggang tak menyusu tu... lama lama kulit nipple senang nipis tu yg cpt luka tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...