Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

07 November 2013

Pengalaman Pertama Bergelar Ummi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

dah cukup lama tak masuk dalam nie dan dah cukup lama tak jenjalan ke blog kengkawan lain. hurmmm maafkan saya ye. in shaa allah akan kembali aktif lepas dah mula berkerja nanti la gamaknya hihihi.

lain benar lepas perasaan dan life lepas bergelar ummi nie. fokus utama sekarang hanya pada anak selain suami dan keluarga. kalau dulu tido malam teramat lena sampai boleh mimpi jenjalan cari makan lagi. sekarang asal terdengar rengekan anak walau pun halus bunyinya terus tercelik mata nie haa. mandi pulak dah tak sempat nak nyanyi madah berhelah kalau tidak ada yang keluar bilik air tak bersabun bila anak menangis panggil ummi. makan dah tak sempat nak kunyah 44 kali sambil kira butir nasi alamat nanti tak sempat la nak abiskan sepinggan nasi bila anak tersebek-sebek mintak susu. 

tido tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. nah!! sekarang baru kau tahu macam mana pengorbanan mama papa menjaga kau sepanjang kau bernafas kat dunia nie. yang baru sorang pun dah terasa lelahnya ini kan pulak mama papa yang lima permatanya. love u keketat mama ;')
 
si kecik uwais nie tak susah dan tak jugak mudah nak menjaganya. alhamdulilah sepanjang malam Fateh Uwais tak pernah buat perangai ajak main berjaga malam, cuma nanges mintak susu bila perot dia dah lapar, tekak pulak dah kering, selesai susu dia pun tido balik. ASALKAN ummi nya ada kat tepi, kalau tak dapat cium bau ummi mula lah mata nya melilau cari kelibat ummi. tido siang macam biasa la sekejap merengek, bila dia mengeliat suaranya pun akan keluar la walaupun dah selesa berbedung. tapi yang mahalnya bila dia tersenyum masa tido. ohh ummi melting hihihi.


kalau masa awal-awal dulu Fateh Uwais tak berapa nak bagi kerjasama bila bawak keluar berjalan tapi sekarang alhamdulilah dah mula boleh senyum duduk dendiam tapi kalau time dia mengantok siap la abi kena jadi pak guard sementara tunggu ummi susukan Uwais sampai tido.

cuma satu je Fateh Uwais nie garang ikut ummi, kalau sesape kacau dia tengah menyusu tue siap le kena marah dengan dia. tapi takde sape pun yang gerun dengar awak tue marah lagi orang geram adalah hihihi. semalam cucuk untuk bulan kedua. kalau bulan lepas beratnya 3.8 bulan nie pulak 5.05. Alhamdulilah semangat anak ummi abi. lepas kena cucuk badan mula suam2 panas tapi check alhamdulilah demam tak jadi datang. dari 36.8 turun ke 36.6 ke 36.5 dan pagi tadi 36.4 cumanya dia merengek bila rasa badannya tak sedap. malam tadi 4 kali jugak la dia menjerit dalam tido. agaknya teringat-ingat sakit kena cucuk kot huuuu sian anak ummi.



bagi para ibu kat luar sana siap sedia la beli termometer suhu untuk anak. termometer ke namanya? ntah saya ikut sedap je panggil hihihi. kalau boleh beli yang digital senang nak pantau bila anak tak sedap badan. cegah sebelum kena ye tak? :) 
 

12 comments:

Z@i Z@mR33 said...

tu la...dh da ank mkn x knyg,mndi xdan nk bsh, tdo xleh nk lena sgt.
Aqil tiap 2 jam bgn nyusu...mmg ngantuk gila la bl pg.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

lepas ni i pulak nk jadi mummy #ehhh??

=P

inche hlovate said...

comelnya dia..Pinjam boleh kak? hihi

:: Mrs.Eady :: said...

hehehhee..pengalaman baru kan :)

MR & MRS MAKMUM said...

alhamdulillah...dh makin besar & berat da ank ummi & abi....

CIk Ros said...

teringat masa di jj hari tu. abang nadh cakap dia dekat baby care room. Adik ingatkan akak dan abang kat aeon st 18. hahahaha.. padahal kat sebelah stroller tu je pun..

juicy X said...

Sat ja 2bln... umar 5bln BARU 5.8kg

Fiza Rahman said...

Thermometer ni memang kena spare kat umah.

Kaseh Wee said...

dalam pantang lagi yer . comel jer baby tu . dapatlah cium bau baby tiap hari ...

Kesuma Angsana said...

moga terus jadi ummi yg terbaik yer In Shaa Allah !

Mummy LiYzA ^^, said...

hehee..sy0k kan skang peneman todo kita dah bertambah lg sorg~nanti uwais dah bley menerap kan,mlm2 jga nk susu konpom dia akan menyondol je kt dada kita..hehee dia dh pndai cri sndri..kejap je msa berlalu kan~

hainom OKje said...

Wah dah besar dah Uwais.....
Mama pun nak berjalan Uwais....Uwais jangan nangis tau hehe

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...