Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

04 December 2013

Ummi Sebak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebak sangat nak hantar Fateh Uwais pagi tadi. sampai rasa nak ambik cuti la arini, nak duduk melayan anak. huuu. semalam balik je dari rumah pengasuh dia mengamuk. ingatkan nak tido, masuk buai dia ngamuk. bagi susu dia main-main, letak atas katil terus menjerit nangis. bila pegang baru diam. alahai anak ummi. ummi tau tue bahasa dia nak bagitau yang dia rindu ummi, tak puas main memanja dengan ummi hari sebelumnya tue. ummi layankan aje la walaupun badan letih baru balik kerja. bila tengok anak tersenyum manis tue hilang semua penat kerja.

malam semalam memang mood dia tak berapa nak elok, nak merap je. syukurlah ada housemate sorang tue nak tolong jaga time saya makan dan solat. sebab dia suka tengok tivi dan rumah sewa takde tivi. Kak Yati bagi dia tengok barney kat tab, sekejap je lepas tue dia sambung ngamuk balik. bagi tengok tivi bisu (almari gambar kartun tom & jerry) baru diam, siap jerit-jerit lagi dengan tivi bisu dia tue. sabo aje la budak sorang tue. 


disebabkan duduk rumah sewa, abi dia beli sesiap buai letrik. senang saya nak mandi, makan, solat atau buat pape, dengan harapan tak nak menyusahkan kawan-kawan rumah nak tolong jaga dia. pasang je buai letrik bila dia dah tido dan saya boleh curik-curik buat kerja lain. awalnya dulu saya takde niat pun nak beli buai letrik sebab takut dia biasa berhenjut, nanti susah pulak nak ke klinik atau mana-mananya. tapi takde pilihan lain bila saya dengan dia je kat sini tanpa suami atau family. Alhamdulilah Fateh Uwais anak baik, dia tak menyusahkan ummi abi bila bawak keluar. mekasih yayang ummi abi (selalu ucap terima kasih kat dia, biar dia tau kita hargai setiap apa yang dia buat)

pagi tadi elok lepas mandi, saya intai dalam buai tengok dah jaga. mintak tunggu sekejap sementara saya nak solat. alhamdulilah dia elok je main sensorang dalam tue siap menjerit-jerit lagi. seronok sangat agaknya. mana la ummi tak sebak dengan dia hari nie. sungguh rasa takmau pegi kerja arini. tak boleh lupa muncung dia masa hantar ke rumah pengasuh tadi. muncung tunduk bawak je, mengantok dah la tue. hihihihi

6 comments:

Kesuma Angsana said...

sabar yer..faham sagt perasaan seorang Ummi tu !

MR & MRS MAKMUM said...

yayang techik...

pandai dh erk jaga diri. kalo tgk depan mata msti sian sgt2 ngan muka muncung cm tu. mmm.....nk nanges plak rasa aiyak ni ebru uwais belom ank seniri lagi ~

inche hlovate said...

takpe kak kiera..mula2 je ni..lama2 nanti okay la kan

Sya Mimie said...

wlpun xde anak lagi, tp sebab dh pegang title seorang isteri, paham sngt apa yang kiera rasa.. :')
indahnya jadi seorang ibu.. berharap sngt dapat rasai detik2 tu semua..

aTieYusof Family said...

erm! semua tu akak dah pernah lalui..mmg susah memula nak pisah dgn anak..dulu akak, masa nak start keja Ibu sndiri yg jagakan..itu pn masih rasa tak percaya & mcm tak sanggup..bila keja, ingat anak memanjang..sabar ye..InsyaAllah akan beransur normal semuanya..:)

mama aryan said...

akak biasakan bercakap dgn anak walapon msh kecik,mcm mula2 nak hantar taska dulu, seminggu sebelum hantar tu akak dah cakap hari2 dgn anak,nanti mama keje adik kena duduk taska dgn abg ye..hasilnya mmg cukup bangga la bila pengasuh ckp mudah nak jaga anak akak,baik je tak buat hal,main elok sorg,nangis bila nak susu je..lega sgt bila anak2 faham apa kita cakap

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...