Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

12 January 2014

2013 Yang Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tengok orang lain berthrowback, saya pun tingin jugak hahahaha. alang-alang nak hupdate blog tapi kurang idea kannn :p

January


baru dapat tau secara rasminya ada si kecik dalam rahim. anugerah yang tak ternilai harganya. dan walaupun orang kata masih awal, tapi doktor suggest untuk scan perut. nak tengok baby selamat duduk kat tempat dia ataupun tak. Alhamdulilah segalanya dipelihara Allah

February - March


bila dah bukak Buku Pink untuk ibu mengandung, maka bermula lah episod berulang ke klinik kesihatan. berulang sebab ada problem darah kurang. kalau tak takde masa nak ulang alik situ. bukan best pun huuu



dan pertama kali jumpa adik sorang yang jauh dimata nie. Noraim Ismail. entah bila nak jumpa untuk yang kedua ketiga dan seterusnya tatau la. moga Allah permudahkan jalan kita ye dik. 

April


luluh hati bila Nurul Iman tersayang kena langgar lari. habis kemek-kemek. syukur lah tak lama kemeknya lepas tue terus repair. tapi melayang jugak RM2++ hukhukhuk 

May


bulan kelahiran kecintaan hati saya, suami tersayang dan may lepas jugak bulan sahabat tersayang bertunang dengan TTM nya. insyaAllah CNY nanti akan menjadi isteri sorang. sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. cuma tak berkesempatan nak call tanya preparation. si kecik Fateh Uwais suka nak ambik hp bila saya mula pegang telefon tue. nguuuu. dan pestime ketemu si kecik Muhammad Umar Faiq. adik badik junior KBU si Fateh Uwais hihihihi :p

July


pestime jumpa baby secara 3D!!!! masa nie tengok muka baby macammm muka ummi. tapi sekali bila dia dah besar nie orang kata muka abi dia. heiiii muka abi ummi nie seiras tau. makanya muka abi ummi la. kenot sesekali kata muka abi je. terguris hati ummi!! hahahahahaha :p

August

saat dan penantian menanti si kecik tue keluar menjenguk dunia. ingatkan awal bulan August dah keluarnya rupanya sampai hujung bulan pun tak jugak keluar-keluar. duduk berehat kat rumah infiti lamanya. konon berehat dan ambik tenaga untuk push baby. tapi time bersalin takde jugak tenaganya sebab tenaga dah habis masa duk menahan sakit.hewhewhew

September


dan rupanya Fateh Uwais yayang kenit kecik tue nak bulan besday sama dengan ummi. sobssss terharu ummi :p Alhamdulilah hadiah yang tak ternilai dari Allah untuk kami suami isteri. hari-hari kami dah berubah 360 darjah dengan adanya budak pipi pau tue. yang pasti cinta kami makin berseri dengan adanya dia. sayangggg anak ummi

Oktober


melalui pengalaman berpantang yang super mencabar diakhir2 hari. orang kata sesetengah baby. lagi dekat nak habis pantang lagi mencabar nak jaga dia. saya iyakan aje. bila dah nak habis tue. nak tungku tak sempat. nak makan anak ngamuk. ada je yang tak kena. alhamdulilah lepas dari tue semuanya boleh dikawal. pestime jugak bawak Fateh Uwais tengok dunia luar. ngamuk sakan orang tue. nak merap je. lastnya abi kata "jom balik"

November


Selamat ulang tahun yang pertama untuk kami berdua. Alhamdulilah dah setahun perjalanan, dan banyak pengalaman yang lebih mematangkan kami berdua. moga cinta milik kita hingga syurga. amin

Disember


berjalan sakan dari Bintulu sampai ke Kota Kinabalu. sudahnya ummi demam seminggu. nguuuu. tepuk tangan untuk ummi. dan akhirnya alhamdulilah anak manja ummi tue dah menerap untuk pertama kalinya. Kak Zai pun kata macam mama "ntah2 anak nak dapat menda baru, ummi yang tolong demamkan" pun boleh la. lebih sanggup ummi yang demam dari tengok anak tak sihat. terima kasih Allah atas segala kurniaan :)

15 comments:

NinaAz said...

first anniversary sambut ngn baby sekali. wink2. syoknyaaa. hehehe.. beza anniversary kita sebulan jea yea. btw, comel babyyy. grrrrr!

QV said...

masih kecik lagi baby dah dpt tgk bumi bintulu ke kinabalu ... geram jer tgk baby tuh .

juicy X said...

Suka betol gambaq lastuuu

MR & MRS MAKMUM said...

ALHAMDULILLAH....

semoga tahun2 akn dtg bagi 1001 kemanisan kenangan dlm idup kiera sekeluarga ~

Fiza Rahman said...

Kenangan 2013 ☺☺

Mummy LiYzA ^^, said...

hah,bru sempat nk terjah~Wahh,throwback 2013 yg sgt indah kan..Alhamdulillah semuanya dah selamat berlalu dgn baik..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
semuanya baik baik baik aja.
cuma kesian dekat nurul iman. sib baik tak teruk sgt kan..

QasehnyaRania said...

salam maulidul rasul :-)

aTieYusof Family said...

Banyak juga kisah sepanjang 2013 kan... byk yg manis..terutamanya kelahiran putera hensem tu..hehe

Anonymous said...

kannn entah bila la dapat jumpa akak sama uwais si pip pau tu. hikhik. harap2 ade peluang lg nak jumpa akak :)

-Aim_-

*malas nak log in blog. hikhik.

inche hlovate said...

Bestnye ade baby kan..Alhamdulillah

neesa_jun said...

huwaaa...macam ringkas ja semua klu tulis dlm 1 entry..tp semuanya beri 1001 pengalaman n kenangan kan?..semoga 2014 ni memberi lebih rezeki n kebahagiaan kepada sis sekeluarga..amin..

aTieYusof Family said...

Banyak kenangan yg tercipta sepanjang tahun kan.... Alhamdulillah! semuanya dipermudahkan...

Z@i Z@mR33 said...

kan?sanggup lg kita yg demam dr depa...adehhhh...k.zai sggup p 2 kinik sbb demam Aqil x kebah

Sya Mimie said...

indahnya perjalanan kehidupan kiera.. :) ehh, wedding kita bulan yang sama eh..hehe

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...