Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 December 2016

Kesan Pengambilan Epidural Semasa Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru teringat nak share pasal kesan epidural ni masa bersalinkan anak kedua Furqan Uqbah dulu. bersalinkan Fateh Uwais tiga tahun lepas tak dapat epidural walaupun merengek mintak dokte epidural sebab tatahan sangat sakit. tapi yang kedua hospital offer. mungkin pasal salah satu sebab saya dah pecah air ketuban, contraction kuat tapi jalan bukak tersangat perlahan atau boleh dikatakan tersangat sangat lambat. jadinya nurse offer sebab katanya takut saya takda kekuatan daya nak meneran nanti. tahan sakit bersalin dah guna tenaga yang banyak takut masa nak meneran takde tenaga pengsan ke nanti dah jadi satu masalah pulaknya kan. 

dah orang offer, free pulak tu. otak tak fikir lain dah bila datang sakit kuat tu. tapi sempat jugak la tanya beberapa soalan dekat staff nurse yang bertugas. antara soalan saya

1) kena bayar tak? hahahaha yang ini penting woi. buatnya kena bayar RM300 ke RM500 ke untuk cucuk epidural tu je mau menyesal sampai ke sudah. tapi nurse kata free kalau dorang yang offer dan biasanya hospital kerajaan memang percuma. kalau beranak dekat swasta off coz kena bayar :D

2) ada kesan sakit pinggang atau belakang tak lepas ambik tu? katanya lagi. "takde maaaaaaa, kecuali kalau u menyusu anak posture badan tak betul, banyak baring mengiring, angkat berat2. memang boleh effect u punya belakang" staff nurse dia chinese tapi baik. lemah lembut je.

pengalaman saya setelah baby 7 bulan. ada jugak la jadi sakit belakang sakit pinggang tu. tapi biasanya bila sakit tu bersebab. contoh macam salah posture masa bagi baby menyusu atau posture duduk dekat office tak betul. cara nak atasi sakit belakang. sapu minyak panas. herherher. atau lagi satu korang boleh baring terlentang atas tikar span atau carpet atau toto. kepala tak yah lapik bantal. make sure terlentang bukan mengiring atau menerap. kalau dapat tido. tido sekejap. insyaAllah boleh sembuh balik. 

3) ada kesan lain ke? walaupun dorang dah bagi pamplet pasal epidural sebelum nak tanda tangan setuju dekat borang. tapi biasalah perempuan banyak mulut ni. mesti nak tanya jugak. sebab bila tanya ada jawapan. kalau baca kertas je rasa tak puas hahahahaha. katanya takde kesan

tapi melalui pengalaman saya. kesannya saya pening melayang. agak kuat jugak la pening nya. lepas je bersalin ok. bila dah tolak masuk wad. tido rehat. bangun je dari tido. nak turun katil pergi buang air terus rasa pening nak melayang. duduk bertenangkan diri. terus rasa mual nak muntah. memang muntah habis atas katil. nak turun katil tak berani dan tak mampu sebab kepala dah berpusing pusing sangat. kalau turun takut terus tumbang. kesan pening tu agak lama jugak la. bila dah malam baru ok sikit. itu pun ada kesan pening lagi. tapi kena gagah jugak lawan pening tu. kalau ikutkan sangat pening takut tak elok elok pulak nanti. lagi lama kena tahan wad. i is tak suka duduk hospital lama-lama. kata nurse memang macam tu bila ambik epidural. kesan negatif dia tak nampak masa dalam labour room. tapi bila dah masuk wad baru nampak kesannya. 

4) kenapa dulu masa anak first saya mintak epidural tapi tak dapat? epidural hanya diberikan waktu office hours je. kalau dikatakan takdir korang bersalin tu antara pukul 8am-5pm insyaAllah korang akan dapat epidural tapi tu pun bergantung jugak pada keputusan doktor korang. sebabnya dapat waktu office hours je? hanya doktor pakar bius je yang akan suntik korang punya epidural tu. bukan sebarangan dokte. 



5) sakit tak masa nak cucuk? sakit sangat. hukkkkk. ini pengalaman peribadi. memang sakit sangat masa dia cucuk tu. tapi dia tak lah buta2 suntik ubat tu masuk. dia tunggu contraction kita slow sikit atau tengah takde contraction baru dia cucuk. macam saya hari tu. contraction tengah kuat sangat. dia tunggu bagi slow down baru dia cucuk. dengan bantuan staff nurse jugak. sambil sambil tu staff nurse cuba cool down kan saya. 

masa nak buang jarum tu pun sakit jugak tapi tak sesakit masa nurse tanggal buang gam yang diorang lekat belakang badan kita tu. korang bayang la gam selotep penuh belakang badan. orang lain pulak yang cabut kan. mau tak sakit. sampai nurse tanya "kenapa ni dik? sakit sangat ke?" hukhukhuk

6) nanti masa nak meneran kalau tak ada rasa sakit contraction macam mana? ye. inilah yang saya lalui dan hadapi. lepas je cucuk epidural memang takde rasa contraciton kuat macam sebelum ambik epi. setakat rasa sikit sikit je. siap boleh tido lena sejam lebih lagi =..= jalan dah bukak 10cm pun takde rasa nak meneran lagi. sampai dokte sendiri tanya "u takde rasa nak teran ke?" masa tu baru tau yang saya patut dah boleh teran baby. bila dah tak rasa contraction memang tatau waktu bila yang sepatutnya boleh teran baby keluar. dokte dan nurse yang conduct dan bagitau waktu sepatutnya yang boleh teran. bila dokte kata "ok boleh teran sekarang puan" baru lah pulun teran. dokte pegang perut dan rasa dengan tangan dia waktu baby mengeras dalam perut. waktu tulah yang saya teran baby keluar.

7) effect pada baby? katanya nurse yang berkenaan baby akan banyak tido. macam mengantuk kesan epidural. tapi Alhamdulilah baby saya takde la macam mabuk tido. mata siap cerah tengok merata. siap ajak abi menyembang lagi nya ppffftttt

8) memang betul tak sakit ke kalau ambik epidural? katanya nurse tu lagi bergantung pada individu. ada yang sakit sama jugak. ada yang takde sakit langsung dah lepas pada tu. kalau yang masih sakit tu maksudnya epidural tak sesuai dengan sistem badan dia. saya hari tu alhamdulilah memang takde rasa sakit dah. nurse cucuk induce air pun saya masih boleh bertahan takde contraction kuat macam sebelum.

9) memang perlu ambik epidural ke? kalau tanya jawapan jujur lepas dah bersalin ni. saya katakan tak perlu ambik epidural selagi diri boleh tahan sakit dan jalan bukak lancar dan cepat. sebabnya. nanti bila kesan ubat tahan sakit tu berhenti. kita akan rasa balik sakit contraction macam masa nak bersalin walaupun kita dah selamat lahirkan anak. cuma tak sekuat contraction yang sebenar lah. tiga hari jugak saya rasa sakit2 contraction tu. tapi lepas pada tu alhamdulilah semuanya kembali normal. 

buat masa ni yang saya senaraikan di atas jela antara pegalaman saya. antara lain kesan pengambilan epidural semasa dan selepas bersalin mungkin kawan-kawan boleh share di bawah ;)




7 comments:

OKje said...

Hakak mmg kena cucuk macam tu masa anak ke dua dengan ke tiga Kiera, sebab mmg beranak ceaserean kan. Yang first tu pengsan habis sebab emergencykan....
Tak perasan pulak kesannya. Mungkin ada kot.....

Bagus jugak entry kiera ni, mana yg masih tertanya tanya pasal epidural dah terjawablah gamaknya

Mazni Azmi said...

Meamng mintak jauh la. Masa anak no 2 Mazni kena epidural. sampai sekarang sakit kawasan tu

el said...

4x banak..xpernah dpt offer epidural..untunglah dpt free..tp sakit tu..sendiri mau tanggung hihi
papepun semua dah selamat kan..alhamdulilah
kalau iolslah..bila bc pengalaman uuols ni..gerenti iols x amik..sbb iols ni jenis penakut cucuk2 ni kuikuikui

QasehnyaRania said...

oic..
baru tahu ingatkan epidural hnya utk yg bersalin czer je.. normal pon blh erk ?

ciksu ari tu just ambik etonoks je masa nk jahit lps bersalin tu..

Ardilla Noorezan said...

Nice sharing Kak Kiera :)

eima said...

klu diberi pilihan ... mmg tak nak amik .... sbb takut ....

aizamia3 said...

Akak tak pernah cuba walau sekali. Anak pertama dulu nurse pujuk tak bagi sebab dia tengok akak masih boleh bertahan. Anak kedua dan ketiga memang takde dah akak mintak. Tahan selagi boleh. Alhamdulillah.. Allah mudahkan jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...