Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

13 December 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng | Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Dari tahun lepas lagi kalau tak silap kami tunggu movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni haaaa. hujung tahun baru dia keluar punya lah lama nak tunggu hukhukhuk. Fateh Uwais pun kalut mintak nak tengok wayang bila tengok iklan dekat tv. budak tu besar dah. pandai dah mintak mintak bila tengok iklan. tengok iklan Legoland lepas tu pandai2 buat plan dengan abang sepupu dia nak pergi legoland sama2 amboiiii sangat. kecik2 dah pandai buat plan senyap2 grrrrrr.

sebelum kami sendiri pergi tengok upin ipin ni terbaca la jugak ramai yang kata tak best lah, tak sesuai untuk budak2 dan macam macam lagi la review orang ni. tapi ummi is macam biasa. pergi dan alaminya sendiri lepas tu baru komen. biasa la manusia ni citarasa lain-lain. jadi kalau nak tau best ke tidak kena pergi tengok dulu baru nilai. 


pada saya ok la. ada pengajaran lah. sikit... cuma kami letih jugak la nak jawab bila Fateh Uwais tanya mana upin ipin mana upin ipin. dalam sepuluh minit lepas dorang mula tanyangan rasanya baru keluar upin ipin nya. bila dah nak penghujung cerita baru upin ipin 'rajin' sikit keluar. time konsert upin ipin tu barulah seronok lagi sikit sebab upin ipin rajin keluar. untuk bawak anak yang belum pandai cakap mungkin ok la kot. tapi kalau dah pandai cakap dan banyak mulut letih jugak la ummi abi dia nak explain hahahaha

tapi anak kedua kami baby Furqan Uqbah tu walau tak reti cakap lagi tapi jenuh jugak nak handle dia. mengamuk dalam panggung. bila Upin Ipin dah keluar baru dia diam kejap tengok upin ipin. adoiiiii dia pun reti jugak ke. bila upin ipin hilang dia pun mula sambung mengamuk. last sekali ummi paksa tido. senangggggg hati sikit ummi nak layan wayang kofkofkof


macam scene gaduh tu biasalah penyedap cerita. cuma kita sebagai mak bapak ni kena rajin explain gaduh tu tak elok. tak baik buat macam tu. bla bla bla

cuma pada pandangan peribadi saya lebih baik kalau buat filem animasi upin ipin macam Filem Animasi Boboiboy dan Upin Ipin yang masuk hutan dulu tu. yang itu lebih sesuai untuk bawak anak sebab movie dia lebih ringan sikit dan tak stress. BoboiBoy hari tu memang terbaik. anak tengok pun seronok. tapi rasanya nanti tahun depan ada animasi Upin Ipin lagi kot. tengok trailer lepas ending Jeng Jeng Jeng ni hari tu. tatau la konsep dia apa. tapi nampak gaya macam dalam hutan lagi. Fateh Uwais tengok trailer pun lari nyorok belakang abi dia. tatau la macam mana nak bawak nanti tu hahahahaha  


8 comments:

Siqah Hussin said...

Kannn ~ Tak sabar nak tunggu next Upin Ipin Movie pulak :D

idzwa kamaruddin said...

Tak sempat tengok lagii!

Mazni Azmi said...

memang ramai tak puas hati. Sebab susah nak menjawab soalan anak anak. Mana upin dan ipin?

Kesuma Angsana said...

Salam Rabu. Menyinggah bila ada kesempatan hari ini. Menarik kan cerita nyer.. Adik peminta setia upin & ipin ni... kita ikutkan aje

Husna Rahman said...

haha memandai ye Fateh Uwais..mesti bijak boy neh, Insyaallah

hainom OKje said...

Baca komen Kiera mcm tak best je hihi....Hari tu Pak Jilap sebok nak tengok cite ni Kiera. Hakaklah kurang suka. Yelah cite kartunkan....Tak adventurers langsung

Cikna said...

Xb'kesempatan lagi tgk lgpun Cikna xde anak&xminat ke panggung...'

Wa said...

Betul3x..anak Wa pun macam tu..dia asyik tanya ..mana Upin...hihihi

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...