Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sebelum ni point drypers tu saya redeem pampers je balik. tapi sejak dua menjak ni macam seronok pulak bila redeem toys. sekurang2nya boleh jugak tengok benda tu selagi tak rosak kena kepak dengan anak ke. kena gigit ke. anak2 monsters, payah kalau mainan nak bertahan lama ni. adaaaaa je benda nak dibuatnya. paling best meja tulis abc yang plastic tu pun boleh patah dikerjakan dek Fateh Uwais kami tu. bila Tanya kenapa patahkan? "yela meja tu raksasa, akhi ni otomen. otomen kena la lawan raksasa" adoiiiiiiiii mak ko hijo dah rasanya ni
saya salah seorang Drypers Lovers. lovers lah sangat hahahaha. lovers pun sebab kualiti pampers dia ok. kecuali masa dia baru tukar hari tu. tapi sekarang ok dah. takde bocor dah. harga dekat tempat kami ni masih mampu milik lagi. kalau pergi kedai ubat cina boleh dapat RM31.89 kalau pergi longwan RM31.90 ke RM32** ke ntah lupa dah tapi lebih kurang harga tula. dan drypers boleh kumpul point tukar dengan toys atau pampers pek kecik. itu yang seronoknya tu hahahaha
Animal wooden puzzle ni cantik sangat. tahan lasak. kualiti dia memang sangat ok. anak2 suka main benda ni. boleh latih tangan dia masukkan benda dalam tempat yang sepatutnya. dan kadang bila kemahiran berfikir luar kotak dia datang ada la merasa jugak ayam itik masuk dalam periuk kena 'masak'. yang baby Furqan Uqbah pun suka main benda ni. suka sangat main ketuk ketuk. mungkin sebab bunyi dia kuat kot. bila letak Animal wooden puzzle ni depan dia kemain senyum gelak mengekek sampai telinga. apa yang seronoknya entah.
macam mana nak kumpul point drypers? boleh klik entry saya yang lepas ni Redeem Drypers Point. ada saya share dekat situ. dan mana nak cari unik kod pun ada saya ceritakan dalam entry yang sama. bagi saya ok la drypers ni. tapi ada masanya saya beli jugak pampers brand lain yang lebih murah terutamanya kalau pampers brand lain tu ada free gift atau lebih kepingan pampersnya kihkihkih :p
macam sekarang kalau siapa yang baru nak daftar drypers ada welcoming gift dorang bagi. saya hari tu saja daftarkan nama suami sebab nak dapat 100 extra point untuk akaun saya. dapat lah flash card ni haaaa. tapi lupa nak tangkap gambar. jadi sape nak flash card percuma sila pergi register akaun sekarang ;)
5 comments:
hahaha.. mesti ummi pun teruja nak main kan ?
Pandai tarik perhatian pelanggan.. ;)
comel je toys tu
Selagi boleh redeem, redeem ajelah Kiera, lagi pun kita guna product tu kan.
Hakak ni kalau guna stamp stamp tu mmg tak rajin nak kumpul. Sudahnya tak sedar dah expired
hahaha kemain jawapan.. mak raksasa habis umah2
ni mesti mak pun excited nk collect
Post a Comment