Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

21 September 2016

Susu Tersumbat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertabah la kawan2. Ummi FatehFurqan is sedang throwback cerita2 bersalin yang lepas. Lepas dendam tak dapat nak ngadap blog time cuti. Ngadap anak2 jewwwww hewhewhew :3

budak susu badan empat bulan sepenuhnya. moga murah rezeki dapat fully bf dua tahun ye adik baby. amin amin 

Pengalaman bagi susu awal dekat Furqan Uqbah. Anak kedua. Dekat wad alhamdulilah takde isu susu takde, susu tak keluar, mahupun nipple tenggelam. Elokkkk je baby Furqan Uqbah tido lena. Bangun menyusu sembang2 tido balik. Balik je rumah dari wad mula dah adegan menyusu serupa tak kenyang.

Dah nekad anak kedua ni kalau boleh nak fully breastfeed. Takmo bagi susu formula macam Fateh Uwais dulu. Nak belajar dari pengalaman lepas. Masa Fateh Uwais dulu menyusu badan sampai umur 2 tahun. Jadinya secara logic untuk anak kedua pun mesti ada susu badan. MESTI huhuhu.

Hari ketiga pantang baby tak kencing tak berak. Dah terdetik dalam hati. Cik B tersumbat ke yang takde keluar susu ni. Tapi tetap nak positif sobssss. Nak kata takde susu tak mungkin. Sebab saya masih boleh rasa bila susu tu merengkak. Alaaaa kalau mommy yang menyusu mesti tau. Boleh rasa bila susu tu mula mengalir masuk memenuhi ruang Cik B.

Call bidan mengurut nak pergi rumah dia urut susu. Ikutkan dia datang mengurut bila hari ke-7 nanti. Tapi tak mampu lah nak tunggu sampai hari ke-7 baru nak urut susu. Dia kata boleh datang rumah dia. Lepas zohor terus ajak suami. Memang betoi kata dia Cik B tersumbat. Bengkak dah pun. Masa bidan urut aduhaiiiii sakitnyaaaaaaaaaaa. Tarik2 seluar suami nak tahan sakit. Badan ke kiri kanan tahan sakit.

Tapiiiiii lepas pada tu memang legaaaaaa. Susu pun alhamdulilah keluar laju dan meriahhhh sangat. Lebih meriah dari Fateh Uwais dulu, baby pun minum sampai tersedak2. Setiap hari dalam pantang kena pam walaupun sekali. Kalau tak pam mula susu bengkak dan demam. Iye. Ummi is demam masa dalam pantang. Demam bengkak susu. Lepas pada tu memang beringat bangun je tido terus cari Medela kesayangan dulu. Sementara anak2 tido.


Kalau masa Fateh Uwais dulu setiap kali pam dapat la dalam 2oz je macam tu masa awal2. Dengan anak kedua. Dapat penuh botol pam tu. Syukur sangat. Perasaan yang tak tergambar bila tengok botol pam tu penuh dengan susu. Peti ais sampai tak muat. Memang syukur sangat2.

Jadinya kawan2 yang mungkin ada pengalaman susu kurang macam saya. Salah satu cara atau usaha banyakkan susu badan. Pergilah mengurut dengan bidan. Urut susu. Kadang memang boleh jadi susu tersumbat. Bukan tak meriah susu. Usaha je selagi terdaya. Faham sangat perasaan momies yang tak meriah susu. Macam saya masa Fateh Uwais dulu. Macam2 milk booster ambik. Supplement itu ini. usaha terdaya untuk anak tersayang. 

13 comments:

hainom OKje said...

Alolo comenya Uqbah.... Panggil sapa ni Kiera?
Muka mcm sapa ek? Muka dia mcm lain sikit dpd abang dia....
Dulu hakak anak pertama yg mendemamnya Kiera... dengan bengkak susu dengan melecet nipple.... Adoiiii....tak tentu arah dibuatnya

idzwa kamaruddin said...

aaaa pernah rasa..sakit nyerrr..

LM said...

Comelnya dia.bilalah dpt jmp kamu syg

cik Anggur said...

insyaAllah moga ada rezeki menyusu uqbah smpi 2tahun

Norhayati Mohd Isa said...

Tahniah KS..
Dah besar baby baru tahu KS bersalin..
Betul bila urut susu kat bidan mmg byk jadi susu tu..
Samping tu kena rajin pam..

Gee Lion said...

assalamualaikum cik kira,
saya pon kalau boleh nak fully bf anak.
alhamdulillah, setakat ni susu masih meriah.
dah tujuh bulan..
awal2 dulu luka puting ni dikerjakannya.
sebab puting masih dara kan.
haha.. ^_^
saya tak mengepam sebab anak saya memang kuat menyusu.
bila saya pam, membazir je sebab dia pulak taknak puting plastik.
nak yg original dari mama dia.. huhu..

Ardilla Noorezan said...

Comelnya anak Kak Kiera!

zai zamree said...

akak drop susu ms Aqil msuk wad kena jaundice. x cukup rehat sm kot sbb kena jg anak yg kejap2 berak ni smpai drop trus......ok dh tau dh..nice tips...tq

zarul farhana said...

xda pengalaman lagi huhu... good sharing kot2 nnt ada anak ka..

Nina Mads said...

hehehe.. kalau xkeluar pun susah juga asyik memebangkak la cik B tu

Nina Mads said...

*membengkak typo pulak pg ni

aryan azra said...

akak pernah alami juga tu..memang demamlah kalau bengkak susu. Alhamdulillah banyak susu tu,moga dipermudahkan perjalanan utk BF furqan uqbah sepenuhnya ya

Mummydearie said...

Akak ni dua-dua anak tak dapat pun bf lelama. Kali pertama sebab kurang ilmu dan tak belajar. Kali kedua, susu pun tak meriah mana! Pengalaman yang ini memang kurang sikitlah.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...