Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 May 2012

Kontrovesi anak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

dari entry saya yang lepas nie selain anak saya yang no tiga tue ramai jugak kawan-kawan saya yang confius bila saya gunakan panggilan 'anak' ehh jangan la pening..

sebenarnya diorang semua tue anak sedara saya, anak Along dan Kakak saya. Faiz dan Alya anak Along. Ika dan Afiq anak kakak saya. diorang kan darah daging saya, tak salah saya guna panggilan anak kan? bagi saya lagi mesra bila saya guna panggilan tue. selalu kalau saya nak larang diorang dari buat pape saya gunakan perkataan nie

"pergi sekolah agama, ustaz ustazah ajar apa? hormat orang tua jangan kurang ajar, dengar cakap opah tok ibu ayah mak abah, jadi anak yang baik. kalau macam nie gayanya bukan anak achik nie, bukan anak ibu ayah cam nie"

dan selalunya diorang dengar cakap dan terus tak nakal-nakal dalam seminit dua. lepas tue buat balik,, sabo jela =.=' kalau Along Kakak dan abang abang ipar saya pun selesa gunakan panggilan 'anak kamu' pada saya. 

"anak kamu dapat no 1 dalam kelas"
"anak kamu menangis nak cakap dengan kamu nie"
"tolong tengokkan anak kejap"

rasanya dengan Pakcik Imam pun saya bahasakan 'anak awak'. mungkin dari ayah dan mak sedara saya dulu pun kami guna panggilan "anak saya" jadi kami dah terbiasa.. nak menegur salah pun tak kekok. sekurangnya dia lebih hormat pada kami yang dah anggap dia anak. mesra macam anak sendiri, jaga bagai anak sendiri, sayang seperti anak sendiri, sakitnya anak tue sakitlah saya. dan saya pernah menangis bila orang lain buat bukan-bukan pada anak saya.


tengoklah tue bila cakap "jom ambik gambo dgn achik" semua pakat datang merapat sampai dah tak ada ruang kalau kurang sorang mula la ada yang bebai, yang buat muka sebek dia tak ada dalam tue..

ehh maaflah terlebih membebel lak kat sini. bukan emo pada komen yang lepas tapi saya hanya menerangkan hal yang sebenar ;) (jgn ada yg mintak maaf pasal komen lepas ye!!) tapi apa yang saya tau. anak-anak saya tetap sebahagian nyawa saya walau mereka hanya pangkat anak sedara saya.  

Alahai anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera


alahai anak-anak saya nie kemain menggoda Achik diorang nie, anak saya yang sulong nie la sibuk tanya bila saya nak tangkap gambar diorang... sebelum dia gi sekolah sempat lagi dia datang main dengan adiknya nie.

kata abang sulong dekat adik perempuan dia, dia nak jadi saintis dengan chef bila besar nanti.. bab saintis tue memang la dia minat sains, tap ntah macam mana pulak boleh datang chef tue tatau... 



kalau tak boleh loading klik kat sini

bideo anak kecik saya, si Afiq Danial. dia nie kalau tidurkan mesti kita kena pejam mata sekali kalau tidak jangan harap dia nak tido, kalau kita senyum dia senyum sama dalam buai tue.. sabo jela...

anak saya yang no tiga tue persoal kenapa saya panggil adik dia anak saya, saya gelak je kadang-kadang letih nak melayan mulut diorang yang macam-macam tue..

15 May 2012

Kita dah sama level lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulilah selesai sudah majlis pertunangan abang saya sabtu lepas. agak bizi menguruskan segala preparation dia.. dari hantaran sampai la mengemas pinggan mangkuk masuk lemari mama.. adehh letihnya..


antara hantaran  yang pihak kami hantar, ada 15 semuanya.. opss coklat tengah tue je bukan hasil kerja saya.. yang tue Abang Lang dan Kakak yang buat. buah asam pulak mak mentua kakak yang buatkan. Alhamdulilah murah rezeki Benyah saya, ramai jugak sedara mara dan jiran yang nak sponser itu ini. tema merah nie mama saya yang pilih, dari kenduri Along, Kakak dan saya mama suruh guna tema merah fevret dia tapi kami takmo akhirnya Benyah juga yang tak banyak cerita. "poi(panggilan dia) tak kisah, mama buat la cam mana pun).. tapi saya pulak yang bebai kena ngadap warna merah sepanjang buat hantaran nie.. sabo jela..


yang nie pulak sebahagian hantaran dari pihak perempuan, ada 17 semuanya. dengan tema warna biru, ohh baru la saya tau saya tak berapa berkenan warna biru rupanya padan la perasaan saya hambar jer tengok hantaran nie.. *banyak kire kan saya nie* hihihi :p

  
Alhamdulilah semuanya selesai. kata papa dekat sedara mara jiran tetangga beberapa bulan akan datang ada kenduri lagi, taun depan pun kenduri lagi. insyaAllah moga segalanya dipermudahkan Ilahi, Amin

Pakcik Imam suruh saya sampaikan salam dan tahniah pada Benyah, "sekarang kita dah sama level" pesan dia pada Benyah saya.. ada ada jela dia nie.. hihi

banyak entry yang tertangguh. empat hari dekat kampung empat hari la xde connection internet, sangat lah bebai rasanya =.='

empat hari dan beberapa minit berkasih sayang bersama keluarga, syukur Alhamdulilah dengan kasih sayang yang Allah pinjamkan buat saya didunia nie.. 

walau saya tak dapat join diorang tue jenjalan jumaat lepas tapi sekurangnya hati saya terubat dapat tengok senyuman keluarga saya terutama anak-anak saya.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...