Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 May 2012

Mereka berforum dalam ruangan komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera


hamboi kemain sampai diorang buat forum dekat entry saya pasal cemburu tue. hihihi.. terima kasih la sayang sayang saya pasal sudi baca dan sedikit sebanyak buat sesi usrah dekat situ. saya hargai dan terharu sangat ;)

apa yang diorang komen tue? erm rasa macam terfikir nak panjangkan dekat entry yang nie. Kakak berlari dalam tido pun ada buat entry pasal komen dia tue. baca kat sini.


itu komen dari Ruzz.. betul la tue buat pe nk penat fikir itu ini, penat jeles sana sini. baik kita duduk diam-diam muhasabah diri apa yang kurang didepan Allah, insyaAllah bila kita jadi terbaik untuk Dia, Dia akan beri ganti yang terbaik dan sama padan untuk kita dalam segala hal.. insyaAllah yakin padaNya ;)


pencinta sakura nie la pemula sesi forum dalam komen saya tue.. marah dia!!! hihihi xde la memain jer.. saya setuju apa yang kak sunah kata tue. kita kena bebaskan dia, dia pun ada life dia sendiri macam kita jugak. setuju tak kalau saya kata yang kalau kita terlalu mengongkong nanti akhirnya sampai satu masa dia akan memberontak. nak faham lebih mudah. main layang-layang biarkan dia terbang bebas tapi dalam masa yang sama kita pegang tali dia. kalau dia dah terlampau terbang tinggi kita tarik pelan-pelan tali tue kawal keadaan ;)


dia kata Pakcik Imam saya macam pompuan? hahahahahaha... memacam la kakak sakura nie ada jer menda dia nak buat saya gelak. sebab tue saya sayang dia ;)


jangan la pelik.. diorang nie memang kenal dengan Pakcik Imam tue. kan saya ada kata "ada jugak dari sahabat dia tue yang dah rapat dengan saya" mereka nie lah antara yang saya maksudkan. cool ye Iffah? kalau ada kelam kelibut tue selalunya kami sorok bawah pasu jer tak bagi orang nampak. tak kan menda kecik pun nak heboh satu FB.. kalau ada rasa something cepat-cepat muhasabah diri tengok kat mana ada silap. sebab kita kan manusia tak lari dari buat salah cuma yang jadi salah kuasa dua kalau kita ulang kesalahan yang sama ;)

  
pinjam la Kak Shida.. kalau nak buli dia pun saya benarkan.. hihihihi :p
bukanlah saya nak kata saya bagus, saya banyak sangat kekurangan cuma sama-sama la kita perbaiki apa yang kurang, perelokkan apa yang suram.
cemburu tue berpadalah, jangan nak cemburu tak bertempat penat orang nak melayan ;)

18 May 2012

Satu perjalanan #10 versi Tak Cemburu ke Saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera



saya selalu tersenyum tiap kali Pakcik Imam balik dari jumpa kawan perempuan dia, kawan perempuan dia mesti risau takut kalau saya marah diorang keluar berdua atau beramai. saya terharu dan terima kasih pada sahabat Pakcik Imam yang sudi fikirkan perasaan saya tiap kali mereka berjumpa. tapi jangan risau saya tak marah dan tak cemburu pun.

jangan pulak kata saya tak sayang sebab tak cemburu. tapi bagi saya tak keterlaluan kalau saya katakan saya tak sempat nak cemburu. mana tak nya, sebelum keluar dengan sahabat gegirl mesti Pakcik Imam bagitau saya dulu, dia nak keluar dengan siapanya. balik dari keluar dia mesti cerita kat saya kemana dia pergi, apa yang dia bualkan (yang sensitif tue myb dia x cerita kowt), kalau ada pertambahan kaum hawa dalam sesi keluar bersama, dia akan bagi list kat saya sape jer yang ada.

syarat saya kalau dia nak keluar dengan siapa pun boleh asalkan saya dimaklumkan terlebih dahulu hal tue sebab saya tak suka jadi orang kedua atau terakhir yang tau. Alhamdulilah dia tak pernah membelakangkan saya. dan saya bersyukur dan hepy tiap kali dia jaga keselamatan sahabat perempuan dia, hantar sampai ke depan pintu rumah bila balik dah lewat sebab saya tau kalau dengan sahabat perempuan dia boleh jaga sebaik itu, lagi kan pula bila kami dah ada keluarga sendiri nanti. insyaAllah saya sentiasa berdoa dia sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan.

sebab tue saya selalu gelak bila ada sampai report kat saya yang tak masuk dek akal. sedangkan saya sendiri tau dengan siapa dia keluar dan saya sendiri kenal siapa mereka itu. ada jugak dari sahabat dia tue yang dah rapat dengan saya, jadi tak mungkin timbul isu skandal atau apa jer yang sewaktu dengannya. ada jer yang bertanya saya tak cemburu ke? jangan terlalu bagi muka pada Pakcik Imam. saya diam dan senyum jer, biarlah janji saya faham dan yakin apa yang saya buat dan saya pegang selama nie.

sebab tue saya tak kisah dia nak kemana pun dengan sahabat gegirl dia. saya yakin dia pandai jaga diri dan ingat status dia. dan saya juga yakin yang kalau jodoh saya dah ditetapkan dengan dia, pasti tak kemana. buat apa saya nak kalut susah hati sedangkan saya percaya pada Qada' dan Qadar Allah. 

apa pun saya bertuah kerana dia bersikap sebegitu kerana itu saya boleh bersikap sebegini. bagi mereka yang lain tidak menerima seperti apa yang saya terima mungkin boleh duduk bawak berbincang bersama. mana tau ada jalan penyelesaian. saya bercakap hanya berdasarkan pengalaman saya yang seperti putik rambutan, apa pun yang berlaku akan datang saya redha kerana saya yakin Allah telah menetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya..

Tak Cemburu Ke Saya versi Sunah Sakura
Cemburu veri Iffah Afeefah
#Eh Kira Cakap Pasal Jeles Jugak Ke Ni?

17 May 2012

Kalau dah demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

alahaii boleh pulak malam semalam demam sampai ke angka 39 feverscan tue. pegi ofis sebelum tue elok jer siap boleh bertekak manja lagi dengan ofismate. tetiba balik umah rasa lemau sampaikan osmate bising dok bergolek jer atas katil die. thanks kat osmate yg ambik berat paksa dan bawakkan saya pegi klinik malam tue jugak, "thanks ain tlong jaga ira, dah la jauh dari mama papa xde sape nak tengokkan selain harap kat ain" dan dia buat muka menyampah bila saya kata macam tue kihkihkih..

bila jauh dari parents antara faktor saya boleh menangis sebab sakit demam dan sebab xde mama papa nak bermanja.. huwaaaa rupanya sikap manja nie masih menebal ingatkan jiwa saya dah ckup kental.. huhuhu..walaupun jauh mama still follow up kesihatan saya. masih membebel kalau saya nak skip ubat sebab mama tau macam mana payahnya anak dia nie nak telan walau sebijik ubat..hihihi. satu kelemahan saya kalau dah demam tak sihat mesti kerja nak merap jer =.='


tapi kalau dengan Pakcik Imam saya tak boleh nak ngelat tiap 4 jam dia check dan ingatkan pasal ubat, follow up pasal saya.  "kalau dengan orang lain saya boleh risau pasal mereka, jaga mereka, awak rasa kalau awak pulak macam mana saya jaga?" ayat dia yang saya selalu dengar.. saya terharu, terima kasih awak *gatai* :p

terima kasih jugak pada kawan-kawan dan kakak-kakak yang mendoakan saya cepat sembuh. thanks jugak kat adik yang suruh kakak ipar nie mandi lelama semata nak kuarkan haba panas tue.. saya sayang semua ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...