Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

18 May 2012

Satu perjalanan #10 versi Tak Cemburu ke Saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera



saya selalu tersenyum tiap kali Pakcik Imam balik dari jumpa kawan perempuan dia, kawan perempuan dia mesti risau takut kalau saya marah diorang keluar berdua atau beramai. saya terharu dan terima kasih pada sahabat Pakcik Imam yang sudi fikirkan perasaan saya tiap kali mereka berjumpa. tapi jangan risau saya tak marah dan tak cemburu pun.

jangan pulak kata saya tak sayang sebab tak cemburu. tapi bagi saya tak keterlaluan kalau saya katakan saya tak sempat nak cemburu. mana tak nya, sebelum keluar dengan sahabat gegirl mesti Pakcik Imam bagitau saya dulu, dia nak keluar dengan siapanya. balik dari keluar dia mesti cerita kat saya kemana dia pergi, apa yang dia bualkan (yang sensitif tue myb dia x cerita kowt), kalau ada pertambahan kaum hawa dalam sesi keluar bersama, dia akan bagi list kat saya sape jer yang ada.

syarat saya kalau dia nak keluar dengan siapa pun boleh asalkan saya dimaklumkan terlebih dahulu hal tue sebab saya tak suka jadi orang kedua atau terakhir yang tau. Alhamdulilah dia tak pernah membelakangkan saya. dan saya bersyukur dan hepy tiap kali dia jaga keselamatan sahabat perempuan dia, hantar sampai ke depan pintu rumah bila balik dah lewat sebab saya tau kalau dengan sahabat perempuan dia boleh jaga sebaik itu, lagi kan pula bila kami dah ada keluarga sendiri nanti. insyaAllah saya sentiasa berdoa dia sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan.

sebab tue saya selalu gelak bila ada sampai report kat saya yang tak masuk dek akal. sedangkan saya sendiri tau dengan siapa dia keluar dan saya sendiri kenal siapa mereka itu. ada jugak dari sahabat dia tue yang dah rapat dengan saya, jadi tak mungkin timbul isu skandal atau apa jer yang sewaktu dengannya. ada jer yang bertanya saya tak cemburu ke? jangan terlalu bagi muka pada Pakcik Imam. saya diam dan senyum jer, biarlah janji saya faham dan yakin apa yang saya buat dan saya pegang selama nie.

sebab tue saya tak kisah dia nak kemana pun dengan sahabat gegirl dia. saya yakin dia pandai jaga diri dan ingat status dia. dan saya juga yakin yang kalau jodoh saya dah ditetapkan dengan dia, pasti tak kemana. buat apa saya nak kalut susah hati sedangkan saya percaya pada Qada' dan Qadar Allah. 

apa pun saya bertuah kerana dia bersikap sebegitu kerana itu saya boleh bersikap sebegini. bagi mereka yang lain tidak menerima seperti apa yang saya terima mungkin boleh duduk bawak berbincang bersama. mana tau ada jalan penyelesaian. saya bercakap hanya berdasarkan pengalaman saya yang seperti putik rambutan, apa pun yang berlaku akan datang saya redha kerana saya yakin Allah telah menetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya..

Tak Cemburu Ke Saya versi Sunah Sakura
Cemburu veri Iffah Afeefah
#Eh Kira Cakap Pasal Jeles Jugak Ke Ni?

16 comments:

shida anwar said...

wink..wink... bila akak nak g dating ngan encik imam ni..bebila nak pinjam kejap tau..hak..hak..

Sunah Sakura said...

akak tau tu~ hehehe...

akak pun rasa nak tergelak bila ada kengkawan yang macam nak highlightkan pasal batas dengan pakcik imam, sebab akak tak rasa lebih dari seorang kawan atau abang bila dengan dia...malah, da rasa macam dia perempuan pulak sebab da selalu kuar ngan gegirls...=.= abis la kalo dia baca ni..wahahah~

Ruzzezanie said...

same! aku pun jenis tak suka bila aku dapat tahu pape story dr mulut org lain. walau pahit mana pun, biarlah dr mulut dia. tapi skrg bila dah dibiasakan dengan situasi mcm tu, lastnye aku pun dah lali. lantak dia la nk buat apa. mls aku nk penat2kn otak aku dah. ada jodoh, ada lah. kalo takde, maknanya, aku bukan untuk dia. kan? :)

Iffah Afeefah said...

Hahaha senget nye la komen sunah tu

suke hati je kate nadh pempuan

errr shabat tu cm knl je. Pusing2 kami2 jugak

takkan nk tikam blkng akk ipar sndri

even "abang" nadh y terlebih caring tu jaga kami2

xdela sampai nk skndal bagai

#dorg cemburu dengan kecoollan akk ngn nadh je

Sunah Sakura said...

eh tetiba i rasa macam sokong pendapat Ruzzezanie tu...ye la, lama2 jadi lali kan...

lagipun, kalo kita sayang seseorang, bebaskan dia...dia ada hidup dia...beri ruang untuk hidup dia...asalkan dia tahu jaga batas pergaulan...kat sini kita letakkan saling percaya...dan nak uji juga kepercayaan dan kesetiaan masing2...selagi belum bergelar suami isteri, kita masih tidak punya hak atas kehidupan dia...apatah lagi da berbaitulmuslim nanti...dia..masih bukan hak kita...selamanya pun...bukan hak kita...

sebab dia...milik Allah...

itu akak sentiasa letak dalam hati...

Iffah Afeefah said...

Buat entry la yu. Da elok sgt komen berjela ats ni hehe

Sunah Sakura said...

takmo la buat entri..ni special edition..ade kat ruang komen blog ni je...:p

shida anwar said...

Haha dah mcm short entry dr sunah

shida anwar said...

Haha dah mcm short entry dr sunah

shida anwar said...

Haha dah mcm short entry dr sunah

fRaMe+LenSeS said...

Pehpehpehh. ;p

Noraim said...

baguslah kalau xcemburu. nnti cemburu sgt bawa padah. hihi.

tp awk mmg best la. sporting gitu. hihi.

Sunah Sakura said...

hahahah..kak shida komen sampai 3 kali..haiyaaa...nak lawan la tuuuu... :p

ermm..tapi ok la tu, masing2 tau tanggungjawab n amanah masing2...ada rasa nak bagitahu antara satu sama lain kalo nak kuar dengan kengkawan berlainan jantina...memang sedih kalo jadi orang kedua or terakhir tahu kan... :')

shida anwar said...

Haha x sengaja
pakai empon selalu jd lagu t adeh

kay_are said...

aku tabik r kat ko.. bagus2.. paling penting dalam hubungan trust each other kan? ape pun, aku doa hubungan ko ngan die kekal sampai akhir hayat.. amin.. =)

cik AngguR said...

nk culik pok cik imam sbb nk paw dia kek ~

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...