Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 September 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Furqan Uqbah Bin Nadzri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tiga bulan cuti kerja. Tiga bulan plus plus jugak cuti blog hewhewhew. Bukan pemalas tapi memang tak sempat pun nak bukak blog. Fateh Uwais tido Furqan Uqbah jaga. Furqan Uqbah tido Fateh Uwais jaga. dah tu mana masanya ummi nak ngadap blog pulak. nak ngadap entry pun kena ada mood yang tak terganggu. kalau tidak nanti jadi entry tak beremosi. tak syok diri sendiri nak baca kofkofkof :p



Alhamdulilah 13 Mei 2016 lepas hari Jumaat yang barokah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Lelaki dengan berat 2.8kg dalam keadaan normal. Orang kata anak kedua ni mudah lagi dari anak sulung. hurmm mudah la sikit kot. kalau masa anak sulung dulu sakit sehari suntuk. anak kedua sakitnya setengah hari. nak kata kurang sakit, sama je sakitnya macam anak sulung dulu. lebih lagi pulak rasanya sobsss. cuma masa nak meneran tu sekejap. 10 minit dah keluar budaknya. kalau Fateh Uwais dulu 2 jam lebih proses meneran baru keluar.



11 Mei 2016, Rabu



Malam sebelum tido. Mula rasa macam baby dalam perut mengumpul ke ruang nak keluar rahim. Dekat serviks. Bergerak ke bawah dan ke bawah. Pergerakan tu rasa dalam empat kali. Terfikir jugak ni salah satu tanda ke cam mana nya? Masa Fateh Uwais dulu takde pulak rasa macam ni. Sakit pinggang sakit ari2 tu memang dah seminggu lebih rasa. Rupanya tanda yang saya rasa tu memang salah satu tanda dah nak bersalin. Doctor muda yang check dekat LR tu bagitau.



12 Mei 2016, Khamis



Pepagi tetiba mai mood rajin kemas almari adik baby. Kemas baju2 dia. Kemas beg bersalin yang entah berapa kali kemas tu entahnya. Sambil2 tu sembang2 la dengan baby dalam perut. Suruh keluar cepat sikit. Ummi is tazabarrrr. Yang betoinya ummi dah tak larat nak tahan sakit dekat Miss V tu huuu.



Tengah dok kemas dalam 8.30am rasa macam panassss je keluarnya. Ada lendir dengan darah!! Ohhh ok dah sampai masanya ni. Lagi pulak due date adik baby 14 Mei. Call suami yang masa tu ada dekat Alor Setar suruh balik ipoh cecepat. Saya dan anak sulung memang dah balik kampung awal sebelum tu. Yang bezanya masa anak sulung sakit dulu baru turun darah. Yang kedua ni turun darah tu. Sakit tak rasa lagi. Cuma ada la sikit2. Tapi tak heavy macam masa anak sulung dulu. Tak rasa pun nak ke hospital lagi sebab takde contraction.



Decide dengan somi lepas asar ke HRPB. Risau jugak kot serviks dah bukak ke ape. Kan orang kata anak kedua ni bukaan dia lagi cepat huhuhu. Check jantung baby semua pun ok. Cumanya baby banyak tido. Graf jantung tak cantik. Dahhh kena tambah masa penalti lagi. Sampai ke nak meneran dia boleh buat tido tak nak bangun. Pfffftttttttt

cucuk yang paling gerun untuk seorang Ummi FatehFurqan. Dokte siap kata lagi "sabar ye puan, cucuk ni memang sakit sikit" kofkofkof


Masa tu baru 2cm. ingatkan tak payah admit macam anak sulung dulu. Kena admit jugak, katanya anak kedua bukaan laju lagi dari anak sulung. Contraction pun makin kerap. Dannn wad kosong tak ramai orang maka marilah kita menjadi penghuni wad bersalin HRPB. Nanti dah 4cm baru nurse tolak masuk Labour Room.



13 Mei 2016, Jumaat



Dah admit baruuuu lah contraction makin kerap kerap dan kerap. Memang sakit sungguh lah. Sakit lebih dari anak sulung dulu. 2.30am tengah tido tetiba rasa ada benda panas keluar. Ingatkan darah tu jugak la, tapi heran awat makin lama makin banyak. Masuk toilet check tengok jernih. Tanya nurse rupanya air ketuban dah pecah!!! Ohh macam ni rasanya air ketuban pecah. Selama ni dok tengok dalam tv je orang leaking air ketuban hewhewhew. Anak sulung dulu nurse yang pecahkan air ketuban.



Dokte round malam check masih 2cm lagi walaupun contraction makin kerap makin lama dan air ketuban dah leaking. Start dari tu memang lansung tak boleh nak tido. Selang 5 minit bangun berjalan nak tahan sakit. Tak berjalan memang tak boleh. Serba tak kena. Campur stress sama kot. Serviks 2cm tak bergerak2.



Pagi sebelum sarapan nurse tanya sakit sangat tak? Mungkin tengok saya duk berguling guling sakan sangat kot. Siap pesan kalau rasa nak terberak macam sembelit tu bagitau. Sebab takut serviks dah bukak. Memang duk rasa pun nurse. Padahal dah buang air besar siap2 sebelum subuh. Nurse pun tolong check lagi sekali. Walaupun dia kata ikutkan tak boleh check. sebab tadi dalam setengah jam macam tu baru lepas dokte round pagi check. Takut jangkitan kuman sebab dah leaking ketuban. Nurse check dah 4cm!!!



Alhamdulilah syukur rasa sebab berjalan jugak bukaan serviks tu huhuhu. Lepas je breakfast terus tolak masuk LR. Suami dah tunggu dekat sana. Nak makan nasi dengan ayam masak kicap pun takdan. Ingatkan boleh la breakfast nasi dengan ayam masak kicap pagi tu. Kofkofkof :p nak breakfast roti keping pun tak lalu nak telan dah. ada hati makan ayam kicap hewhewhew



Macam biasa salam mintak ampun halalkan makan minum. Cium pipi kiri kanan usap2 kepala sebak2 sikit nurse pun tolak masuk LR. Masuk Suite 3, Fateh Uwais dulu Suite 5. Dokte india perempuan masuk nak pecahkan air ketuban tu sampai habis. Sakitnya Ya Rabbi!!! Bukan sakit sebab pecah air ketuban ye. Sakit kena seluk nak check jalan. Sebelum tu rasa ada la dalam tiga empat dokte tak campur entah berapa ramai nurse yang check jalan takde pun sakit macam tu!!!



Katanya jalan bukak dalam 3/4cm je jugak. Contraction selang 3 minit. Dan memang sakitttttt sangat. Lebih sakit dari anak sulung dulu. Memang langsung tak dapat tido walau sekejap dari start leaking air ketuban 2.30am tu tadi. 9.30am check serviks pun still takde progress jugak sobsss.



Dorang offer ambik epidural. Takut jugak nak ambik. Takut kesan sampingan huuuu. Tapi hasil dari temu ramah katanya takde kesan sampingan. Dan epidural hanya dapat waktu office hours sahaja. Hanya dokte pakar je boleh biuskan epidural. Ianya percuma kalau hospital yang offer. Kalau swasta confirm kena bayar hihihi.



Disebabkan badan dah lesu tak dapat rehat tak dapat tido. Ambik jugak la epidural nya. Yang bagusnya dokte pakar bagi saya masa. Time contraction datang dia bagi rileks dulu. Elok je contraction berhenti terus dia cucuk. 10.30am dan dapat lah ummi rehat dan tido dengan tenang tanpa rasa sakit hasil dari epidural ituuu.

tambahan aksesori :p

11.30 nurse datang check bukaan baru 5cm sobssss lagi sekali seorang ummi. Nurse kata nak drip induce air. Bagi jalan cepat sikit progress. Lepas dari drip induce tu baruuuu lah dapat rasa balik contraction. Sejam lepas cucuk epidural memang takde rasa langsung. Efektif lah kot untuk seorang ummi FatehFurqan hekhekhek.  Sebab kata nurse sebelum tu ada jugak patient yang walaupun cucuk epidural tapi still boleh rasa sakit. Tak rasi dengan dorang.



Lepas drip induce walau contraction kuat tapi still dapat tahan sebab ada EPIDURAL.



Somi yang setia tunggu dekat tempat menunggu mesej kata nak pergi masjid. Kan hari jumaat. Nak stand by solat jumaat la. Sambil2 tu boleh la jugak baca yassin dari sana. Nak masuk baca yassin dekat tepi saya mana boleh. Hospital kerajaan boleh masuk time dah betol2 nak bersalin je nanti. Redha dah masa tu. Kot kalau masa somi pergi masjid ni dah tiba masa nak bersalin redha je takde somi teman kat tepi macam Fateh Uwais dulu.



12.30pm dokte datang check jalan. Tanya saya “awak takde rasa nak teran ke?” terus tanya kenapa? Takde pulak rasa nak teran. Rasa best je boleh tido kohkohkoh :p “awak dah 10cm ni dah boleh teran” ehhh betoi ke? Cepat nya jalan dia bukak. Dalam sejam dari 5cm terus jadi 10cm. alhamdulilah. Tapi sebab takde rasa sakit sangat2 macam tadi. Dokte lagi sorang kondak sambil pegang perut bagitau kalau masa tu dah boleh teran ke tidak. yela rasa sakit contraction tu dah tak rasa sangat. dokte pegang perut nak rasa bila ada pergerakan baby dan terus bagitau bila dah boleh terannya. 



Nurse pun tanya kalau2 somi ada nak panggil masuk. Terus sedih kata somi dah pergi masjid nak solat. Rupanya nurse gigih jugak pergi panggil nama somi dekat tempat menunggu tu. Hampa. Somi takde. Elok lepas baby dah keluar tengok somi ada dekat pintu bilik. Rupanya somi pergi ambilkan air nak bagi dekat saya yang mengadu dahaga dahaga tadi. Lepas bagi air kononnya baru nak ke masjid. Tak sempat nak minum air dah bersalin. Somi pun terkejut masuk2 tengok dah ada baby atas dada ummi nak bagi susu.

Akhi Uwais dulu hari pertama keluar tido je kerjanya. nak tengok bukak mata memang payah. Baby Furqan kemain lagi mata celik nengok merata =..=



Proses teran alhamdulilah kejap je 12.40pm baby dah selamat dilahirkan. Yang lambatnya sebab terbelit tali pusat masa nak keluar tu. Tapi alhamdulilah semuanya selamat. Dengar je abi azan terus diam budak baby tu. Alhamdulilah semuanya selamat. Entry ni pun dah dekat 3 bulan baruuu selamat ditaip dan share hihihihi.

Discaj dah tapi sayang nak gunting buang tag nama :p

Kesan epidural ada tak? Ada…… dah beberapa jam lepas bersalin still rasa macam contraction tu. Sekejap2 rasa sekejap2 rasa. Dan selamat jugak muntah dengan jayanya atas katil wad disebabkan pening kepala yang amat sangat. Sampai nurse kena tolak naik wheelchair ke bilik air lepas selamat muntah huhuhuhu.

04 September 2016

Ogos Yang Busy Sangat!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tepek gambar budak berdua buat semangat kerja. Akhi tengah mengasuh adik baby tu. Alhamdulilah boleh la nak harap sikit2. tapi tak boleh jugak harap sangat. budak tengah akal ligat bukan boleh baca sangat hihihi

oh mai very bad prestasi bulan Ogos lepas. Ogos tersangat sangatlah busy!!! busy yang bukan dibuat-buat tau huuuu. awal bulan Ogos baruuu nak masuk kerja lepas cuti panjang. cuti bersalin 3 bulan. jadinya paham paham jela kalau orang baru mula masuk kerja balik ni. banyak kerja nak kena update. dan nak mencari mood kerja tu balik kihkihkih.

Ogos jugak bulan exam saya. 30 Ogos lepas ada exam. exam kait bidang kerja. walau cuti 3 bulan duduk dekat rumah tapi tak dapat langsung nak study walau buku tu ada je dekat rumah. sibuk uruskan anak anak. uruskan rumahtangga. bila dah masuk kerja baru la terkejar-kejar nak study. ada dua paper je nak kena ambik. tapi buku nak baca tu ada banyak huhuhu. dah la tu kalut pulak buku yang berkaitan takde tak cukup. nak mencari buku lagi. print pekeliling baru lagi. entah lah super duper busy rasanya hukhukhuk.

balik dari kerja memang takde masa langsung nak hadap blog ke ape ke walau internet dekat rumah lagi laju. balik rumah memang jadi surirumah tangga sepenuh masa je. tengok facebook tengok Instagram pun time tengah menyusukan anak. Nampak mata dia dah layu tertutup baru sempat capai telefon sekejap. salah satu untungnya bf anak kecik ni. ada la masa nak relaks sekejap. nak baring sekejap ke. badan je baring tapi otak ligat fikir nak kemas rumah macam mana. nak mula kan dari mana. lipat kain dulu ke basuh pinggan dulu ke. mak mak sangat hahahaha

dan Ogos jugak bulan busy prepare segala dokumen untuk cubaan beli rumah pertama sendiri. orang kata kalau nak beli rumah ni tak boleh pedo (tahan tahan) tak boleh sangat nak kira itu kira ini. buat geram je beli. kalau duk fikir tu fikir ni alamatnya memang tak terbeli la sampai bila pun. bukan fikir ape pun. fikir ekonomi keluarga yang kian meningkat sekarang ni. dengan ekonomi semasa lagi. tapi arghhhh malas fikir banyak. try je submit loan dulu. lepas tu baru fikir lain huhuhu. moga Allah permudahkan urusan kami. moga Allah murahkan rezeki kami. amin amin.

14 August 2016

Furqan Uqbah Bin Nadzri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Furqan Uqbah Bin Nadzri
13 Mei 2016
6 Syaaban 1437H
1240 pm
2.8kg
Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak


Alhamdulilah selamat dah lahirkan seorang lagi #KhalifahUmmiAbi. Dua anak lelaki tetiba ummi abi rasa tough sangat. Jauh di sudut hati rasa selamat dikelilingi tiga lelaki dalam hidup. Rasa macam special jadi satu2nya perempuan dalam keluarga kecik kami :p



Walau namanya sama anak lelaki tapi berbeza watak dan perangai memasing. Nak handle dari waktu pantang pun berbeza. Yang paling ketara bezanya dulu Fateh Uwais nak tido dalam gelap. Furqan Uqbah kena tido dalam cerah bila tutup lampu dia lemas. Grrrrrr bayangkan kucar kacir malam kami semua bila ada dua budak kecik dengan dua watak yang berbeza. Huuuu baru nak belajar b e r a n a k dua weiiiii kihkihkih.





Tapi buat masa sekarang dapat detect satu perangai yang sama. Bila balik je dari ambik rumah pengasuh merap sungguh2 dengan ummi. Abi pun sama. Tak boleh la nak tinggal sekejap bagi main2 dekat bawah. Kena merap dia je. Tak merap pun asal dapat duduk atas riba sambil tengok Akhi Uwais main pun takpe dah. Ummi nak masak petang kena tunggu abi dorang balik. Kalau tidak memasing tengok jela periuk nasi kosong tu sambil leleh ailio =.= Fateh Uwais dulu macam tula. Tapi takpe la sebab dengan Uwais dulu duduk bujang dengan housemate. PJJ dengan somi. Takde la nak kejar masak ke basuh pinggan lipat kain ke. Cumanya kalut sensorang la bila nak solat mandi. Sekarang walau kalut2 pun still ada ‘kawan’ nak tumpang bersandar. Alhamdulilah J


Furqan Uqbah = Seorang qari alim yang dapat membezakan antara hak dan batil

Rindunya ke blog. Tapi bulan Ogos ni bulan busy. Baru masuk kerja 7hb ritu. Banyak benda kalut nak buat. nak prepare exam. Dan prepare segala dokumen untuk dua benda besar dalam hidup. Moga2 Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan urusan kami. Amin amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...