Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tiga
bulan cuti kerja. Tiga bulan plus plus jugak cuti blog hewhewhew. Bukan pemalas tapi
memang tak sempat pun nak bukak blog. Fateh Uwais tido Furqan Uqbah jaga.
Furqan Uqbah tido Fateh Uwais jaga. dah tu mana masanya ummi nak ngadap blog
pulak. nak ngadap entry pun kena ada mood yang tak terganggu. kalau tidak nanti
jadi entry tak beremosi. tak syok diri sendiri nak baca kofkofkof :p
Alhamdulilah
13 Mei 2016 lepas hari Jumaat yang barokah selamat melahirkan seorang lagi
khalifah Allah. Lelaki dengan berat 2.8kg dalam keadaan normal. Orang kata anak
kedua ni mudah lagi dari anak sulung. hurmm mudah la sikit kot. kalau masa anak
sulung dulu sakit sehari suntuk. anak kedua sakitnya setengah hari. nak kata
kurang sakit, sama je sakitnya macam anak sulung dulu. lebih lagi pulak rasanya
sobsss. cuma masa nak meneran tu sekejap. 10 minit dah keluar budaknya. kalau
Fateh Uwais dulu 2 jam lebih proses meneran baru keluar.
11 Mei 2016, Rabu
Malam sebelum tido.
Mula rasa macam baby dalam perut mengumpul ke ruang nak keluar rahim. Dekat
serviks. Bergerak ke bawah dan ke bawah. Pergerakan tu rasa dalam empat kali.
Terfikir jugak ni salah satu tanda ke cam mana nya? Masa Fateh Uwais dulu takde
pulak rasa macam ni. Sakit pinggang sakit ari2 tu memang dah seminggu lebih rasa.
Rupanya tanda yang saya rasa tu memang salah satu tanda dah nak bersalin.
Doctor muda yang check dekat LR tu bagitau.
12 Mei 2016, Khamis
Pepagi tetiba mai
mood rajin kemas almari adik baby. Kemas baju2 dia. Kemas beg bersalin yang
entah berapa kali kemas tu entahnya. Sambil2 tu sembang2 la dengan baby dalam
perut. Suruh keluar cepat sikit. Ummi is tazabarrrr. Yang betoinya ummi dah tak
larat nak tahan sakit dekat Miss V tu huuu.
Tengah dok kemas
dalam 8.30am rasa macam panassss je keluarnya. Ada lendir dengan darah!! Ohhh
ok dah sampai masanya ni. Lagi pulak due date adik baby 14 Mei. Call suami yang
masa tu ada dekat Alor Setar suruh balik ipoh cecepat. Saya dan anak sulung
memang dah balik kampung awal sebelum tu. Yang bezanya masa anak sulung sakit
dulu baru turun darah. Yang kedua ni turun darah tu. Sakit tak rasa lagi. Cuma
ada la sikit2. Tapi tak heavy macam masa anak sulung dulu. Tak rasa pun nak ke
hospital lagi sebab takde contraction.
Decide dengan somi
lepas asar ke HRPB. Risau jugak kot serviks dah bukak ke ape. Kan orang kata
anak kedua ni bukaan dia lagi cepat huhuhu. Check jantung baby semua pun ok.
Cumanya baby banyak tido. Graf jantung tak cantik. Dahhh kena tambah masa
penalti lagi. Sampai ke nak meneran dia boleh buat tido tak nak bangun.
Pfffftttttttt
cucuk yang paling gerun untuk seorang Ummi FatehFurqan. Dokte siap kata lagi "sabar ye puan, cucuk ni memang sakit sikit" kofkofkof
Masa tu baru 2cm.
ingatkan tak payah admit macam anak sulung dulu. Kena admit jugak, katanya anak
kedua bukaan laju lagi dari anak sulung. Contraction pun makin kerap. Dannn wad
kosong tak ramai orang maka marilah kita menjadi penghuni wad bersalin HRPB.
Nanti dah 4cm baru nurse tolak masuk Labour Room.
13 Mei 2016, Jumaat
Dah admit baruuuu lah
contraction makin kerap kerap dan kerap. Memang sakit sungguh lah. Sakit lebih
dari anak sulung dulu. 2.30am tengah tido tetiba rasa ada benda panas keluar.
Ingatkan darah tu jugak la, tapi heran awat makin lama makin banyak. Masuk
toilet check tengok jernih. Tanya nurse rupanya air ketuban dah pecah!!! Ohh
macam ni rasanya air ketuban pecah. Selama ni dok tengok dalam tv je orang
leaking air ketuban hewhewhew. Anak sulung dulu nurse yang pecahkan air
ketuban.
Dokte round malam
check masih 2cm lagi walaupun contraction makin kerap makin lama dan air
ketuban dah leaking. Start dari tu memang lansung tak boleh nak tido. Selang 5
minit bangun berjalan nak tahan sakit. Tak berjalan memang tak boleh. Serba tak
kena. Campur stress sama kot. Serviks 2cm tak bergerak2.
Pagi sebelum sarapan
nurse tanya sakit sangat tak? Mungkin tengok saya duk berguling guling sakan
sangat kot. Siap pesan kalau rasa nak terberak macam sembelit tu bagitau. Sebab
takut serviks dah bukak. Memang duk rasa pun nurse. Padahal dah buang air besar
siap2 sebelum subuh. Nurse pun tolong check lagi sekali. Walaupun dia kata
ikutkan tak boleh check. sebab tadi dalam setengah jam macam tu baru lepas dokte round pagi check. Takut jangkitan kuman sebab dah leaking ketuban. Nurse
check dah 4cm!!!
Alhamdulilah syukur
rasa sebab berjalan jugak bukaan serviks tu huhuhu. Lepas je breakfast terus
tolak masuk LR. Suami dah tunggu dekat sana. Nak makan nasi dengan ayam masak
kicap pun takdan. Ingatkan boleh la breakfast nasi dengan ayam masak kicap pagi
tu. Kofkofkof :p nak breakfast roti keping pun tak lalu nak telan dah. ada hati makan ayam kicap hewhewhew
Macam biasa salam
mintak ampun halalkan makan minum. Cium pipi kiri kanan usap2 kepala sebak2
sikit nurse pun tolak masuk LR. Masuk Suite 3, Fateh Uwais dulu Suite 5. Dokte
india perempuan masuk nak pecahkan air ketuban tu sampai habis. Sakitnya Ya
Rabbi!!! Bukan sakit sebab pecah air ketuban ye. Sakit kena seluk nak check
jalan. Sebelum tu rasa ada la dalam tiga empat dokte tak campur entah berapa
ramai nurse yang check jalan takde pun sakit macam tu!!!
Katanya jalan bukak
dalam 3/4cm je jugak. Contraction selang 3 minit. Dan memang sakitttttt sangat.
Lebih sakit dari anak sulung dulu. Memang langsung tak dapat tido walau sekejap
dari start leaking air ketuban 2.30am tu tadi. 9.30am check serviks pun still
takde progress jugak sobsss.
Dorang offer ambik
epidural. Takut jugak nak ambik. Takut kesan sampingan huuuu. Tapi hasil dari
temu ramah katanya takde kesan sampingan. Dan epidural hanya dapat waktu office
hours sahaja. Hanya dokte pakar je boleh biuskan epidural. Ianya percuma kalau
hospital yang offer. Kalau swasta confirm kena bayar hihihi.
Disebabkan badan dah
lesu tak dapat rehat tak dapat tido. Ambik jugak la epidural nya. Yang bagusnya
dokte pakar bagi saya masa. Time contraction datang dia bagi rileks dulu. Elok
je contraction berhenti terus dia cucuk. 10.30am dan dapat lah ummi rehat dan
tido dengan tenang tanpa rasa sakit hasil dari epidural ituuu.
tambahan aksesori :p
11.30 nurse datang
check bukaan baru 5cm sobssss lagi sekali seorang ummi. Nurse kata nak drip
induce air. Bagi jalan cepat sikit progress. Lepas dari drip induce tu baruuuu
lah dapat rasa balik contraction. Sejam lepas cucuk epidural memang takde rasa
langsung. Efektif lah kot untuk seorang ummi FatehFurqan hekhekhek. Sebab kata nurse sebelum tu ada jugak patient
yang walaupun cucuk epidural tapi still boleh rasa sakit. Tak rasi dengan
dorang.
Lepas drip induce
walau contraction kuat tapi still dapat tahan sebab ada EPIDURAL.
Somi yang setia
tunggu dekat tempat menunggu mesej kata nak pergi masjid. Kan hari jumaat. Nak
stand by solat jumaat la. Sambil2 tu boleh la jugak baca yassin dari sana. Nak
masuk baca yassin dekat tepi saya mana boleh. Hospital kerajaan boleh masuk
time dah betol2 nak bersalin je nanti. Redha dah masa tu. Kot kalau masa somi
pergi masjid ni dah tiba masa nak bersalin redha je takde somi teman kat tepi
macam Fateh Uwais dulu.
12.30pm dokte datang
check jalan. Tanya saya “awak takde rasa nak teran ke?” terus tanya kenapa?
Takde pulak rasa nak teran. Rasa best je boleh tido kohkohkoh :p “awak dah 10cm
ni dah boleh teran” ehhh betoi ke? Cepat nya jalan dia bukak. Dalam sejam dari
5cm terus jadi 10cm. alhamdulilah. Tapi sebab takde rasa sakit sangat2 macam
tadi. Dokte lagi sorang kondak sambil pegang perut bagitau kalau masa tu dah
boleh teran ke tidak. yela rasa sakit contraction tu dah tak rasa sangat. dokte pegang perut nak rasa bila ada pergerakan baby dan terus bagitau bila dah boleh terannya.
Nurse pun tanya
kalau2 somi ada nak panggil masuk. Terus sedih kata somi dah pergi masjid nak
solat. Rupanya nurse gigih jugak pergi panggil nama somi dekat tempat menunggu
tu. Hampa. Somi takde. Elok lepas baby dah keluar tengok somi ada dekat pintu
bilik. Rupanya somi pergi ambilkan air nak bagi dekat saya yang mengadu dahaga
dahaga tadi. Lepas bagi air kononnya baru nak ke masjid. Tak sempat nak minum
air dah bersalin. Somi pun terkejut masuk2 tengok dah ada baby atas dada ummi
nak bagi susu.
Akhi Uwais dulu hari pertama keluar tido je kerjanya. nak tengok bukak mata memang payah. Baby Furqan kemain lagi mata celik nengok merata =..=
Proses teran
alhamdulilah kejap je 12.40pm baby dah selamat dilahirkan. Yang lambatnya sebab
terbelit tali pusat masa nak keluar tu. Tapi alhamdulilah semuanya selamat.
Dengar je abi azan terus diam budak baby tu. Alhamdulilah semuanya selamat.
Entry ni pun dah dekat 3 bulan baruuu selamat ditaip dan share hihihihi.
Kesan epidural ada
tak? Ada…… dah beberapa jam lepas bersalin still rasa macam contraction tu.
Sekejap2 rasa sekejap2 rasa. Dan selamat jugak muntah dengan jayanya atas katil
wad disebabkan pening kepala yang amat sangat. Sampai nurse kena tolak naik
wheelchair ke bilik air lepas selamat muntah huhuhuhu.
18 comments:
Comelnya baby....tahniah...
tetiba gerun nk beranak lagi hahahhahaha........tahniah kira dh masuk 2 org moga Allah limpahkn kesenangan & kemudahan utk jaga dua2 amanah yg ada nie....
akak pon gigih baca entry ni dengan kusyuk..sambil mengimbau kenangan2 lama..adododoii..ape2 pon tahniah kiera & suami..dah dpt dua putra...
Putihnya bby msa lahir.. :)
Alhamdulillah.. Dh selamat dpt 2 ank kn kirA.. Seronoknya.. :)
tahniah. baby comel. 😍
semua ibu2 mmg sgt2 hebat...
alhamdulillah .... tahniah dear
alhamdulilah semua dah selamat hehehehe
kejap je kan masa berlalu
Relax je Kiera...macam tak sakit je hihi...lepas ni boleh beranak lagilah nampaknya ....
Okje tak pernah pun rasa sakit beranak Kiera, sakit gitu gitu adalah....Sakit perut kena jahit adalah maklumlah tiga tiga operate.
Dah legakan Kiera bila baby dah keluar
Anak-anak akak dua-dua liat nak keluar. Yang pertama, air ketuban dah pecah, lencun kita ni tapi tetap dia takmo keluar. Last-last bila doktor dah standby nak masuk operation room, tetiba aje dia nak keluar! Second one pun sama aje tapi yang ni memang lagi tak mahu keluar. Last-last tolak masuk operation room kasi czer aje!
Akak dua-dua anak kena epidural tapi kali pertama, terus kena sakit sendi. Tak tahulah ada kaitan ke tidak. Kesan kebas-kebas tu lama jugalah Kiera akak rasa!
By the way, tahniah ya! Dah dua anak lelaki. Sama teamlah kita ~_^
Berdebor2 pulak baca pengalaman bersalin org...
Seriau pulak....
Hrp2 kami pun senang mcm kiera gak
yes dh selamat, 2nd baby boy yer... alhamdulillah tumpang gembira
alhamdulilah
seronok baca pengalama bersalin kawan2..hehhee
akak pun masa adam amik epidural juga,lepas tu takde dah.
alhamdulillah dah selamat semuanya kan
mcm sng ja tgk gayanya tp jenuh gakla rs skitnya...ye dok?
niway...tahniah
alhamdulillah slmt dh kira.. pantang pun dh hbis.sempat lg nk mkn nasi ayam. hahaha
PERKHIDMATAN URUTAN
untuk wanita dan ibu2 bersalin.
area sentul dan cover seluruh area kuala lumpur.
sila hubungi 013-2096836.
Betul.. setiap anak berbeza sakitnya, saya smpi xsedar tu la tanda nk bersalin walau anak kedua.. 😂😂
Jemput ke blog sy.. http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/soya-bahaya-ke-untuk-pesakit-cyst.html?m=1
Post a Comment