Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 April 2013

Kisah Khalifah #MGTT & Darah Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad lepas kena minum air gula sekali lagi. selalunya kalau cucuk untuk ujian kencing manis nie memang bisa sangat. tatau la kenapa. disebabkan ada sejarah muntah teruk masa pestime minum air gula dulu, saya decide aturkan appoitment untuk ambik darah suami hari yang sama dengan MGTT saya yang kedua nie. ada la peneman kalau sejarah berulang lagi kan. hihihi.

MGTT kali nie pasal berat badan yang terlebih sangat =.=" diorang mula la nak suspect diabetes. sementara minum air gula sementara tue pulak tengok suami kena ambik darah. eh sat je dah abis minum, ritu punya terjegil-jegil bijik mata nak abiskan. mungkin semangat suami sama kot. hahahaha, gedik!!!! :p

darah suami kena ambik untuk ujian talasemia disebabkan darah saya yang setiap bulan tak boleh nak naik tue. berdoa banyak-banyak moga itu hanyalah suspect dan bukan betul. amin. lepas abis je minum air gula, nurse nasihatkan jangan minum air masak banyak sangat nanti gula tue cair. huuuu baeklahhhhhhh. minum air tue sebab lapar, baby dah tendang-tendang dah kat dalam. agaknya dia pun lapar letewww, sabar baby lepas ummi ambik darah kali kedua nanti kita makan ye.

sebelum keluar bilik ambik darah tue nurse pesan lagi sekali jangan makan ape-ape dan datang semula jam 11.25 nanti. tapi suami boleh makan la katanya. sempat lagi suami saya jawab "takpe la, kita tunggu dia(saya) pun boleh makan jap lagi, sama-sama puasa." gelak je nurse tue. tapi sungguh, paksa suami makan pun takmo, nak jugak tunggu bini dia boleh makan sekali. bila dah dapat makan tengahari tue macam tak cukup nasi je saya tengok. hihihi :p tapi ape pun. terima kasih sayang, sebab sama-sama nak berkorban rasa lapar teman ummi dengan baby :)

dan sementara tunggu 2 jam tue. ye sejarah berulang lagi. abis saya muntahkan semua air gula yang minum tadi. mungkin angin dah naik sampai atas bila tak mampu nak tanggung lagi. syukur ada suami kat sebelah tolong urut-urut belakang. tolong ambikkan air. kalau tidak terdampar sekejap la saya kat tepi jalan tue sensorang huuu. tapi takde la jujur sangat nak bagitau nurse tue saya dah muntahkan, buat tatau je dan tanpa rasa bersalah hulur tangan mintak di ambil darah yang kedua :p 

berdoa sangat moga dimurahkan rezeki saya dan suami. anak kedua dan keseterusnya nanti tak perlu berulang ke klinik kerajaan lagi. tak larat nak berulang dah. minggu nie saja 3 kali kena ulang. isnin semalam dan khamis nanti. minggu depan pun sama. untuk urine and Bp test sebab berat terlebih tue. letihhhhhh tapi apa kan daya demi kesihatan terpaksa turutkan jugak. klinik ku rumah ku #Sangatttttttttt

semalam timbang berat lagi. minggu lepas 45.2kg semalam naik lagi ke 46kg. ayoooooo cepatnya naik, saya pun dah jadi takut nak makan @.@


29 April 2013

Nurul Iman #Langgar Lari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad semalam pepagi lagi dah keluar pagar rumah nak menuju ke klinik kesihatan simpang kuala, kedah bersama suami. wahhh berbunga-bunga hati suami yang teman pegi klinik :p tapi baru je keluar pintu suami dah buat terkejut. "yang kenapa dengan nurul iman(kereta) kita nie?" saya yang dah terkejut tue terus la datang dekat dia. aduhhhhh remuknya hati tengok Nurul Iman saya cedera.


terus terkedu tatau nak cakap ape. suami dok cakap itu ini pun saya diam je. sepanjang drive saya diam je layan perasaan sendiri. biar je suami rehat kat sebelah. rasa nak menitik air mata huuuu. dah tue suami pujuk kata nanti dia nak betul kan kelukaan Nurul Iman kesayangan nie. huuu terima kasih laling sebab sudi nak pujuk hati ummi. walaupun tau hati dia pun sakit tengok kecederaan nie.

al kisahnya sabtu malam tue ktorang pegi tengok tournament badminton anjuran ofis suami. parking keta elok dah tempat terang. siap jauh dari kereta-kereta yang lain lagi sebab konon nanti senang kami nak gerak awal sebab nak pegi pun sekejap je. tapi tak sangka dalam dok kita berhati-hati tue terkena jugak musibah. hurmmm. cerita MGTT besok-besok la pulak cerita. takde mood dah

23 April 2013

Kisah Khalifah #Dugaan Kurang Darah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

malasnyaaaaaaaaaaaa nak update entry sekarang nie huuuu. baru je tadi selesaikan appoitment dengan dokte. kena rujuk dengan dokte kes saya kurang darah nie. disebabkan dokte tak pasti apa puncanya, rini kena ambik darah lagi untuk diuji samada saya penghidap talasemia atau tidak. dan ahad depan suami pun kena diuji darah jugak untuk tengok dia salah seorang pembawa atau bukan. dan tambah dokte tue lagi. langkah awal untuk detect samada baby akan jadi penghidap talasemia atau tak. 21 Mei depan ada lagi satu appoitment untuk kes yang satu nie. 

rasa nak jatuh jantung nie masa dengar dokte cakap tue. sungguh sebak. saat saya tulis entry pun dada macam nak pecah menahan segala macam kerisauan. berdoa sangat moga khalifah kami dijauhkan dari segala macam sakit baik yang ringan atau yang memudaratkan. berdoa sangat biarlah saya yang tanggung segala ujian dan dugaan tue asalkan bukan anak kami. amin.

lepas nie dah boleh mula makan Iberet pulak(sebelum nie makan Sangobion), sebab ramai yang kata vitamin tue elok untuk tambah darah ibu mengandung. kita usaha ye baby. dan yang menariknya mama kata nanti mama nak buatkan tempe jadi ditumis dengan ikan bilis dalam kuantiti yang banyak untuk saya bawak balik dan makan. dan laginya mama kata mama nak tolong buat air soya tuk anak dia nie. sebab orang kata soya pun elok untuk tambah darah, betul ke tak. tatau la. 

bila saya kata suami tak bagi minum soya banyak sangat sebab tak berapa elok. terus mama kata mama nak buat soya kat saya, boleh bajet sendiri kurangkan gula, yeayyyyy sayanggggggggggggg mama :D dan kena beli jambu batu banyak-banyak lagi untuk bantu tambah darah. janji usaha dan berdoa kan ;) 

Berat 45.2kg

check up ahad lepas berat yang nurse tue timbang 41.8kg tapi baru seminggu dah naik sebanyak tue. banyaknyaaa bukan saya je pelik, nurse tadi pun pelik. dorang tanya saya makan ape yang boleh naik sampai macam nie? sebetulnya minggu nie adalah minggu tak selera makan, saya pun pelik. dan nurse yang tadi tue timbang sampai 3 kali takut depa salah. 

samada saya yang memang dah terlebih berat atau nurse yang tolong timbang ahad lepas tue yang salah timbang. wallahualam~~~ disebabkan berat dah terlebih banyak makanya 28 April 2013 nie kena buat ujian OGTT untuk tengok ada diabetes atau tak. dan kena berulang klinik isnin dan khamis depan untuk tengok tekanan darah pulak. oh banyaknya appoitment, kena tulis dalam diari sebab takut terlupa nanti.



yang bertanda pink belacan tue semua appoitment dengan klinik. hat kaler lain tue toksah la tanya appoitment dengan sape pulak :p ujian dan dugaan yang saya lalui masa sekarang mungkin kifarah dosa-dosa yang lepas. Ya Allah jika ini balasan didunia yang harus saya tanggung, saya rela terima asalkan zuriat ini dipelihara dari sebarang ujian dan dugaan yang maha berat. amin2..

#Pujuk diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha Kuasa menentukan segalanya, termasuk kesihatan anak kami kat dalam nie. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...