Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 August 2015

Angin Petang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

nampak tak flat tinggi tu? taman kami berjiran dengan flat tinggi tu. antara flat dengan taman ada la berelung-relung jugak sawah yang jadi sempadan ;D flat yang tak boleh duduk sampai sekarang walau tengok dari luar dah siap elok. tatau apa masalah dia. tak dapat CF lagi gamaknya. 

aritu ada cerita yang petang-petang sebelum berbuka time bulan posa dulu kitorang selalu jenjalan kan. ada yang tanya rumah dekat kawasan bendang@sawah ke? iye, rumah sewa kami memang dikelilingi sawah kalau tengok dan perhati betol2. jalan nak masuk ke taman rumah walau ikut jalan belakang atau depan memang kena lalu ikut sawah dulu. bukak tingkap ambik angin sepoi2 sawah gituuuu hihihii. sekarang dah masuk musim menuai lepas tu bakar jerami nanti bau pulak asap jerami tu. asap jerami bau tak menyakitkan hidung macam bau bakar sampah tu haaa. cumanya habuk bakar jerami tu je yang buat sakit mata nanti. masuk dalam rumah ikut celah bawah pintu. ada yang kata gatal kalau kena habuk jerami tu. sebab kawasan rumah yang dikelilingi sawah saya lebih suka duduk area kuala kedah ni. alhamdulilah buat masa ni tak pernah kena banjir lagi. 



port kami lepak petang-petang. tengok itik berenang. itik jabatan pertanian bela rasanya. banyak sangat. jadi la habuan Fateh Uwais cuci-cuci mata tiap petang. budak tu dapat tengok itik ayam kambing pun dia dah suka sangat dah. duduk kawasan kampung setakat ayam itik kambing angsa tu memang senang la nak nampak. tapi yang tak syoknya kambing situ suka masuk rumah orang. makan daun-daun pokok orang tanam. owner lepaskan dorang bebas. siap naik atas kereta orang sebab nak makan daun pokok tinggi >.<


ajar anak naik moto petang2. nanti anak tu manja, tak dapat bebai. alhamdulilah setakat masa sekarang bila hujan atau tak larat nak keluar petang-petang bila terangkan dekat Fateh Uwais dia akan paham dan tak pernah memberontak bebai. mudah2an sampai ke besar la dia gitu, boleh paham situasi bila terangkan. kitorang saje nak reward dia. dah kena tinggal 9 jam dekat rumah mak pengasuh. balik rumah pun kita bukan boleh tengok dia setiap jam setiap minit. nak kena selesaikan tanggungjawab dekat rumah jugak. makanya ambik masa setengah jam reward dia tengok itik, main dekat playground. jadi la ambik hati dia balik. tapi bila tak dapat tengok itik hari tu. besok pagi-pagi lagi dia dah peringat dekat abi "adik nak tengok itik" hewhewhew :p



post signature

24 August 2015

Cuci Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

cuci mata a.k.a window shopping. mana-mana perempuan mesti suka yakmat kan? hewhewhew. tapi saya tak suka window shopping dalam mall. dalam pada kata nak window je nanti terussssss ter shopping. tambah kalau tengok barang anak banyak yang murah2. selalu tak tahan dugaan kalau tengok barang anak je. tambah kalau 70% sale katanya lagi rambang mata hahahahahaha

terpaling selamat window shopping online jela. tu pun kena tengok jugak. kalau katanya free postage memang susah nak diselamatkan hewhewhew. seorang syakira sangat kedekut kos postage ye kawan-kawan sebab tu window shopping online masih selamat lagi buat masa ni. BUAT MASA INI......

nak toilet train uwais. tapi nak tunggu benda ni dulu. mengada sangat kan hahahahaha :p

sekarang baru paham maksud mama dulu "kalau tak dapat nak beli barang tu, dapat tengok kat gambar hari-hari pun jadi dah" sekarang ummi uwais pulak perangai gini kohkohkoh. hari-hari la bukak website IKEA. nak cuci mata. sambil-sambil print screen benda apa yang nak beli kalau pegi IKEA nanti. tengok tu niat dah lain dah. kata nak window shopping ajeeee :p

nak beli yang kaler hitam, letak kat dalam bilik menan uwais. senang nak simpan toys dia yang berlambak tu haaa. see, barang anak memang mampu buat ummi meroyan nak shopping =..=

mujur jugak IKEA ni jauh dari loqstaq kalau tidak tatau la nak nanges macam mana tengok wallet kempis. tapi bila tengok barang dalam rumah mampu gelak balik kot Ehhh!!! :p tapi tapi lepas ni IKEA nak bukak kat penang, hurmmm mampu ke tahan dugaan lagi mihmihmih :p


post signature

20 August 2015

Zaman Gebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



rindu dah zaman dia kecik cenonet gini. zaman mengisi isi kata orang hihihihi. kalau budak kecik gini suka tengok tangan kaki dia. kalau ada 'bunga' maksudnya dia nak bertubuh atau berisi lagi. nak bam bam cikebom lagi lah citenya hewhewhew


masa ni memang hari2 rasa nak gigit aje peha dengan tangan gebus dia. isi pun kenyal dan padat je. masuk mulut memang sedap ekekekeke. yang paling syok tengok pipi labuh. alhamdulilah pipi dia labuh sampai sekarang. kalau berlari bergoyang2 pipi. kalau makan kembung kembung pipi pau dia. ummi is gerammmmmmm hewhewhew



alhamdulilah sampai sekarang Fateh Uwais masih bertubuh, masih debab mokmok badan dia. tapi bila play balik video lama dia dulu. alahai bezanyaaaaaa dengan sekarang. sejak dah dapat kaki dia jadi seorang yang tersangatlah busy. busy buat itu ini. busy angkat macam2. paling busy bila ummi abi sibuk baking ke masak ke dekat dapur. itu jam diaaaaaaa lah manusia yang terpaling nak menyibuk. sanggup usung meja kerusi plastik dia semata nak tengok apa yang kita buat =..=


ada masanya nak anak sentiasa kecikkkkk je selalu. sentiasa baby born cenggini. ekekekekeke. tapi selalunya berdoa moga membesar jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat dan tak lupa pada Allah. Fateh Uwais ummi rinduuuuuu bau mulut awak masa baby tauuu. sekarang hilang dah bau tu sikit sikit. sobsssssss. nak kena proses adik baru lah pulak kalau nak bau syurga tu. ehhh kbai kahkahkah :p


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...