Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 August 2015

Angin Petang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

nampak tak flat tinggi tu? taman kami berjiran dengan flat tinggi tu. antara flat dengan taman ada la berelung-relung jugak sawah yang jadi sempadan ;D flat yang tak boleh duduk sampai sekarang walau tengok dari luar dah siap elok. tatau apa masalah dia. tak dapat CF lagi gamaknya. 

aritu ada cerita yang petang-petang sebelum berbuka time bulan posa dulu kitorang selalu jenjalan kan. ada yang tanya rumah dekat kawasan bendang@sawah ke? iye, rumah sewa kami memang dikelilingi sawah kalau tengok dan perhati betol2. jalan nak masuk ke taman rumah walau ikut jalan belakang atau depan memang kena lalu ikut sawah dulu. bukak tingkap ambik angin sepoi2 sawah gituuuu hihihii. sekarang dah masuk musim menuai lepas tu bakar jerami nanti bau pulak asap jerami tu. asap jerami bau tak menyakitkan hidung macam bau bakar sampah tu haaa. cumanya habuk bakar jerami tu je yang buat sakit mata nanti. masuk dalam rumah ikut celah bawah pintu. ada yang kata gatal kalau kena habuk jerami tu. sebab kawasan rumah yang dikelilingi sawah saya lebih suka duduk area kuala kedah ni. alhamdulilah buat masa ni tak pernah kena banjir lagi. 



port kami lepak petang-petang. tengok itik berenang. itik jabatan pertanian bela rasanya. banyak sangat. jadi la habuan Fateh Uwais cuci-cuci mata tiap petang. budak tu dapat tengok itik ayam kambing pun dia dah suka sangat dah. duduk kawasan kampung setakat ayam itik kambing angsa tu memang senang la nak nampak. tapi yang tak syoknya kambing situ suka masuk rumah orang. makan daun-daun pokok orang tanam. owner lepaskan dorang bebas. siap naik atas kereta orang sebab nak makan daun pokok tinggi >.<


ajar anak naik moto petang2. nanti anak tu manja, tak dapat bebai. alhamdulilah setakat masa sekarang bila hujan atau tak larat nak keluar petang-petang bila terangkan dekat Fateh Uwais dia akan paham dan tak pernah memberontak bebai. mudah2an sampai ke besar la dia gitu, boleh paham situasi bila terangkan. kitorang saje nak reward dia. dah kena tinggal 9 jam dekat rumah mak pengasuh. balik rumah pun kita bukan boleh tengok dia setiap jam setiap minit. nak kena selesaikan tanggungjawab dekat rumah jugak. makanya ambik masa setengah jam reward dia tengok itik, main dekat playground. jadi la ambik hati dia balik. tapi bila tak dapat tengok itik hari tu. besok pagi-pagi lagi dia dah peringat dekat abi "adik nak tengok itik" hewhewhew :p



post signature

20 comments:

eima said...

syok kan dok kedah ... tenang je org kg pun ramah2 ...rindu jg tempat membesar aku ni ..... bila balik kg je dpt merasai

el said...

bestnya kawasan rumah uols
lau petang2 mmg best sgt lepak kan

dulu ms kecik2 umah mak blkg ada sawah bendang
siap weols ngan adik badik pi tanam padi main air
sejuk je air dia kan
tp yg xleh lupa tgh2 duk tanam padi..sekali menjerit
pacattttttttttttttttttttttttttt haha

Eintan Nurfuzie said...

dkt mana tu

iryantyismail said...

damai je kan hati bila lihat kehijauan alam...

Aryan azra said...

seronoknya kawasan rumah sewa kira,dekat kawasan bendang tu, memang nyamanlah kan suasananya tu

Mummydearie said...

Bestnya rumah tepi sawah. Kat KL ni manalah ada pemandangan macam tu. Kat kampung akak pun dah takda. Anak-anak akak first time nampak anak itik, mencicit lari nak selamatkan diri. Tak kenal haiwan apakah itu. Maybe mereka fikir tu anak dinosaur ~_^

Fiza Rahman said...

Bestnya rumah di kelilingi bendang.

IntaNBerliaN said...

wah menariknya... cantik je... saya suka tengok sawah padi yg mghijau ni... sejuuk je mata memandang

#BU

Unknown said...

Best...umah kt kola memang best...tok saya memang org sana...

Best kan.anak kita dpt tgk itik ayam pn dah ok dah..macam terapi gitu..hehe

Pha Is said...

petang2 pekena angin bendang memang sedap..

Siti Yang Menaip said...

kambing tu tatau nk p mana.. tu yg masuk rumah orang..

Zafirah Kama said...

seronoknya dok kat bendang.. hijau.. kuning... sukaaaa

arysha_fayyadh said...

Assalam kira,
betoi3
tinggai anak tetiap hari pegi kojer
balik kojer mesti la kena reward anak
rinduuuuuuuuuuuuuu kan3
anak seronok
kita laaagiii beronok2 kan3

Zai Zamree said...

ooo...dia dok tgk itik2 tu la...

jenuh ummi melayan potpetpotpet dia kan?

ZULHILMI TEMPOYAK said...

best nya kehidupan kan.

Cik Ash said...

Pndai dah mintak tu uwais hihihi

arzmoha said...

tengok alam semulajadi mudah ingatkan kita pada kebesaran Maha Pencipta

OKje said...

Saujana mata memandang tengok bendang ni kan KIera....kat KL ni apa yg saujananya tengok keta, tengok jemm.... hihi
Good boy sungguhlah Fateh ni....bukan sejuk perut umi mengandung je tau...perut auntie pun sejuk sekali hihi

Nina Mads said...

comelnya itik2 tu, suka tengok bila waktu petang berjalan balik ke sarang.

QasehnyaRania said...

alahai bestnya area rumah kira.
mmg tenang je nengok sawah padi.
ciksu kalau balik, start naik tol pendang mmg teruja dh sbb dpt tgk bendang yang luas..
legaaaaaa ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...