Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 February 2016

Escape Penang : Time To Play

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Alhamdulilah sekali lagi dapat jemputan dari Team Projek Blogger Utara. kali ni sama-sama join diorang review Escape dekat penang sana. tempat idaman kalbu laki bini tu haaaaa. laki bini tu kami la. dari mula kawen dulu dok plan nak pegi situ. tapi dah pregnant kan Uwais. bila Uwais dah lahir dah tak sampai hati pulak nak tinggalkan dekat rumah. kengkonon nak tunggu Uwais besar sikit boleh ajak dia main sekali. dah ummi pregnant pulak. hahahahaha. Alhamdulilah akhirnya Allah bagi jugak rezeki dekat kami merasa buat aktiviti dekat situ walaupun ummi tengah mengandungkan adik baby yang 6 bulan lebih ni haaaa :) thanks lagi sekali Projek Blogger Utara atas jemputan ;)




rupanya ada kisah tersembunyi sebalik penubuhan Escape Penang ni haaa. Founder dan Chief Executive, Mr Sim Choo Kheng sangat berbesar hati orangnya. Tubuhkan Escape yang hampir menyerupai suasana kampung dulu-dulu. Permainan kampung yang biasa budak umur sebaya saya main dulu. Macam panjat pokok, bergayut dekat pokok, tarik upih. Yang erti kata lain permainan yang banyak gunakan tenaga badan dan mental berbanding zaman sekarang yang hanya guna tenaga jari jewww(scroll pesbuk, twitter, instagram etc) gambar atas tu keseluruhan kawasan Escape Penang. tapi yang baru digunakan hanyalah sebelah kanan sahaja. kalau nampak gambar kedua tu ada pembahagian tiga kawasan. nanti bahagian tengah tu akan ada waterpark (gambar ketiga) yang dijangka siap hujung tahun ni. dan kiri sekali akan dibangunkan kawasan hotel untuk Escape. ok dah tak sabar. Abi Uwais jom kumpul sari seringgit. nanti hujung tahun kita pegi repeat, pakat bergilir ngasuh akhi uwais dengan adik baby nanti kihkihkih. 



dalam bilik taklimat pun ada bela ayam tau. memang kampung kampung sangat ni haaaaa




Founder Escape Penang , Mr Sim Choo Kheng yang tengah bagi taklimat pada kami semua. bila dah dengar taklimat ringkas tu memang lagi bersemangat nak cuba SEMUA aktiviti dekat sana tu


Antara kejayaan beliau bersama team syarikatnya. ini baru sebahagian je tau.



suasana dalam escape pun sejukkkk je, banyak pokok besar yang ditanam semula. Atas atap banggunan ofis dan banggunan2 kedai dorang pun dorang tanam pokok. Erti kata lain dorang amalkan konsep eco system dekat sana. Tak banyak menggunakan tenaga elektrik. Banyak menggunakan tenaga alam je. Saya suka sangat konsep yang Mr Sim Choo Kheng ni terapkan. Konsep alam semulajadi. kalau perasan dekat atap banggunan belakang beca Uwais duduk tu nampak macam berumput. tu bukan semak samun. tapi itu memang saje tanam sebab nak kekalkan suasana sejuk dalam banggunan tu.



Aktiviti yang disedia dekat sana memang banyak pakai tenaga. Nak memanjat, mendaki, meniti. Sukaaaa sangat. Dekat sana boleh uji tenaga keupayaan anak-anak kecik selesaikan sesuatu masalah bila terperangkap(escape) dalam satu-satu permainan tu. Dan alhamdulilah Fateh Uwais teruji keupayaan dan akal dia dekat sana. Dannn baru lah ummi abi tau tahap keupayaan anak sendiri tinggi mana ;)



Saya memang lebih suka bawak anak main dekat sini. Dekat playkids yang banyak sedia dekat mall tu bukan tak bagus. Bagus jugak. Cuma yang ini lebih bagus sebab menggunakan semua keupayaan yang dia ada. Tangan, kaki, badan, akal, semua lahhh. Ummi sukaaaa sangat. (ummi yang ciwi) :p



Kalau masuk Escape memang rasa macam suasana kampung. Ada sungai-sungai kecik, ada angsa, ayam, itik, burung puyuh. Ehhh macam-macam lahhh. Tapinya jangan lah pulak pegi kejar angsa tu. Tak memasal je nanti. Kalau rasa takut kena kejar pun wat lek wat pis je. Buat-buat macam tak nampak. buat-buat berani. takde la dorang kejar nanti. Tapi memang rasa macam suasana kampung lah, dengan pokok2 besar gitu, bunyik cengkerik lagi kan haihhhh. Tunggu lepas bersalin nanti insyaAllah nak repeat lagi. Aritu dok tahan hati je tengok dorang memanjat >.<



Pasal keselamatan korang tak payah risau. insyaAllah dijamin selamat. Sebab dorang ni setiap bulan akan ada audit keselamatan check tahap keselamatan setiap permainan. Sebelum satu-satu permianan dibuka untuk orang awam tu dorang kena dapat certificate dulu. Ermm ermmm banyak lagi nak cerita ni tapi nanti la tunggu entry lain pulak sambung cerita. Macam dah panjangggg je haaa. Tu belum campur letak gambar yang super banyak tu lagi hahahahaha :p

Operation Hours

Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia

T : +604 881 1106
F : +604 881 3106


  

07 February 2016

Kisah Khalifah II : Bawang Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


cuti-cuti takde idea maka marilah kita korek balik entry yang terperak :p yang paling paling paling adik uwais tak suka huuuu. sepanjang mengandung ni memang cukup anti dengan bawang putih. kalau masakan yang guna dia dalam kuantiti banyak memang cukup payah tekak nak terima. dah makan mesti rasa meloya balik. 

abi bersiang bawang putih je pun ummi dah lari pegi depan siap tutup hidung sekali. memang tak mampu walau bau nya saje pun hukhukhuk. punca tak makan sayur yang bertumis sebelum ni pun kerana bawang putih ni jugak. awal dulu masa tatau, abi tumis sayur pakai bawang putih. memang style dia masak jarang guna bawang besar, bawang merah atau bawang holland. jadi tak lalu nak makan sayur. ulam tak pe lagi. try tumis sayur TANPA bawang putih alhamdulilah tekak boleh terima. barulah tau bawang putih puncanya hukhukhuk

sayur pun memang tak berapa lalu nak makan masa mengandung ni. makan pun secara paksa. ganti sayur dengan ulam ulaman tapi kesian dekat abi. kurang kasih sayang sayur huhuhu. bertabah lah abi. tapi alhamdulilah sekarang bila dah 6 bulan lebih ni dah mampu nak makan sayur, bayam ape semua tu. kalau tidak sayur memang takde masuk la stok dalam peti ais tu hewhewhewhew








04 February 2016

Kisah Khalifah II : On Off Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

11 Oktober 2015

bawak adik ni memang terasa cabaran dan ujianNya. huwaaa kadang rasa macam nak menangis meraung-raung, tapi kekadang rasa wat lek wat pis je haaaa. paling terasa bila dah masuk 8 minggu @ 2 bulan. 

dah mula rasa lemah-lemah badan. lemah badan tu punca dari kurang selera makan. nasi memang setengah atau kadang suku je dari kuantiti yang selalu diambil. mee mehoon kuetiow atau apa jenis makanan selain nasi pun amatlah susah nak kena dengan selera si adik uwais ni haaa

yang berselera nak makan. buah. kek ummi buat. yang itu je buat masa ni. buah tu bagi la makan sampai 3 bijik pun insyaAllah boleh je settle kan. kalau benda lain huhuhuhu jela jawabnya >,< sobsss

kesihatan memang on off sihat nya. ada masa memang rasa bertenaga jeeeee sampai boleh settle banyak kerja rumah dalam satu hari. tapi selalunya memang lesu tak bermaya kes kurang tenaga dari sumber makanan tu dan kurang darah. 

kerja rumah pun buat sekerat sekerat. bila rasa lesu datang tinggalkan kerja dulu dan berehat baring-baring layan perasaan. kalau teruskan jugak mula la rasa nak pitam lah ape lah. kerja rumah pun suami yang banyak buat termasuklah masak memasak. huwaaa bertabah aje la.

dan kerana itu jugak tekad berhentikan susu uwais. hasil pembacaan bila mengandung masih boleh menyusukan anak sekiranya si ibu itu sihat dan takde apa-apa masalah. tapi sebab tau kondisi badan sendiri yang tak sihat. maka terpaksa putuskan susu badan dengan Fateh Uwais. maafkan ummi akhi uwais. syukur jugak masa ni Fateh Uwais sendiri dah dua tahun sebulan. sekurangnya rasa bersalah tu tak menebal sangat dalam diri seorang ummi. sobssss

sekarang dah 6 bulan lebih pun still kesihatan tak berapa nak bagus. ada masa sihat tapi selalu lemau tak bermaya kurang sihat. sebab tu bila cuti suka melepak dalam rumah je atau kata lebih tepat tido. sobsss


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...