Alhamdulilah sekali lagi dapat jemputan dari Team Projek Blogger Utara. kali ni sama-sama join diorang review Escape dekat penang sana. tempat idaman kalbu laki bini tu haaaaa. laki bini tu kami la. dari mula kawen dulu dok plan nak pegi situ. tapi dah pregnant kan Uwais. bila Uwais dah lahir dah tak sampai hati pulak nak tinggalkan dekat rumah. kengkonon nak tunggu Uwais besar sikit boleh ajak dia main sekali. dah ummi pregnant pulak. hahahahaha. Alhamdulilah akhirnya Allah bagi jugak rezeki dekat kami merasa buat aktiviti dekat situ walaupun ummi tengah mengandungkan adik baby yang 6 bulan lebih ni haaaa :) thanks lagi sekali Projek Blogger Utara atas jemputan ;)
rupanya ada kisah tersembunyi sebalik penubuhan Escape Penang ni haaa. Founder dan Chief Executive, Mr Sim Choo Kheng sangat
berbesar hati orangnya. Tubuhkan Escape yang hampir menyerupai suasana kampung
dulu-dulu. Permainan kampung yang biasa budak umur sebaya saya main dulu. Macam
panjat pokok, bergayut dekat pokok, tarik upih. Yang erti kata lain permainan
yang banyak gunakan tenaga badan dan mental berbanding zaman sekarang yang
hanya guna tenaga jari jewww(scroll pesbuk, twitter, instagram etc) gambar atas tu keseluruhan kawasan Escape Penang. tapi yang baru digunakan hanyalah sebelah kanan sahaja. kalau nampak gambar kedua tu ada pembahagian tiga kawasan. nanti bahagian tengah tu akan ada waterpark (gambar ketiga) yang dijangka siap hujung tahun ni. dan kiri sekali akan dibangunkan kawasan hotel untuk Escape. ok dah tak sabar. Abi Uwais jom kumpul sari seringgit. nanti hujung tahun kita pegi repeat, pakat bergilir ngasuh akhi uwais dengan adik baby nanti kihkihkih.
dalam bilik taklimat pun ada bela ayam tau. memang kampung kampung sangat ni haaaaa
Founder Escape Penang , Mr Sim Choo Kheng yang tengah bagi taklimat pada kami semua. bila dah dengar taklimat ringkas tu memang lagi bersemangat nak cuba SEMUA aktiviti dekat sana tu
Antara kejayaan beliau bersama team syarikatnya. ini baru sebahagian je tau.
suasana dalam escape pun
sejukkkk je, banyak pokok besar yang ditanam semula. Atas atap banggunan ofis
dan banggunan2 kedai dorang pun dorang tanam pokok. Erti kata lain dorang
amalkan konsep eco system dekat sana. Tak banyak menggunakan tenaga elektrik.
Banyak menggunakan tenaga alam je. Saya suka sangat konsep yang Mr Sim Choo
Kheng ni terapkan. Konsep alam semulajadi. kalau perasan dekat atap banggunan belakang beca Uwais duduk tu nampak macam berumput. tu bukan semak samun. tapi itu memang saje tanam sebab nak kekalkan suasana sejuk dalam banggunan tu.
Aktiviti yang disedia dekat
sana memang banyak pakai tenaga. Nak memanjat, mendaki, meniti. Sukaaaa sangat.
Dekat sana boleh uji tenaga keupayaan anak-anak kecik selesaikan sesuatu
masalah bila terperangkap(escape) dalam satu-satu permainan tu. Dan
alhamdulilah Fateh Uwais teruji keupayaan dan akal dia dekat sana. Dannn baru
lah ummi abi tau tahap keupayaan anak sendiri tinggi mana ;)
Saya memang lebih suka bawak
anak main dekat sini. Dekat playkids yang banyak sedia dekat mall tu bukan tak
bagus. Bagus jugak. Cuma yang ini lebih bagus sebab menggunakan semua keupayaan
yang dia ada. Tangan, kaki, badan, akal, semua lahhh. Ummi sukaaaa sangat.
(ummi yang ciwi) :p
Kalau masuk Escape memang rasa
macam suasana kampung. Ada sungai-sungai kecik, ada angsa, ayam, itik, burung
puyuh. Ehhh macam-macam lahhh. Tapinya jangan lah pulak pegi kejar angsa tu.
Tak memasal je nanti. Kalau rasa takut kena kejar pun wat lek wat pis je.
Buat-buat macam tak nampak. buat-buat berani. takde la dorang kejar nanti. Tapi
memang rasa macam suasana kampung lah, dengan pokok2 besar gitu, bunyik
cengkerik lagi kan haihhhh. Tunggu lepas bersalin nanti insyaAllah nak repeat
lagi. Aritu dok tahan hati je tengok dorang memanjat >.<
Pasal keselamatan korang tak
payah risau. insyaAllah dijamin selamat. Sebab dorang ni setiap bulan akan ada
audit keselamatan check tahap keselamatan setiap permainan. Sebelum satu-satu
permianan dibuka untuk orang awam tu dorang kena dapat certificate dulu. Ermm
ermmm banyak lagi nak cerita ni tapi nanti la tunggu entry lain pulak sambung
cerita. Macam dah panjangggg je haaa. Tu belum campur letak gambar yang super banyak tu lagi
hahahahaha :p
Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm
Ticket counter closes at 4.30pm
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
W : escape.my
14 comments:
AAAAAA best nyerrrr...!!
Memang enjoy laa kan..InshaAllah Ms Winnie akan jemput kita lagi bila waterpark dah siap nanti..Boleh laa Ummi & Abbi Uwai main..Sebab Akhi Uwais boleh jaga adik.(jeng3)
Bestnyaaaa! Baru saya tahu ada untuk kanak kanak punya. Haha comel je Uwais!
yang dah try nih pun rasa macam tak puas.. nak terjah lagi laa.. kiera, kita beli tiket online laa dapat murah skit..
nampak menarik tu, tapi entah bila la nak samapi sana nun
syok dapat join escape ni...kak ekin tak berkesempatan nak join la aritu
Suka sangat bab dia tekankan konsep semulajadi tu :)Best jugak kan bawak anak-anak sini : Follow sini
Tengok ada kawan yang dah pergi lagi teruja nak ke sana tapi ntah bila.. eemm..
Seronok dapat peluang besar macam ni..Lagi seronok tengok gelagat Uwais yang comel dan lasak tu..
tunggu water world lak...
sure best nti
bila dapat pergi sana.....
Kira seronoklahkan Kira dapat masuk sini. Lain kali boleh pergi lagi. Akak ni entahlah bila agaknya akan ke Penang lagi. Yang ada di negeri bersempadan ngan KL ni pun tak habis-habis lagi diterjah!
adoiiii bestnya tgk !
waterplay pula lepas ni.. hehehe
plan ramai2 best juga dpt diskaun
Post a Comment