Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 February 2016

Kisah Khalifah II : On Off Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

11 Oktober 2015

bawak adik ni memang terasa cabaran dan ujianNya. huwaaa kadang rasa macam nak menangis meraung-raung, tapi kekadang rasa wat lek wat pis je haaaa. paling terasa bila dah masuk 8 minggu @ 2 bulan. 

dah mula rasa lemah-lemah badan. lemah badan tu punca dari kurang selera makan. nasi memang setengah atau kadang suku je dari kuantiti yang selalu diambil. mee mehoon kuetiow atau apa jenis makanan selain nasi pun amatlah susah nak kena dengan selera si adik uwais ni haaa

yang berselera nak makan. buah. kek ummi buat. yang itu je buat masa ni. buah tu bagi la makan sampai 3 bijik pun insyaAllah boleh je settle kan. kalau benda lain huhuhuhu jela jawabnya >,< sobsss

kesihatan memang on off sihat nya. ada masa memang rasa bertenaga jeeeee sampai boleh settle banyak kerja rumah dalam satu hari. tapi selalunya memang lesu tak bermaya kes kurang tenaga dari sumber makanan tu dan kurang darah. 

kerja rumah pun buat sekerat sekerat. bila rasa lesu datang tinggalkan kerja dulu dan berehat baring-baring layan perasaan. kalau teruskan jugak mula la rasa nak pitam lah ape lah. kerja rumah pun suami yang banyak buat termasuklah masak memasak. huwaaa bertabah aje la.

dan kerana itu jugak tekad berhentikan susu uwais. hasil pembacaan bila mengandung masih boleh menyusukan anak sekiranya si ibu itu sihat dan takde apa-apa masalah. tapi sebab tau kondisi badan sendiri yang tak sihat. maka terpaksa putuskan susu badan dengan Fateh Uwais. maafkan ummi akhi uwais. syukur jugak masa ni Fateh Uwais sendiri dah dua tahun sebulan. sekurangnya rasa bersalah tu tak menebal sangat dalam diri seorang ummi. sobssss

sekarang dah 6 bulan lebih pun still kesihatan tak berapa nak bagus. ada masa sihat tapi selalu lemau tak bermaya kurang sihat. sebab tu bila cuti suka melepak dalam rumah je atau kata lebih tepat tido. sobsss


post signature

18 comments:

Zai Zamree said...

lain jantina kot...tu yg lain gayanya

Kak Vit said...

good luck mommy and get well soon uwais

Izwa Kamaruddin said...

semoga kamu kuat sebab tak berapa bulan je lagi adik baby nak keluar! wehuuuuu tak sabar jumpe adik baby~

OKje said...

Biasalah Kiera...dah tentu perubahan hormon namanya. Adatlah tu.
Wah kalau suka makan manis manis ni mesti pompuan ni

el said...

mmg awal2 ni mmg liat skit lah nak wat keje pun malas-malasan
xpe nti dah 9bulan lagi lah x sabar nak beranak pulak
hahah mcm2 kan ibu mengandung ni
tp mmg best bila mengandung di tantang dengan minyak yg penuh
semua nak dpt
semua keje depa yg buat haha

Ardilla Noorezan said...

Semoga dikurniaan kesihatan kepada Kak Kiera sekeluarga InshaaAllah amin!

Akupenghibur.com said...

semoga uwais cepat sehat !!!


ermmm

Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

Lydia Miza said...

Memula peknen klu xde selera mkn mmg akn lemah je bdn kan? Klu x alah mmg la cergas je mcm tak mengandung

iryantyismail said...

ciannya...itulah pengorbanan seorang ibu...

Bunda_nora said...

Anak2 kecil seusia ni memang susah sikit nak jaga...setengah tu alah dan sensitif sangat dengan sesuatu benda dan persekitarannya...

Kena banyak bersabar dan peka apa yang dia alah....

Cik Ash said...

semoga kiera tabah deh...

babYpose said...

Moga dipermudahkan urusan, moga uwais juga ok dengan perubahan ini. Take dear KS.

Siti Sharini said...

untunglah dilayan bak permaisuri he he. inilah masanya pun nak manja manja kan

iryantyismail said...

semoga di permudahkan..amin

Aryan azra said...

alhamdulillah dapat suami yang memahami dan rajin membantukan...

aizamia3 said...

Teringat kenangan mengandungkan dak Nuha.. awal pregnancy memang kalau boleh nak tidur je.. takmo makan atau buat apa2.. huhuhu..

cik Anggur said...

moga Allah mudahkn....sabar ekr.....mmg terasa letih kalo asyik on off

Nina Mads said...

semoga dpt bertahan la kira.. baca pun dh rasa seksanya nk hadap hari2.. nasib ada suami yg memahami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...