Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 February 2013

Kisah Khalifah #Bila Dah Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat jumaat lepas sembang dengan MummyGK pasal minum susu time mengandung. kalau sebelum nie saya seorang yang susah nak minum susu, soya dan jenis-jenis yang sewaktu dengannya. ubat pun sangatlah payah nak telan. pasal pe pun tatau. mama selalu kata "nanti time mengandung lagi banyak ubat kena telan, susu kena minum. belajar la dari sekarang(masa bujang dulu)" jawapan saya senang je. nanti saya dah mengandung baru saya fikir macam mana nak settle down problem tue :p

(model dikaburkan atas sebab tertentu)

sakit belakang masa hamil tue normal la kan. sebabnya baby kat dalam tarik sikit-sikit kalsium ummi. bila fikir balik Ya Allah besarnya kuasa Dia yang aturkan segalanya dengan tertib dan indah. indah sangat perasaan mengandung nie sebab segalanya kita akan rasa tapi tak terasa derita sebab segalanya dikorban untuk anak yang sedang membesar.

ritu sebab tak larat nak tanggung sakit belakang dan fikir nak support segala nutrisi yang baby perlukan saya pun mula la cari susu apa yang boleh diminum. mula tue tengok Anmum. yela iklan kat tivi kan banyak Anmum je, saya pun terpengaruh la sikit :p tapi bila belek-belek kat bahagian susu tue, ada promoter nestle mai promote keluaran diorang. bila saya bezakan. Anmum susu untuk ibu mengandung dan menyusu diorang asingkan tapi nestle diorang sekali kan. ok ambik yang nie la.


tengok label belakang dia pun macam ok. bau pun tak kuat sangat untuk ummi yang baru belajar minum susu macam saya nie. kata Jue dengan Awin susu anmum bau dia kuat. Alhamdulilah nasib baik tak beli ritu kalau tak rugi je kalau tak boleh minum huuu. oh lupa nestle mom&me harga dia RM19.90. 
sekian mempromote :p

dan pasal ubat, vitamin nie pulak. disebabkan banyak vitamin yang saya kena makan dalam sehari tue. ambik keputusan makan je 3 bijik sekali harung senang tak payah nak makan sebijik-bijik. Alhamdulilah boleh pun. bangga dengan diri sendiri. bangga la weiiiii kalau dulu nak telan sebijik pun ambik masa setengah jam :p 

macam saya sembang dengan GK la. selagi kita tak lalui sesuatu pengalaman tue kita memang akan fikir macam-macam. selalunya negatif tue mesti ada la. tapi bila je Allah uji kita dengan cabaran tue insyaAllah kita mesti boleh laluinya. yakin yang Dia uji tue tak pernah nak menyusahkan kita, dan yakin lah yang kita mampu lalui setiap ujian dan cabaran tue sesuai dengan kemampuan kita. 

#tengah tunggu turn Kak Adish Shida nanti macam mana. susu, tempe, soya, dadih dan segala waktu dengannya tak boleh makan. tengah tunggu nak tengok macam mana akak laluinya nanti. hihihihi :p 

17 comments:

NinaAz said...

Salam kenal bloggersss

Zai Zamree said...

Noted.

Leh jd panduan nti...hehehehe...

نورعيم said...

hahaha habis la org pasni kena minum susu segala. org ni alergik ngn susu2 ni. haha.

aku HaniAsyira said...

dah minum lah ni.. bravo akak!! untuk khalifah yang bakal lahir kan

Farah Shamsudin said...

Salam kenal dear.. :))

AtieYusof said...

Alhamdulillah semua nya boleh juga diharungi..slow2 belajar..
dulu sy pun sama.. tak suka susu..bila pregnant slow2 minum..lama2 jd biasa..semua nya fikir demi kebaikan anak dlm kandungan...:)

Unknown said...

wah..dah setat minum susu n makan bitamin..moge ikut arahan ye wahai bakal ibu..oh ya jaga kesihatan tau..

take care :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tumpang bangga dengan ampa sebab bleh harung semua tu...

#demi baby la kn? hehe

OKje said...

Okje pun tak suka minum susu...apatah lagi masa mengandung...
Sekarang ni baru suka pulak.... bagus jugaklah utk kalsium yg berkurangan dimakan dek usia ni ha..ha..

cik Anggur said...

hahah kak shida sil ajawab tu soklan kira....

aDisH.sHidA said...

akak jawapan mcm kiera..tunggu la ngandung nanti..minum n makan la kot apa yang x makan tu..

eh ada jugak dia mention nama akak ye...huhu..

Anonymous said...

moga dipermudahkan terus ye

kay_are said...

susu pun payah nak minum? macam budak2 padahal nak jadi mak budak dah.. ish ish.. aku tak faham motif ko cover susu tu tapi ikut suke r ye.. semoga mudah ko minum susu tu.. <-- ayat sinis =P

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Kiera.Salam ziarah.wah.sume dah berisi nie.Alhamdulillah.take care k mommy and baby.InsyaAllah.Tak lama lagi lahirlah khalifah di bumi nie menceriakan lagi suasana. ^_^

suri said...

salam..
best minum susu tu untuk kandungan semoga semua selamat ya

Bunda_nora said...

salam ukhuwah dari bunda..

PearlKaz said...

kite minum anmum.. tp yg nestle ni haritu try minum kt expo, terasa mcm manis plak... rasa mcm susu HL pun ada.. maybe sbb perisa vanilla kot. hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...