Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera
Tengok
ritu Jusiza introduce kenapa dia memilih nama Umar Faiq untuk mujahidnya. Terpanggil
pulak nak kongsikan kenapa kami suami isteri memilih Fateh Uwais untuk khalifah
kami *ayat skema ntah hape2 :p
Yang
sebenarnya sebelum Fateh Uwais macam-macam nama yang kitorang fikirkan. Kadang tue
dalam otak terfikir nama yang sama, bila dah terkeluar kat bibir baru tau yang
kami ada cadangan yang sama. Sweet tak ummi abi? :p sebelum suami daftar nama
kelahiran anak kami jenuh la duk fikir nak letak nama apa, dah sampai dekat jabatan
pendaftaran pun still berbincang nak letak nama apa. Nak yang terbaik untuk
anak punya pasal. Hihihi.
Adam
Uwais, memang kami berdua dah berkenan tapi sebab ada pakcik saya nama Adam
terus tak jadi. Nanti panggil Adam dedua
pulak menyahut. Aydin Uwais, abi dia takut nanti orang panggil khalifah dia Din
pulak. Uwais tue memang priority kami sebab saya yang paling suka nama tue. Nak
jugak nama Uwais kalau anak lelaki yang lahir. Kenapa? Sat lagi saya bagitau.
hari pertama keluar dari rahim ummi
Fateh
: Permulaan
Uwais
: Pemberian
Fateh
Uwais : Permulaan Pemberian, dari Allah untuk kami berdua
Fateh,
saya memang ada terfikir nama nie sempena nama Sultan Muhammad Al Fateh lepas
suami ceritakan satu masa dulu. Tak sangka yang suami pun berkenan dengan nama
Al Fateh. Asalnya nak letak Al-Fateh Uwais bin Nadzri tapi jabatan pendaftaran
tak luluskan Al-Fateh untuk awalan nama, kalau Uwais Al-Fateh atau Muhammad Al-Fateh
Uwais boleh. Dah panjang sangat la pulak.
Ummi
sentiasa berdoa dengan adanya nama Fateh nie keperibadian anak ummi sehebat
Sultan Muhammad Al-Fateh yang berani syahid untuk meluaskan empayar islam. Sehebat
peribadinya dalam memimpin tentera-tenteranya ketika perang. Kalau pun tak
dapat semua dapat ikut sikit pun ummi abi dah bersyukur.
Uwais,
nama nie saya dah berkenan lepas baca cerita Uwais Al-Qarni yang dikenali
penduduk langit. Rasanya ummi pernah cerita pasal Uwais Al-Qarni dekat anak
ummi masa dalam perut. Macam mana setianya Uwais Al-Qarni berbakti untuk ibunya
dan macam mana rendah dirinya ketika Saidina Umar nak bagitau wali kota Iraq mengenai
dirinya Uwais Al-Qarni dan tentunya kerana tingginya cinta Uwais Al-Qarni pada Rasullulah SAW. Ummi berdoa moga anak ummi tak mendabik dada dan
sentiasa rendah diri walau setinggi mana pun anak ummi berada.
Tinggi
sangat ke harapan ummi abi? Takde la kan? Sebab ummi tau khalifah ummi nie anak
yang baik, hamba Allah yang soleh dan taat, ummi abi tak mintak jadi bulat-bulat macam Uwais
Al-Qarni dan Sultan Muhammad Al-Fateh cuma mencontohi keperibadian mereka. Ummi
abi sentiasa doakan yang terbaik untuk khalifah kami yang hebat nie. We love u
deeply laling!!!!
pernah baca dalam majalah Al Ustaz, sambutlah anak yang baru lahir seperti seorang khalifah Allah, salah satu caranya dengan memberi nama yang baik-baik. Alhamdulilah dah lepas satu tanggungjawab ummi dan abi.
#klik je kalau nak tau cerita penuh pasal Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Uwais Al-Qarni
7 comments:
huhuhuhu sedap nama tuh. suka jugak dengan maknanya..hurmmm. awak! tolong carikan kat kita. hihihi. setakat neh saya tak ada lagi nama yang berkenan di hati. baik lelaki ke perempuan huhuhu. dulu masa bercinta masa muda mudi dulu. mak datuk. belum paper dah plan "kank kita kawen, kita letak nama baby kita bla...bla...bla.." hahaha sekang dah betul2 kawen. dah pregnant pun tak cari apa lagi.tak fikir apa pun lagi. hihihihi
yayang techik yg omey omey...
uwais...dengar cakap ummi abi tau yayang ~ jd ank baek erk...kakak su sayang uwais ketat ketat ~ sobbb sobbb nangesssssss
betul..kene cari nama yg betul-betul bermakna sebab anak-anak kene bawa sampai ke akhir hayat mereka..
sm la...jenuh cari nama baby yg baik2 hr tu..tkut bg nama yg xdak mkna/mksud x elok hr2 dok google tgk.K.zai lg la dok igt pmpuan sbb smua kata pmpuan so cari nama pmpuan ja...bos cina ja teka kata laki last2 scan nk ambik date br nmpk kata laki...kalut plak cari nama laki
oooo ingt namanya muhammad fateh uwais
sedap namanya,maknanya pun bagus,moa menjadi khalifah yg baik ye sayang..
alhamdulillah. sedap nama , dan sedap maknanya
saya ada beli buku seindah nama semurni peribadi. byk nama nama yg bagus dicadangakn
Post a Comment