Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 January 2014

Terbang Ke Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohh sungguh penat nak mengemas beg. baru je lepas kemas2 beg balik dari bintulu dah kena mengemas nak ke sabahan pulak. adik ipar berjodoh dengan orang keningau sabah, makanya kena la hantar rombongan ke sana pulak. letih, longlai semua ada. tapi eksaited nak berjalan tetap ada peratus nya jugak hewhewhew.


pepagi subuh khamis ayah mentua dah kejut satu rumah suruh cepat bangun, bukan menantu yang bangun dulu hewhewhew :p nak naik flight kat penang, mau nya jem atas jambatan terlepas pulak flightnya nanti. sampainya awal tapi ntah kat mana silap terkejar-kejar jugak nak naik flight tue. group terakhir masuk flight. adehhhhh tak habis jugak kes kejar flight walaupun kat sini. 

11 pagi lebih macam tue alhamdulilah sampai airport Kota Kinabalu, nak ke Keningau tue ambik masa dua jam lebih dengan jalan yang penuh liku dan penuh jem. masa nie dah mula rasa badan tak sedap sebenarnya tapi mungkin sebab keadaan jalan dan badan yang letih. turun keta ingat nak muntahkan segala angin yang terkumpul tapi tak boleh pulak, terus nyanyi-nyanyi dengan harapan perasaan tak sedap tue hilang, =.= Fateh Uwais pulak sepanjang jalan tue segar bugar mata dia, ummi pulak yang melelong. mujur la akhirnya nak jugak tido setelah dikepit dan disumbat susu. kalau dia tak tido jenuh nak bergilir pegang dah la tak reti duduk diam. 


sampai Keningau disambut dengan hujan lebat pulak, selesai makan ape semua saya cepat-cepat ajak family mentua balik rumah makcik pengantin. alhamdulilah makcik pengantin sudi pinjamkan kami rumah agam diorang untuk kami menumpang sampai hari ahad. save budgetttt hahahaha :p memang agam pun rumah makcik tue. rumah dua tingkat, ada 5 bilik kat tingkat atas, memang suami jadi mangsa ajak teman naik atas bila takde sape, segan nak naik sensorang hahahaha.

Alhamdulilah sabtu selesai majlis akad nikah dan kenduri belah pengantin perempuan. ahad pagi geng mama ayah berangkat jenjalan sekitar sabahan. tinggal la kami suami isteri anak dan adik-adik suami sementara tunggu adik ipar selesaikan hal-hal kat rumah mak mentua dia. nak masuk petang kami ke kawasan air terjun Mahua Waterfall Tambunan. saya dan uwais? tak naik sampai air terjun pun. tak berani nak naik tinggi-tinggi dengan bawak baby kecik. main-main air kat bahagian bawah pun dah best. air dia subhanallah punya la sejuk. 

isnin konon nak gerak pepagi tapi tayar kereta pancit, nak masuk tengahari jugak la baru bergerak ke Kundasang, singgah kundasang sementara nak ke Kota Kinabalu balik. masa dalam perjalanan nie saya dah mula tak sedap badan, petanda demam nak mai. padahal malam semalamnya elok segar bugar. Allah yang memberi sakit Allah juga lah yang menyembuhnya.


yang bestnya dalam perjalanan ke homestay dapat tengok gunung kinabalu. Ya Allah cantiknya, rezeki kami dapat tengok sekejap lepas tue awan lalu, tutup tak nampak dah. konon petang tue nak buat outdoor adik kat ladang lembu area situ tapi tutup pukul 5 petang. kami sampai 4.55 petang. hurm takde rezeki dapat outdoor kot tepi-tepi pun boleh la. nak outdoor dalam tue kena bayar RM100 pulak. rugi rugi. cuaca kat situ memang sejukkkkk, kalah la cameron sejuknya tapi bab strawberi cameron menang banyak. 5 bijik strawberi kat sana dijual dengan harga RM10!!! :O

Homestay dia best, sewa RM170 semalam. ada dua bilik, dua bilik air siap dengan dapur boleh masak2 dan loteng boleh tido reramai. air teramat la sejuk mujur ada heater tue pun tak membantu sangat. si Fateh Uwais tue tak mandi pun. lap-lap macam tue je takut dia demam pulak nanti kena air sejuk sangat. tapi sudahnya ummi yang demam panas sampai tak boleh nak bangun =.=


selasa pagi dah nak bergerak ke Kota Kinabalu. cakap dengan suami, nie kalau rumah sendiri sumpah ummi tak kan bangun gerak kemana-mana. sungguh tak larat. semua suami yang kemas. beg pun suami kemas. wahhhh ummi bangga dengan abi. hihihihi. sepanjang perjalanan saya bukak tingkap luas-luas, ambik udara segar. dengan harapan demam turun cepat dan saya tak loya nak muntah dengan jalan yang bengkang bengkok tue. 

alhamdulilah cara tue berkesan untuk sementara waktu. sempat la jenjalan dalam Rumah Terbalik walau dalam keadaan kepala tonggang terbalik nguuu. takde ape pun dalam rumah tue. cumanya barang semua terbalik. bayangkan jela rumah kita dalam keadaan terbalik tapi kemas. takde sepah-sepah pun. kata terbalikkkkkkkk. kata budak nakal yang buat rumah tue jadi terbalik. eh eh eh teremosi pulak hihihihi. 

sampai kota kinabalu hujan lebat yang maha hebat. takde rezeki jugak adik-adik ipar nak pusing pulau Manukan. plan asal kami nak pusing pulau manukan. tapi dah hujan, ombak kuat memang bukan rezeki kami la. saya suami dan Fateh Uwais tunggu dalam kereta sementara tunggu diorang pergi makan. lastnya adik ipar hantar kami balik hotel bila diorang nak mensoping lagi lama. balik hotel gedebummmmmm tak sedar kan diri. memang nikmat sangat dapat baring atas katil empuk dalam keadaan badan yang tak sedap nie. 

tak kemana pun saya, selain keluar pergi klinik ambik ubat. tak sabar sangat nak balik penang sebenarnya. nak rehat betul-betul kat rumah. mood nak berjalan pun jadi tak best bila sakit-sakit nie. rabu esoknya alhamdulilah selamat sampai bayan lepas, pulau pinang. turun flight dalam keadaan badan menggigil. mama mentua pulak yang tolong pegangkan takut terjatuh. dan selepas itu bermula la episod demam seminggu yang tak sembuh-sembuh.

alhamdulilah demam sembuh sepenuhnya selasa lepas, syukur sangat dah boleh urus anak sendiri, dah boleh main dengan anak. kesian sangat ke dia bila saya tak dapat urus. nampak sangat hepynya dia bila ummi yang ambik. terus senyum gelak-gelak sampai ke telinga. pandai ambik hati anak ummi nie. demam berubah cuaca je takde demam bawak adik Fateh Uwais. kot la ada yang nak tanya soklan yang sama macam opismate kat sini :p  

7 comments:

cik Anggur said...

hahaha ayat last tu ayt last tu......

safurara said...

wow.sonoknya dia jalan jalan ye.

QasehnyaRania said...

as-salam baru nk tnya. hihi tp dh jawab kat bawah.
betul tu kalau badan sakit mmg apa pon x boleh. semua nafik tak sronok kan.

cuaca mempengaruhi segalanya kan. byk juga yg tercapai ye spanjang di sabah. ada masa boleh lah pergi lagikan

nway, thanks dear bg kata kata semangat.. sy byk muhasabah diri. alhamdulillah..

Zai Zamree said...

merata dh uwais terbang

Fiza Rahman said...

Bestnya dak bujang tecik ni. Dah jalan2 naik belon tu ☺☺

AtieYusof said...

Tak sihat plak ya Kira dtg Sabah..dugaan jenjalan tmpt org tu..apa pun akhirnya smpai juga ke Negeri akak..hehe..
Alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya..:)

QV said...

mmg letih la klu terkejar - kejar . alhamdulillah dah selamat dan dapat jln mkn angin lagi yer ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...