Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 November 2014

Handphone Ummi Rosak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alkisahnya anak teruna sorang tu memang suka sangat 'makan' telefon. antara sebab yang dia paling suka nak makan kalau dia dah rasa tinted telefon. dia akan cuba koyakkan tinted sedaya upaya setiap hari. koyak menggunankan mulut yang sedihnya T.T

kalau lama dulu, telefon sony ummi dah jadi mangsa. yang akhirnya ummi hadiahkan telefon tersebut pada dia. tapi disebabkan dia tau takde lampu yang keluar dari telefon tersebut. akhirnya dia pandang sepi je sony ummi.

minggu lepas samsung abi pulak jadi mangsa. abi mengadu kata telefon abi short tak boleh on dah lepas anak gigit, ummi dah sakit kepala masa tu. dah la itu je telefon abi yang boleh buat jadi broadband. kalau rosak double sakit kepala lah ummi. ummi suruh abi timbus telefon tu dalam tong beras. petang ummi balik kerja abi kata tak boleh cas lagi. muka abi dah keruh. ummi ambik telefon abi, simpan dalam plastik ikat dan timbus lagi sekali dalam tong beras. warning kat abi jangan ambik sampai esok pagi. paginya abi wassap dari ofis kata telefon abi dah sihat balik. alhamdulilah legaaaaa ummi ni.


tengok ape jadi T_T

pulak dah minggu ni, anak kembali tabiat makan telefon =,= bila ummi nak cas telefon tengok tak boleh masuk cas. eh eh dah kenapa ni? bukak cover belakang. mak aiiiiii penuh dengan air liur awak je ye Fateh Uwais grrrrr. terus lap dan bubuh dalam tong beras seharian plus plus. alhamdulilah kembali sihat dan boleh cas. kalau tidak berpinau gak kepala mata ummi abi nak membeli telefon baru dah la breast pump pun rosak masa ni jugak adoyaiiiii. haaa pasal breast pump Malish tu nanti ummi buat entry lain ye. nak kena ke center dulu tanya ape masalah dia. hurmmmm

makanya ibu ibu bapak bapak sekalian, kiranya telefon kome dah dimakan anak dengan jayanya. cuba dulu simpan telefon dalam plastik, ikat kemas-kemas dan timbus dalam tong beras seharian semalam. insyaAllah akan kembali ok, kalau tak ok jugak sila sediakan berkeping-keping not lima puluh atau seratus. ngehngehngeh :p

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hihihiii...sebab tu tak bagi syakirah pegang hp..sayang!

Siti Sharini said...

alahai kesian ummi yerr..timbus dlm beras? first time dengar he he

aizamia3 said...

memang pening kepala kalau hp rosak sebab susah nak hubungi mereka yang selalu berurusan dengan kita.. tapi akak jarang bagi anak2 main hp akak kecuali atas pemerhatian akak.. kiranya akak join sekalilah.. hehehe..

Gee Lion said...

baru tahu tentang tips letak dlm beras tu. tapi rasanya tips yg paling berkesan adalah dari awal, jangan bagi hp pada anak. nyorokkan ajer, jangan sampai ke genggaman dia. betul tak cik kira? ^_^

QasehnyaRania said...

hihi.petua atau tips timbun dlm beras ni.mmg berhasil walaupon phone ciksu dlu x bjaya diselamatkan walaupon ditimbus dgn beras..

Zai Zamree said...

enpon k.zai pon dh gelong sbb Aqil lempaq...lani dh beli tab kt dia.mama still pkai enpon gelong tu lg

Aryan azra said...

eh..betul ke boleh buat macam tu?akak nak try la sebab hp akak pun tengah rosak sekarang sbb budak bijak adelya azra tu pun suka sangat gigit telefon mama dia ni

juicy X said...

Aiyarkkk.mujoq umar bkn jns men hp.kalau tidak mau umi mengamuk heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...