Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

27 November 2014

Ziarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad lepas 23hb kami ada jemputan kenduri dekat Kuala Selangor. alang-alang nak ke belah selatan sana, kami suami isteri pun pakat la nak menziarah kawan-kawan mana yang tak pernah dapat jumpa Fateh Uwais. dah alang-alang kan. sabtu pagi lepas je gerak dari rumah mama dekat ipoh terus singgah Slim River jumpa Abah Kay_Are Fateh Uwais. lupa pulak nak tangkap gambo dah sibuk menangkap budak kecik sorang tu panjat turun meja. awal-awal tu kemain haaa behave, malu-malu kucing duduk atas riba abah KR dia tapi lepas 10 minit, dah warm up katanya kot. kemain lagi buat rumah tu macam rumah dia =.= thanks to KR dan family yang sudi layan kami bertiga, hidangkan nasi lemak yang sedap :)))))

dalam tengahari gerak terus ke Tanjung Malim, dekat aje. jumpa ex boss suami yang dah lama tak bersua muka. "kami ni tengok anak ko membesar dalam pesbuk jela" sedih beno haaa ayat ngehngehngeh. konon lepas solat zohor nak terus ke rumah mak ayah ex boss itu tapinya terjumpa pulak kat gerai area situ. ada pulak playground, kakak abang rajin pulak melayan dia, terkekeh ketawa seronok sampai tak nak balik la pulak, pandai pulak tu pergi bagi tangan dekat uncle sebab tak nak balik =.= alhamdulilah lepas jugak hajat dorang sekeluarga nak bersua muka melayan budak kenit sorang tu. dan lupa jugak nak ambik gambo :p ohh ye mee kuah situ memang sangat sedap, orang yang tak gemo makan mee kuah pun hirup licin, ummi letewww sape lah lagi :p

lepak Tanjung Malim pun dah sampai tiga lebih, terus kami ke Segamat. nak mencari center Malish Baby. nak menganto breast pump saya yang takde suction itu. cari punya cari rupanya kedai tu bukan nama Malish Baby =.= mujur la jadi bijak sikit pergi cari nombor kedai kalau tidak mau sampai minggu depan pun tak jumpa. bila call takde pulak dorang mention nama kedai tu sebenarnya apa. hurmmm takpe la janji breast pump dah selamat hantar sementara ada warranty lagi. 



dan lepas tu terus ke Shah Alam, rumah family pengasuh yang MIL mengasuh dulu. kitorang dah jadi rapat. sama la macam kami suami isteri dengan family mak mengasuh Uwais hihihi. sampai dekat sana jumpa kakak-kakak kemain lagi Uwais jadi cekgu besar. ajar kakak dengan adik panjat rak berlubang. kemain pulak tu petak bawah tak layan, yang petak belah atas jugak nak dipanjat. main tangga usah kira la, berdiri atas anak-anak tangga pulak tu. nak tercirit ummi ni tengok kelaku awak tu tau takkkk. ummi ni dah la ada penyakit fobia tengok anak buat benda-benda pelik =.=


pinjam topi pak ngah sekejap yeeee

dan malamnya kami bermalam di rumah sepupu suami, Kota Puteri. dekat dengan Kuala Selangor. besok pepaginya nak jumpa dengan kakak yang jauh dimata dan dirindui sebelum pergi kenduri. tak payah la kalut bangun awal pagi kalau dah tido area yang dekat situ ehehehehe. dekat rumah pakngah ni pun sama. keja naik turun tangga. bila pakngah acah-acah marah tau pulak menyorok dalam perot abi adoyaiiiiii


Kak Ipah kita yang dirindui, ini la dia nya kakak pertama yang saya menumpang kasih masa awal-awal datang kedah dulu, tumpang kereta dia pergi ofis, tumpang kereta dia masa balik kampung takde tiket, yang mencarikan rumah sewa pertama dulu, memang banyak la saya terhutang budi dengan kakak ipah yang seorang ini. nama dia best Nur Zatul Iffah Zaimi. ehehehehe. mulanya sampai situ Fateh Uwais tido, yela memang time dia tido pun. ada la dekat sejam budak kenit ni pun bangun. terus sengih merata, macam orang mamai pun ada mihmihmih :p dan kerana cik epa layan dia tengok cat, terus hari-hari mintak cat kat telefon. "nak encett, nak catttt" hewhewhew. thanks kak belanja makan.


adoiiii sakit hati kita tengok gambo itu. tapi nak buat macam mana, redha jela dah nama pun mintak tolong tangkapkan gambo. mujur lah ada gambo selfie dengan pengantin sobssss. alhamdulilah tujuan dan niat utama kami sekeluarga travel ke Selangor tercapai. nak tengok Kak Elly kita ni bersanding dengan suami tercinta pilihan hati. kira doakan moga Kak Elly dan suami berbahagia sampaiiii syurga, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, diberkati perjalanan rumah tangga. menu kenduri sangatlah sedap. menu jawa kooo. paling win pencuci mulut tu. jambu batu dengan apa ntah. tapi memang sedap. gambo? takde pasal lupa hahahahaha :p


terima kasih pada semua kengkawan ummi abi yang sudi luangkan sikit masa jumpa kami, jumpa Fateh Uwais. memain mengasuh dia, dukung budak 10.5 kilo tu. gomol sana sini, jaga dia. terima kasih semua. insyaAllah ada rezeki, ada masa nanti kita jumpa lagi. misi 2015, ke Johor ke kita? insyaAllah :))))))

8 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer baca entry pasal fateh uwais ni..baik sgt dia, didikan ummi abi sgt la baik soleh solehah..

aryan azra said...

wah seronoklah fateh uwais dapat jalan2 ye... seronokkan bila dapat jumpa org yg baik2

CikSiti said...

aik tulah pelik ingat dari Tanjung Malim p Segamat kat Johor nun..gigih benor hehe..

untung fateh ramai yang sayang yerr=)

Z@i Z@mR33 said...

sonoknya dia main...hahaha...Aqil pon skrg suka memanjat.adeh...risau mama dia ni

aizamia3 said...

Kuala Selangor.. dah tak jauh dari Pekan Kapar.. kalau tak boleh jumpa dak Nuha.. ;)

eima said...

baiknye kawan .... siap pi menziarah ... kami dah lama tak sempat nk jumpa kawan2 lama ...cuma thru mesia je bertanya khabar

cik Anggur said...

makin besar makin banyak akai dh dia ek

QasehnyaRania said...

bestnya.ziarah yang dpt mengeratkan hubungan silaturahim kan ;)

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...