Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

21 November 2016

Review | Drypers Touch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Bila pergi pasaraya mesti sentuh sentuh rasa belek belek sampel Drypers Touch yang baru tu. katanya cotton. memang betoi lembuttttt je. teringin nak bagi anak pakai. nak tengok macam mana kualitinya. tengok dalam web Drypers dorang takde sediakan sampel Drypers Touch. sendu hati mak. hemak ni selalunya kalau nak bagi anak pakai pampers mahal pun request dekat web jela yang mampu. nak beli segedabak tanpa diskaun yang banyak memang tak mampu rasanya. ehehehehe





tapi lepas pada hantar komen @ aduan pasal Drypers Wee Wee Dry baru yang heboh pasal bocor, nipis dan dah tak berkualiti macam dulu tu. Pihak Drypers hantar @ ganti pek baru pada pelanggan setianya termasuk lah saya. Berbaloi la jugak dapat pek gantian tu. dia bagi pek besar terus dan satu pek Drypers Touch sebagai tanda penghargaan. dan yang lagi best. pek lama Drypers yang bocor dan tak berkualiti yang kita beli tu diorang tak kutip balik. tapinya saya perasan hanya pelanggan terawal yang isi borang aduan sahaja yang dapat pek gantian besar macam ni. pelanggan yang lewat lewat hanya dapat pek sampel sahaja sebagai ganti. itu yang saya perasan lah. jadi soalan pada adakah drypers akan memungut kembali pek lama drypers wee wee dry atau bilakah drypers akan memungut kembali pek lama drypers wee wee dry. jawapannya tidak. mereka tak akan pungut balik. ada diorang email aritu. 



So far pakai Drypers Touch memang puas hati sangat. paling puas hati antara semua jenis yang pernah Drypers keluarkan. tak tebal. baby nampak selesa. menyerap elok. pinggang tak merah. tak bocor. sesuai kalau nak pakaikan sepanjang malam tanpa perlu bangun salin pampers anak. bangun pagi memang nanpak kembung pampers tu. dah berat dengan air kencing. tapi elok dia menyerap. takde bocor baju basah ke apa. dalam dia memang lembuttttt sangat. macam yang dia tulis dekat pek touch tu. diperbuat daripada cotton. ummi abi memang suka sangatlah dengan Drypers Touch ni.


kalau boleh memang nak bagi baby pakai Touch je. puas hati. tapi mahal sangatnya ko. dekat longwan tempat biasa beli Drypers murah takde jual Touch ni haaa. dekat pasaraya pulak harga memang tak pernah murah. paling murah pun RM45 ke atas. memang tak lah nak beli pampers saja dekat empat puluh lebih. baik beli baju!!!! baju pun ummi tak beli sampai mahal cenggitu. mahal la bagi ummi abi yang tak berapa nak poket tebal ni haaa. lagi pun baby ni setakat pakai baju paling tahan pun 4 bulan. lepas tu tak muat dah. beli mainan pun tahan la sekejap bila dah pandai habis pecah kena baling. grrrrrr. ehhh ni nak sembang pasal pampers ke sembang pasal apa ni. hahahaha


Dan dua minggu lepas rezeki dapat voucher RM10 untuk pembelian Drypers Touch di pasaraya yang terpilih. dah niat dalam hati kalau pergi Aeon Big nanti kalau ada offer Touch nak beli lah!! sekali memang ada offer. Touch jatuh satu beg RM42 kot agaknya. kalau guna voucher ni jadi RM32 kira ok lagi la. biasa kalau beli Drypers Wee Wee Dry pun RM31.88. proceed beli terus. yeayyy suka suka ada pek baru touch. habuan pakai malam dengan pakai jalan jauh. ekekekeke. memang puas hati sangat pakai Drypers Touch. elok dan berkualiti. mana tau nanti Drypers baik hati bagi lagi voucher boleh la beli lain. kalau tidak pakai jela Wee Wee Dry tu. Wee Wee Dry pun sejak sejak kes bocor tu sekarang dorang dah improvekan balik. boleh la kumpul point lagi :p   

bab pampers anak ni ada yang kata bagi je pakai hat murah. memang la boleh. sapa je yang tak suka dengan perkataan murah. tapi sesetengah budak kulit tahan dengan pampers murah. setengah budak lagi tak tahan. dan anak kami salah dua orang dari budak yang tatahan tu. dan alhamdulilah ummi abi masih punya rezeki untuk pakaikan dorang pampers yang sesuai dengan kulit mereka. sambil2 tu boleh kumpul point. nanti reedem pampers jugak ekekekekeke 

4 comments:

eima said...

wahhh dpt free ... best tu ye la kena la ganti klu dh bg hat yg tak elok kan ....

mahal no ... jenuh la nk membeli ....

Mazni Azmi said...

Setakat ni saya pakai huggies je. Lampin jenis mahal dan tebal ni berbaloi pakai kalau anak buang air kecil je.
.
Kena ada strategi juga nak pakai ni. Kalau tak membazir. Sebab dah tentu tentu mahal

zai zamree said...

Aqil dlm semua2 Drypers ja rasi dgn dia...yg lelain hat murah kulit dia plak x tahan. klau yg memahal plak size besar pon x cukup besar utk peha Aqil tu...hihihi...Skrg ni dh x pyh pk dh bab ni...nanti2 plak kot...hahahaha

#kami pengguna setia Drypers #peace

Nina Mads said...

hehehehe.. kalau macam ni kena bt komplen selalu kira. hahaha aci tak

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...