Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

22 November 2017

Waktu Yang Sesuai Untuk Anak Makan Ubat Cacing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ilmu baru yang kami suami isteri dapat. waktu menziarah kawan suami dekat rumah diorang. biasa la kalau berkawan dengan orang 'lama' ni banyak la nasihat yang dorang share. juga pengalaman. 

katanya kalau nak bagi anak anak makan ubat cacing. make sure bagi selepas 15 haribulan. kalendar islam. mesti kena lepas 15 haribulan. selepas bulan turun. jangan bagi time 1-15hb bulan islam. 

waktu awal bulan cacing tengah aktif. sangat aktif, agresif. kalau anak makan ubat cacing pun takde effect sangat. dan cacing susah nak mati. kalau selepas 15hb. lepas bulan turun cacing dah mula pasif. dah mula slow down la kalau bahasa pasar nya. waktu tu lah waktu yang paling sesuai nak matikan cacing.

katanya lagi kalau nurse lama-lama ni dorang akan pesan, bagi anak makan ubat cacing lepas 15hb. tapi saya tak pernah lagi dapat pesanan yang serupa dari misi KK. mungkin sebab misi kami muda muda kot hihihi. 



tapi bila teringat balik fenomena fullmoon. memang betul la boleh make sense dengan apa yang kawan suami share kan ni. kami bagi ubat cacing yang atas tu je untuk Fateh Uwais. bila dah besar ni dia takmau makan ubat cacing warna putih yang klinik kesihatan bagi tu. dia luah balik =..= ubat cacing brand champs ni bentuk pil. ala ala macam coklat susu yang plastik kartun lembu tu. perisa coklat. sekejap je dah licin di makannya  

16 November 2017

Women Boots By Zalora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sape sini yang suka pakai boots? Saya ada masa teringin la jugak nak pakai boots tu. tapi keadaan semasa macam tak berapa sesuai pulak nya. kalau kerja site atau ada dinner function ke boleh la jugak kot. tak kan ke ofis nak pakai boots? kofkofkof. tapi ada je yang sarungkan boots bila keluar jalan jalan dalam mall. well kalau orang yang pandai mix and match ni memang nampak sesuai nampak elok je kan. 

korang jangan tatau sekarang Zalora pun dah ada Women Boots. didatangkan dengan pelbagai pilihan dan design. tinggal tunggu pilih dan bayar je. tapi kalau kata size tak kena, atau ada defect ke korang tak payah risau. boleh return atau refund. tanpa tambahan kos shipping. mudah kan

  
Kalau saya yang atas ni menjadi pilihan utama. warna dia segak, rupa dia pun segak. nak bawak pakai bersantai dengan anak anak pun sesuai. match dengan blouse pun sesuai kan. ohmaiiii in love betoiiiiii


Tengah scroll cuci mata ternampak si pink ini. Syakira dan pink berpisah tiada hahahahaha. cantiknyaaaaaaaa kalau panjat gunung pakai hat ni sesuai kot agaknya kan? 


Tapi kalau kerja site saya akan pilih boots jenis ni. kena pilih yang tinggi sikit demi keselamatan kaki sendiri kuikukui. dan yang penting kasut pun tahan lasak. tak cepat rosak. dah kerja pun jenis lasak ye dak


kalau ada dinner boleh sarung boots yang ini. comel je nampak sebab ada ribbon kat belakang. sesekali bila mai dinner time tulah yang boleh melaram ye dak. kalau hari hari biasa nak melaram mula orang kata buang tebiat kahkahkah


Kalau nak cari Women Boots yang lawa, design baru baru dan berkualiti jangan lupa ke web Zalora. banyak pilihan yang menarik untuk korang. siap boleh buat perbandingan lagi. banyak pilihan jenama yang popular jugak. trusted shopping web :) boleh klik dekat sini kalau korang sedang mencari Women Boots

14 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Family and Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry terakhir di Escape WaterPlay Penang. ada beberapa aktiviti yang saya tak share dengan korang semua lagi. rasa rugi lah kan kalau tak share. biar korang pun rasa tak sabar nak masuk buat aktiviti dalam tu jugak muahahahaha :p






River Cruise kot namanya hahahahaha. lupa dah apa ke namanya pun ntah. tapi menyusur sungai dengan pelampung bentuk 8 ni haaa. ala aktiviti rileks rileks je ni. kitorang bantai naik pelampung ni empat orang hahahaha. alhamdulilah selamat sampai ke darat balik kerkerker. cumanya bila nak turun bila dah habis tu masing masing tatau cara. terusssss terjatuh tenggelam dalam air. mujur si kecik tu abi dia pegang dan Uwais dekat saya. kalau tak cuak jugak sebab ummi pun tak reti berenang hahahahaha. tapi Fateh Uwais seronok. dah habis satu round dia bodek abi pusing lagi sekali. dah habis round kedua dia bodek pulak round ketiga. bodek kali ke empat abi tak layan dah hahahahaha



Escape Club. tempat korang rehat rehat ni. ala macam cafe dalam air. ada kaunter jual minuman, ada meja bar separuh bulat bawah pokok tu dan ada kerusi dalam air keliling dia. nampak macam best tapi takde kawan nak ajak bergosip dalam air dekat situ. hihihi


Dan akhir sekali ada gelanggang bola pantai. ada team yang main hari tu tapi saya segan nak ambik gambar. abang abang tu tak pakai baju, berseluar pendek je. hurmmm takpe lah ambik gelanggang je pun boleh lah kan hahahaha. kalau datang buat company family day seronok ni. boleh main sama sama.



Terima kasih sekali lagi Team Escape WaterPlay dan Team Projek Blogger Utara Media yang sudi jemput kami sekeluarga ke review 29 Oktober lepas. alhamdulilah seronok sangat. moga ada rezeki, ada peluang dapat bekerjasama untuk event akan datang. terima kasih :)

Lagi Entry Lain Escape WaterPlay Penang 



08 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Do's and Dont's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Biasa kalau kita masuk theme park mana mana tempat pun memang dah wujud rules kalau nak main air kena pakai pakaian yang sesuai. demi keselamatan pengunjung tu sendiri dan demi memastikan kebersihatan kolam air tidak tercemar. banyak benda negatif yang boleh timbul kalau air dalam kolam tu tercemar terutamanya kesihatan anak anak kecik kita sendiri


Sama la jugak dengan Escape WaterPlay. tak dibenarkan pakai pakaian lain selain swimming suit dan yang mereka senaraikan macam gambar yang saya share kat atas tu. cuma kalau pakai jersey dengan legging dibenarkan. seluar track kain licin tu tak boleh ye kawan kawan. tudung pun kena jenis yang kain licin. kalau cotton tak dibenarkan.

cuma saya nak tambah pesanan. untuk anak kecik yang masih pakai pampers. beli kan pampers yang khas untuk renang. demi hygiene air tu sendiri. sebab kalau korang perasan mana mana anak yang pakai pampers biasa, besar bulat dan berat pampers diorang tu. air dah masuk dalam pampers. bahaya tau tak. bahaya untuk kebersihan air sebab air dah bercampur dengan air kencing yang dalam pampers tu. nak pulak anak anak lain tertelan air dalam kolam tu sendiri. itu yang ada kes anak anak kena jangkitan kuman lepas bermain dalam kolam air taman tema. lagi satu bahaya bila pampers dah berat dengan air. takut anak tu tenggelam dengan pampers beratnya tu sendiri. sangat bahaya. sekarang dah ada banyak jual pampers yang khas untuk swimming. ada yang pakai buang ada jugak yang boleh recycle. sila cari dan beli demi anak anak kita sendiri jugak.


Bagi muslimah jangan risau. ada disewakan pakaian renang khas untuk anda. dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. cuma RM10 je sepasang. macam swimming suit yang saya pakai dekat atas tu. baju sekali tudung dan jugak seluar. ye cuma RM10 sahaja. boleh sewa dekat kedai dalam gambar atas ni. kedai ada dekat dengan kaunter Escape WaterPlay. korang tak dibenarkan turun bermain kalau tak pakai pakaian proper ye. cumanya swimming suit hanya disewakan pada pelanggan muslimah. untuk lelaki takde sewaan. tapi ada jugak jual dekat kedai cenderamata atas ni. bukan je swimming suit segala mak nenek yang korang perlukan ada dekat sini. pelampung, handphone cover, cermin mata, baju ehhhh semua lah


Yang ini pulak locker untuk korang simpan barang berharga korang. masuk pintu Escape WaterPlay dah boleh nampak locker ni. kena pakai token. token boleh dibeli di kaunter Escape WaterPlay. belakang locker ni bahagian bilik air lelaki dan perempuan. kalau nak mandi bersihkan diri kena ke sini. sebab bilik air yang bahagian dalam waterplay takde shower.



Yang ini toilet dalam waterplay. kalau kalau emergency tak perlu lah berlari laju sampai ke toilet depan sana nun. hihihihi. ada jugak first aid dekat tepi toilet ni



Juga banyak kerusi rehat disepanjang kolam air Escape WaterPlay. takde masalah kalau nak duduk rehat lepas penat main air. atau kalau bawak mak ayah yang dah berusia nak bagi diorang rehat tenang tenang fikiran. Escape masih mengekalkan eco sistem. banyak pokok yang rendang dan banyak jugak pokok yang besar besar untuk korang rehat dan berteduh


dah penat main air, panjat tangga. jangan risau. ada cafe disediakan dalam Escape Waterplay. cuma kena beli sesiap coupon dekat kaunter. minima RM20. makanan minuman semua ada dalam tu. meja makan pun banyak disediakan



  1. meja makan. konsep makan dalam bot. memang banyak dekat dalam ni. selesa kalau nak makan dengan anak anak. takde la kena turun kerusi kejar anak anak sementara nak makan
  2. surau. selesa cuma panas sikit walau ada aircond. yela bila cuaca luar panas bahang sedikit sebanyak meresap masuk dalam bilik surau
  3. khemah. ada beberapa buah khemah yang Escape Waterplay sedia untuk pengunjung. cuma agak terhad. sape cepat dia dapat. dalam khemah boleh la kalau korang nak baring baring sekejap sementara tunggu anak anak naik dari kolam air ye tak

07 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Special For Kids

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau entry sebelum ni segala aktiviti ekstrem yang sesuai dilakukan oleh orang dewasa. semestinya lah budak bawah umur tak digalakkan buat kan. kecuali kalau budak tu lasak dan atas pantauan orang dewasa. tapi korang jangan lah risau dah namanya waterplay mestilah ada aktiviti ada permainan yang menyeronokkan untuk anak anak jugak. kalau tidak takde lah burn muka budak budak tu berjemur main air hihihihi



Playhouse atau Playground untuk anak anak dan jugak orang dewasa. ye dekat playhouse ni semua peringkat umur pun dibenarkan main. ada 8 slide gelongsor. ada yang rendah ada jugak yang tinggi. tapi tak tinggi sangat lah. sesuai dan tak membahayakan langsung untuk anak anak. Fateh Uwais siap ulang naik gelongsor entah tatau la berapa puluh kali tatau. bila turn saya jaga diorang sementara suami buat aktiviti esktrem tu dipaksanya kita naik turun dengan dia sekali. sambil bawak Furqan Uqbah sekali. bila taknak ikut terus buat muka. udah kesian lah pulak tengok mukanya. padahal suami kata masa turn dia jaga diorang elok je dia naik turun sorang dia takde pulak nak kena berteman. ehhhhhhhh!!!!! lenguh kaki ummi teman awak sambil dukung baby tu tau dakkkkk grrrrrrrr







Nak naik gelongsor ni terpaksa bukak spec. sebelum tu memang pakai spec yela dah rabun kan. jap lagi muka anak pun kurang jelas nampak apa cerita ye tak. tapi masa tengah panjat tangga nak turun gelongsor tetiba baldi yang curah curah air tadah tu jatuh betul betul atas muka. peluppppp terus spec ummi terjun jatuh bawah dalam air. ye dalam air dekat kolam bawah tu ye. huwaaaaaa gelabah rasa. risau je kot ada orang lalu situ masa tu dan terpijak spec ummi. mujur la lambai lambai adik guard kat bawah dia nampak dan tolong ambik simpankan sampai saya turun bawah, mujur jugak la dia paham bahasa isyarat dari atas. Allahu nervous nya rasa masa spec tu jatuh. elok turun je terus naik atas simpan spec dalam beg. hukhukhuk

ohhh ye buaian yang Fateh Uwais naik tu ada betul betul bawah Playhouse ni. ada dua buah dan setiap buah ada shower atas kepala. betul betul atas kepala. umpama macam sambil berbuai sambil disirami air la konsepnya tu. tapi anak anak tak suka. lemas kot gamaknya kena siram macam tu hahahahaha



Tots Pool. Ada dua jenis playground dekat sini. satu tu air kolam tinggi sikit dan banyak slide gelongsor. yang atas ni playground kecik sikit, air kolam cetek sikit dan slide gelongsor cuma ada dua sahaja. kurang menarik sikit la. dan takde sangat budak budak main dekat sini. Fateh Uwais pun main sekejap je dekat sini lepas tu dia patah ke playhouse balik semula. cuma untuk tots pool hanya kanak kanak sahaja yang dibenarkan main. yela dah kecik kan. 






Budak ni pun lebih kurang sama je. takmau nya main dekat kolam kecik tu. dia pun nak berendam dalam kolam besar ni jugak. siap mengamuk takmau keluar kolam =..=" terketar ketar dah tapi tetapppp takmo keluar jugak grrrr betoi. bawak naik main gelongsor pun steady je dia. tak bunyi sepatah pun. nanges pun idak. bila nampak akhi dia sibuk naik tangga nak pergi gelongsor dia pun sibuk tarik tangan kita panjat tangga sekali. adoiiii mujur la mak korang ni hari hari naik tangga dekat ofis. kalau tidak memang mau kejang otot kaki kira naik tangga je




AK Splash. pool khas untuk kanak kanak. dekat sini kosong takde permainan apa pun. memang sangat sesuai kalau nak berendam dan menyelam. pool biasa jela macam pool yang dekat hotel selalu kita pergi tu. nak berenang ok la dekat sini





AK Academy. sesuai untuk orang dewasa dan anak anak yang mahir berenang sahaja. sebabnya bila jatuh dari belon air tu memang tenggelam terus dan kena pandai berenang. ada had ketinggian jugak. jadi pada anak yang tak mahir berenang memang tak dibenarkan bermain disini. melompat diatas belon biru kuning tu. belajar imbang badan atas belon air dan belajar melepasi semua rintangan sampai la ke penghujungnya. tapi jangan risau walaupun anak dah mahir berenang tetap ada safety guard yang pantau dari tepi. kalau perasan kebanyakkan gambar yang saya letak dalam ni ada staff Escape Waterplay yang pakai baju warna kuning dan bawak pelampung merah. mereka lah life guard dekat sini. setiap kolam walau besar atau kecik masing masing ada life guard yang bertugas. jadi jangan risau 





Wave Ball. dekat sini khas untuk belajar apungan badan. dalam kolam ni memang khas hanya ada ombak je. setiap peserta diwajibkan memakai life jacket warna oren. ada size ok. jangan pulak korang yang dewasa pakai life jacket bebudak tu kecuali badan korang kecik kurus hihihihi. Fateh Uwais pun suka main dekat sini cuma dia cuak bila kaki tak jejak tanah. mula nak gelabah. hahahaha. saya pun suka main dekat sini. bermain dengan ombak dan belajar rileks apungkan badan. pun korang jangan risau. dekat kolam ni paling ramai life guard yang bertugas.


Pengakhiran bermain air di Escape Waterplay bagi Furqan Uqbah. letih sangat main air. tak sempat nak mandi dan tukarkan baju dia. tak sampai seminit kroh kroh atas lengan abi dia tido!!!. hahahaha tula tadi orang ajak naik rehat berlagak takmau sangat sangat kehkehkeh

entry seterusnya nanti saya cerita apa yang Do's and Dont's dilakukan dalam Escape Waterplay. panjang sangat dah entry ni. walau pergi sehari tak sampai 24 jam tapi banyak benda nak share dengan korang ni tauuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...