Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 November 2017

Escape WaterPlay Penang | Special For Kids

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau entry sebelum ni segala aktiviti ekstrem yang sesuai dilakukan oleh orang dewasa. semestinya lah budak bawah umur tak digalakkan buat kan. kecuali kalau budak tu lasak dan atas pantauan orang dewasa. tapi korang jangan lah risau dah namanya waterplay mestilah ada aktiviti ada permainan yang menyeronokkan untuk anak anak jugak. kalau tidak takde lah burn muka budak budak tu berjemur main air hihihihi



Playhouse atau Playground untuk anak anak dan jugak orang dewasa. ye dekat playhouse ni semua peringkat umur pun dibenarkan main. ada 8 slide gelongsor. ada yang rendah ada jugak yang tinggi. tapi tak tinggi sangat lah. sesuai dan tak membahayakan langsung untuk anak anak. Fateh Uwais siap ulang naik gelongsor entah tatau la berapa puluh kali tatau. bila turn saya jaga diorang sementara suami buat aktiviti esktrem tu dipaksanya kita naik turun dengan dia sekali. sambil bawak Furqan Uqbah sekali. bila taknak ikut terus buat muka. udah kesian lah pulak tengok mukanya. padahal suami kata masa turn dia jaga diorang elok je dia naik turun sorang dia takde pulak nak kena berteman. ehhhhhhhh!!!!! lenguh kaki ummi teman awak sambil dukung baby tu tau dakkkkk grrrrrrrr







Nak naik gelongsor ni terpaksa bukak spec. sebelum tu memang pakai spec yela dah rabun kan. jap lagi muka anak pun kurang jelas nampak apa cerita ye tak. tapi masa tengah panjat tangga nak turun gelongsor tetiba baldi yang curah curah air tadah tu jatuh betul betul atas muka. peluppppp terus spec ummi terjun jatuh bawah dalam air. ye dalam air dekat kolam bawah tu ye. huwaaaaaa gelabah rasa. risau je kot ada orang lalu situ masa tu dan terpijak spec ummi. mujur la lambai lambai adik guard kat bawah dia nampak dan tolong ambik simpankan sampai saya turun bawah, mujur jugak la dia paham bahasa isyarat dari atas. Allahu nervous nya rasa masa spec tu jatuh. elok turun je terus naik atas simpan spec dalam beg. hukhukhuk

ohhh ye buaian yang Fateh Uwais naik tu ada betul betul bawah Playhouse ni. ada dua buah dan setiap buah ada shower atas kepala. betul betul atas kepala. umpama macam sambil berbuai sambil disirami air la konsepnya tu. tapi anak anak tak suka. lemas kot gamaknya kena siram macam tu hahahahaha



Tots Pool. Ada dua jenis playground dekat sini. satu tu air kolam tinggi sikit dan banyak slide gelongsor. yang atas ni playground kecik sikit, air kolam cetek sikit dan slide gelongsor cuma ada dua sahaja. kurang menarik sikit la. dan takde sangat budak budak main dekat sini. Fateh Uwais pun main sekejap je dekat sini lepas tu dia patah ke playhouse balik semula. cuma untuk tots pool hanya kanak kanak sahaja yang dibenarkan main. yela dah kecik kan. 






Budak ni pun lebih kurang sama je. takmau nya main dekat kolam kecik tu. dia pun nak berendam dalam kolam besar ni jugak. siap mengamuk takmau keluar kolam =..=" terketar ketar dah tapi tetapppp takmo keluar jugak grrrr betoi. bawak naik main gelongsor pun steady je dia. tak bunyi sepatah pun. nanges pun idak. bila nampak akhi dia sibuk naik tangga nak pergi gelongsor dia pun sibuk tarik tangan kita panjat tangga sekali. adoiiii mujur la mak korang ni hari hari naik tangga dekat ofis. kalau tidak memang mau kejang otot kaki kira naik tangga je




AK Splash. pool khas untuk kanak kanak. dekat sini kosong takde permainan apa pun. memang sangat sesuai kalau nak berendam dan menyelam. pool biasa jela macam pool yang dekat hotel selalu kita pergi tu. nak berenang ok la dekat sini





AK Academy. sesuai untuk orang dewasa dan anak anak yang mahir berenang sahaja. sebabnya bila jatuh dari belon air tu memang tenggelam terus dan kena pandai berenang. ada had ketinggian jugak. jadi pada anak yang tak mahir berenang memang tak dibenarkan bermain disini. melompat diatas belon biru kuning tu. belajar imbang badan atas belon air dan belajar melepasi semua rintangan sampai la ke penghujungnya. tapi jangan risau walaupun anak dah mahir berenang tetap ada safety guard yang pantau dari tepi. kalau perasan kebanyakkan gambar yang saya letak dalam ni ada staff Escape Waterplay yang pakai baju warna kuning dan bawak pelampung merah. mereka lah life guard dekat sini. setiap kolam walau besar atau kecik masing masing ada life guard yang bertugas. jadi jangan risau 





Wave Ball. dekat sini khas untuk belajar apungan badan. dalam kolam ni memang khas hanya ada ombak je. setiap peserta diwajibkan memakai life jacket warna oren. ada size ok. jangan pulak korang yang dewasa pakai life jacket bebudak tu kecuali badan korang kecik kurus hihihihi. Fateh Uwais pun suka main dekat sini cuma dia cuak bila kaki tak jejak tanah. mula nak gelabah. hahahaha. saya pun suka main dekat sini. bermain dengan ombak dan belajar rileks apungkan badan. pun korang jangan risau. dekat kolam ni paling ramai life guard yang bertugas.


Pengakhiran bermain air di Escape Waterplay bagi Furqan Uqbah. letih sangat main air. tak sempat nak mandi dan tukarkan baju dia. tak sampai seminit kroh kroh atas lengan abi dia tido!!!. hahahaha tula tadi orang ajak naik rehat berlagak takmau sangat sangat kehkehkeh

entry seterusnya nanti saya cerita apa yang Do's and Dont's dilakukan dalam Escape Waterplay. panjang sangat dah entry ni. walau pergi sehari tak sampai 24 jam tapi banyak benda nak share dengan korang ni tauuuuu

3 comments:

cikpinz said...

Seronok melayan hero tu. Semua dia nak naik tapi kena teman turun hihi

Cik Ash said...

penat sampai tertido hahahaha

Zai Zamree said...

sakan depa dua main no

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...