Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

04 January 2017

Mee Tarik Warisan Asli | Aman Central Alor Setar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah lama teringin nak makan mee tarik ni haaa. sejak sebelum mengandungkan Furqan Uqbah lagi. tapi masa tu mee tarik hanya ada dekat keyel je. dah tu tempat tu jauh ke selatan sikit. yeke? ke pandai pandai je aku je hahahahaa. sekali bila pergi Aman Central baru baru ni nampak Restoran Mee Tarik dah bukak dekat Aman Central. tunggu gaji baru boleh pergi!!! her her her

ingat nak ambik gambo menu hari tu. tapi bila dah dua anak ni kalut!!! yang sorang tarik tarik buku menu, tarik cawan, makan meja. yang sorang lagi kalut nak berak. adoiii stress hemak korang. nasib bukan pergi review. gambo yang ada ni pun suami yang tolong tangkap kan. "abang tangkap gambo mee tu tau. syg nak bawak akhi pergi berak" time orang nak makan la time dia nak melabur ppfffffttttt

Jasmine Tea = RM4.00
Iced Lemon Tea =RM3.20

Jasmine Tea dan Ice Lemon Tea. air pilihan hari berkenaan. Jasmine tea tu sedapppp. bau dia pun wangi. tapi bila dah hujung hujung gelas rasa kelat errrrr. tak pernah minum teh jasmin. tu yang sesaje tekak gatal req. nak pulak minggu tu minggu tak sihat. jadi ummi pilih air tanpa ketul ais. lemon tea tu air suami. dia sorang je yang sihat walafiat masa tu. lemon tea tu rasa macam biasa jela. takde yang istimewa hihihihi

Rice With Braised Chicken = RM12.80

Rice With Braised Chicken. yang ni sebenarnya menu untuk Fateh Uwais. anak bujang kami tu perut melayu makan nasi je. dia mana reti makan mee ke spagheti ke ni. Braised Chicken tu memang sedap sangat. ummi abi pun sangkut sekali hahahahaha. tapi ayam tu pedas sikit. Fateh Uwais tak makan pedas. jadinya suami cuba cuba tanya kalau dia boleh bagi sup kosong dekat anak. so boleh la tambah sup dengan ayam tu tadi. kot kot boleh hilang pedas sikit. sekali dia bagi sup kosong sekali dengan isi ayam yang boleh tahan banyak. terkejut kami berdua sampai lupa nak tangkap gambar sup. bila nak bayar katanya "takpa la tak payah bayar" huhuhu murah rezeki anak. Fateh Uwais hirup sup sampai nak habis satu mangkuk. 

 Mee Soup With Brased Beef @ Mee Tarik = RM14.80

Mee Soup With Brased Beef. dalam menu dia tulis "Mee Tarik" rasanya yang ni la main dished dekat mee tarik ni haaa. sedappppp. memang sedap sangat. sup dia sedap. mee dia memang tak sama dengan mee kuning yang jual dekat kedai makan biasa tu haaa. mee dia rasa kenyal kenyal sedap. takde rasa kapur ke apa ke. ummi saja try test makan mee setelah Furqan Uqbah 6 bulan lebih lebih. masa lepas bersalin Fateh Uwais dulu makan mee lepas 4 bulan bersalin terus demam urat. yang ni alhamdulilah takde demam urat dah hihihihi. tapi mee tarik tu memang sedap. sampai hari terasa rasa lagi kenyal kenyal mee dia tu. nanti nak ajak abi dorang repeat lagi lah!! hahahahaha

total kitorang makan hari tu RM34.80 termasuk GST. sup ayam FOC :D moga murah lagi rezeki adik yang bagi sup ayam free tu hihihihi. nak makan sedap cenggini kena tunggu gaji je baru syok nak order itu ini hahahahaha. portion dia besar. mangkuk tu tinggi. puas jugak la makan. cuma yang tak puas sebab menahan tangan baby kecik Furqan Uqbah yang sibuk nak makan jugak. sampai jari dia masuk dalam mangkuk cili. grrrrrrrr


6 comments:

cik Anggur said...

kat mydin bm ada...pnh try...sedaaappp

idzwa kamaruddin said...

nak kene cuba jugak nie!

Nora Karim said...

saya belum pernah try lagi Mee Tarik ni... hari tu ada pergi, untuk jumpa kawan-kawan hubby... tapi dah makan. kekenyangan... next time nak try juga lah...

el said...

nah makan mee tarik kat mydin seberang tu..sedap jugak

haniekunie said...

favourite! sliced mee soup with beef tu..
harganya rm7.8

hainom OKje said...

Hakak pernah gi sekali je makan mee tarik ni Kiera. Lupa dah rasa mee dia mcm mana tapi hakak kurang puas hatilah rasanya. Isi ayam dia sikit kalau tak silap.

Biaslah Kiera makan dengan budak kecik mmg gitulah hihi... Hakak pun dah pernah rasa dulu

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...