Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 January 2017

Mudah Bersalin Dengan VCO | Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Maaf set Nona Roguy pulak yang over shadow hewhewhew. dari masa mengandungkan Fateh Uwais dulu dah kenal dengan VCO ni haaa. tapinya masa tu dah hujung hujung dan tak sempat nak membeli pun. jadi bila mengandungkan Furqan Uqbah terus lah hati ini tergedik gedik nak cuba VCO. orang kata VCO ni membantu melancarkan proses bersalin nanti. 

ada jugak yang kata elok untuk orang hb rendah macam saya dan jugak elok untuk baby. kulit dorang bersih dan rambut lebat katanyaaa. semua tu baca dalam google je :p mengadungkan Furqan Uqbah dah 7 bulan lebih baru sempat nak mencari VCO dan kebaikannya. awal awal tu busy ape ke benda nya ntah pun tatau phewwwww

VCO ni pun ada macam macam brand. yang saya makan ni brand Catalyst beli dekat kedai jual jamu area Alor Setar ni jugak. tak berapa ingat berapa puluh sebotol. tapi tak silap nya RM47 sebotol. kalau online ada yang lagi murah tapi bila campur dengan postage jadi mahal lagi dari yang jumpa dekat kedai sini. jadinya marilah menjadi pembeli yang bijak. berbelanja dengan bijak :p

pengalaman saya sepanjang dengan VCO ni. proses meneran tu memang mudah. sepuluh minit je teran dah keluar baby Furqan Uqbah. faham betul betul. proses meneran ye. bukan proses bukaan jalan serviks. Proses bukaan jalan serviks saya lambat. jalan serviks saya bukak penuh dalam masa 19 jam. mungkin dah memang takdir saya dua orang anak dua dua jalan bukak serviks tu lambat. takpe la saya redha :) tapi nak teran anak kedua dalam 10 minit. berbeza masa lahirkan Fateh Uwais dulu proses teran baby tu dalam 3 jam lebih. 

keluar je baby staff nurse tanya "awak ada makan minyak kelapa dara ke?" mungkin dorang tengok baby kulit putih bersih dan mungkin licin kot masa baby keluar. entah la lupa pulak nak tanya staff nurse aritu awat dia tanya lagu tu hewhewhew. tapi alhamdulilah memang kulit baby bersih.tapi tang kulit bersih tu saya keliru jugak. sebab masa Fateh Uwais dulu pun kulit putih bersih jugak tapi tak makan VCO. herm herm

rambut lebat? anak kami ikut rambut ummi nya. jadi rambut tak lebat mana hahahahaha. cumanya rambut baby Furqan Uqbah nampak la banyak sikit dari rambut Fateh Uwais. Fateh Uwais dulu lagi lambattttttt tumbuh rambut. sampai orang duk perli perli lah rambut dia tu pffftttttt. jadi berbaloi ke tidak makan VCO masa mengandung. bagi saya berbaloi la jugak sebab boleh nampak keberkesanannya tu. kalau nak amalkan VCO. sila amalkan dari baby 7 bulan dalam perut. makan sehari sebijik pun ok. tapi biasa lah lain orang mungkin lain effect nya. bergantung pada individu jugak :)



12 comments:

Pha Is said...

nice share.. VCO ni mmg diakui banyak khasiat dia. lecturer farmasi saya pun cakap.. dia punya experties bahagian farmasi herba tradisional smua nih..

Siti Nurzafirah said...

hari tu makan VCO, terus period tak mai.. terus takot nak sentuh VCO

idzwa kamaruddin said...

Nape la dulu xde..

el said...

ms mengandung mmg amalkan vco oil ni
mmg best

Adam said...

Saya tak ada bini.
Kalau ada saya nak benda ni.

hainom OKje said...

Masa zaman hakak dulu Kiera, produk yg katanya memudahkan bersalin nama dia Salinda ke hape, tapi akak tak beli pun sebab takutlah nak guna benda benda gini...

Kalau Nona Roguy ni hakak suka minyak dia. Kalau batuk, sapu minyak ni cepat lega

Faiz Zakaria said...

perkongsian yg baik.. sememangnya minyak klapa dara banyak khasiat terkandung padanya..

Zie Azi said...

ms bersalin sy mmg pki NR ni, yg pling best minyak herbanika dia, sedap sgt berangin je satu badan, boleh buang angin dlm badan.

alia farhan Said said...

Vco ni mmg bgus amik kalau preknen..tak preknen pun bagus jugak

Cik Ash said...

nanti nak guna gak la

izzeyda said...

mudahnya bersalin dengan vco virgin tu..

Blogger said...

3 Studies PROVE Why Coconut Oil Kills Fat.

The meaning of this is that you literally kill fat by eating coconut fat (including coconut milk, coconut cream and coconut oil).

These 3 researches from big medicinal magazines are sure to turn the traditional nutrition world around!

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...