Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 March 2017

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau Furqan Uqbah dulu pantang dalam bulan Ramadhan. dengan Fateh Uwais pulak mengandung 8 bulan dalam bulan Ramadhan. ummi dengan bulan Ramadhan ada je kenangan nya huuuuu. tapi alhamdulilah masa mengandungkan Uwais dulu dapat puasa penuh 30 hari walaupun dah sarat dan tunggu hari je masa tu. dengan perut berat. dengan tak boleh lapar. tapi alhamdulilah Berjaya. syukur takyah nak ganti puasa banyak2. masa tu la. tapi bila keluar adik baby ambik ko. herherher



kalau boleh rasanya memang ramai ibu mengandung yang nak ambik peluang puasa penuh bila pregnant. yela time tu jela nak curi peluang puasa penuh pun kan. tahun lain belum tentu lagi. takkan tiap2 tahun nak mengandung pulaknya :p

Tips Berpuasa Ketika Hamil cara Ummi FatehFurqan

Kuatkan semangat

yang ni paling penting sebenarnya. kuatkan semangat. mind set yang aku boleh puasa. mesti mampu punya. kalau sebelum puasa dah was-was dengan diri sendiri. macam mana nak dapat kekuatan semangat tu?

Niat dari awal

bukan niat nawaitusamarodin tu. tapi niat nak puasa penuh. niat dalam hati aku nak puasa penuh sebab nak ambik peluang yang bukan selalu ada. niat yang nanti bila anak ni lahir dia tak liat nak puasa.

Sahur

sahur jangan skip. kalau tak sahur atau sahur acah2 memang takkan boleh tahan. sahur ambik makanan berat. kalau saya memang makan nasi je waktu sahur. wajib minum susu makan kurma. kalau tak boleh nak telan kurma banyak2. beli air kurma minum. saya salah seorang yang tak berapa suka makan kurma dalam kuantiti banyak. tapi saya gantikan dengan air kurma. bancuh air kurma minum. air masak pun kena minum banyak sikit. sebab kita bukan macam orang lain. badan kita ada nyawa lain dalam tu jadi kena minum lebih sikit. sebab badan perlukan tenaga yang lebih masa ni.

Kurangkan Aktiviti

kurangkan aktiviti waktu siang. sebaiknya waktu siang duduk je rumah rehat. rehat tak semestinya tido je ye. rehat tu rehatkan diri bersantai dalam rumah. kalau banyak sangat tido pun nanti tekak jadi kering dan jadi lebih penat. kalau bekerja. cuma pergi ofis je. waktu rehat tengahari tu pergi tido atau rehat tenangkan diri. takyah la pergi jalan-jalan cuci mata dekat bazar kain baju nak tengok baju raya ke apa ke. rehat. balik rumah nanti dah nak kena masak untuk berbuka pulak. jadi ada peluang dan masa lebih sikit rehat. kalau nak berjalan cuci mata pergi waktu malam lepas maghrib. atau cari je baju raya awal sebulan sebelum raya tu haaaa. nanti tak la kacau waktu terawih ke apa ke. kalau weekend pun jangan keluar lama-lama time siang. cuba elakkan keluar masa matahari tengah terpacak atas kepala. cukup sekadar cari apa yang perlu. kalau masa bulan puasa baru nak buat persiapan raya memang letih la. itu yang punca kena pecah puasa tu.

Minum Air Masak

lepas je berbuka gantikan dengan minum air masak yang banyak. bukan suruh minum 8 gelas terus sekali gus. minum sikit sikit. dan kurangkan minum air berkafien. tak kisah la kena bangun buang air kecil selalu pun janji ada gantian air dalam badan

Elakkan makanan berminyak dan Berlemak

macam mee goreng, masak lemak udang cili padi. nak makan tu boleh tapi jangan selalu. tambah kalau untuk sahur sangat tak sesuai. takut nanti makanan yang berminyak dan berlemak ni boleh buat tekak jadi mual dan muntah. bila muntah habis la sisa tenaga yang ada untuk teruskan puasa nanti.

buat masa ni itu jela yang ingat. kalau ada nanti kita tambah lagi. kot kengkawan ada tips lain pun boleh share sekali ;) tapi kalau dah usaha ikuti semua tips tapi kalau rasa badan tak boleh nak puasa jugak. jangan teruskan. bukak lah puasa tu sebab memang dalam islam diringankan puasa untuk ibu hamil. diringankan tu bukan boleh suka suka hati tak puasa ye. tapi atas sebab yang perlu je diharuskan membuka puasa. cuma jangan jadikan alasan pregnant je tak boleh puasa. kalau setiap tahun pregnant takkan setiap tahun tak puasa kan? kofkofkof :p ingat untuk diri sendiri jugak ni ;)



5 comments:

el said...

kena elak mknan yang berlemak dan berminyak dan pedas
mkn byk makanan sunnah nabi kurma tu

aizamia3 said...

Pengalaman yang menarik kan Kiera.. ;)

Cikna said...

Teringinnye nk pregnant tp Allah xbagi lg rezeki tu, InsyaAllah suatu hari nanti.;-)

Aryan azra said...

tips yang bagus..akak dulu pun masa ngandung 3AA tu puasa penuh je

Nina Mads said...

comelnya kira.. hehehe. brguna utk2 bakal2 ibu di luar sana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...