Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 April 2017

Ayam Masak Halia | Pressure Cooker Kenwood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

10 April 2017


dah lama saya praktik guna pakai pressure cooker sebenarnya. sejak hujung tahun lepas dah beli pakai pressure cooker ni. memang mudah sangat. terutama yang ada anak kecik baby suka merap macam saya. hari kerja pun senang je. kadang balik kerja kalut buat itu ini, ada hari terlupa nak defrost stok bahan basah. masuk je semua bahan dalam PC, kadang ayam atau daging yang masih beku tu pun saya masuk sekali dalam PC. set kan menu dan tunggu je siap. tak payah dah nak tumis tumis tunggu dekat dapur. sementara tunggu makan malam siap masak boleh buat kerja lain. kemas dapur atau lipat baju yang segunung tu. ehhhhh ahahahaha. hari sabtu lepas pun sama. kalut balik dari Penang sampai rumah Fateh Uwais zikir lapar dah. bawak keluar daging beku beku tu. gaul je dengan ramuan sup daging, tambah air. masuk dalam pressure cooker. 15 minit siap sup daging lembut dah boleh makan hewhewhew 

macam semalam balik kerja ajak suami ke kedai RM2. dah janji dengan anak teruna sorang tu nak pergi kedai RM2 cari mainan dia. mainan dia sekarang memang banyak yang dari kedai RM2 je. kalau rosak pun ummi abi takde sakit hati sangat. entah apa perangai ntah sekarang ni suka sangat baling mainan. bila Tanya kenapa baling mainan? "akhi kan otomen, akhi tengah lawan raksasa ni" grrrrrr kalau mak ko jadi raksasa kot ko pulak baling nanti nya

balik dah pukul 7 masa tu. kalut la sebab tak masak lagi sobssss. ayam pun tak elok lembut lagi sebab pagi sebelum kerja lupa nak bawak naik atas(bukan peti beku) fikir punya fikir. masak ayam halia jela. masuk je dalam PC. cepat sikit masak mihmihmih. hiris segala halia bawang. masuk bawang besar, bawang putih, halia yang saya dah siap blend masa weekend, masuk lagi ramuan yang lain, buh terus ayam beku tu tadi. set menu dia tunggu dalam 20 minit. 



taraaaaa siap dah ayam masak halia Ummi FatehFurqan. ayam lembut sangat. suap Furqan makan pun tak risau sebab isi dia memang lembut sangat. lembut macam ayam kukus tu haaaa. makan memang bersih la tulang tulang tu. orang kata memang lerai la isi ayam dari tulang nya hihihi. dan makanan sihat sebab tak guna minyak. minyak yang ada tu dari lemak ayam tu sendiri.

Resepi Ayam Masak Halia

bahan-bahannya. kuantiti sila agak-agak

ayam
halia dihiris
bawang besar dihiris
bawang besar, bawang putih dan halia diblend
sos tiram
serbuk lada hitam
garam
gula

cara-caranya bagi Pengguna Pressure Cooker Kenwood

gaul kesemua bahan diatas dan tekan menu 'chicken' tunggu dalam 20 minit dan nanti boleh dimakan bersama nasi panas. ya!!! semudah itu. hanya gaulkan ramuan bersama ayam, tekan button dan tunggu siap untuk dihidangkan.

saya beli Pressure Cooker Kenwood ni dengan harga RM270 tapi kena tunggu lama sikit baru dapat sebab pre order. jadi korang yang kalau teringin jugak tu boleh WhatsApp dekat sini www.wasap.my/60194942450    



4 comments:

Adam said...

Saya nak cuba buat ni.
Tolong doakan supaya tidak membazir.

aryan azra said...

sedap nih ayam masak halia

E'in said...

eiiiii bestnye preasure cooker nie.. harge bape kak?

senang sangat nie resepi ayam masak halia.. boleh cube kang..

Adam said...

Esok ahad. Saya buat ni

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...