Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kalau anak sulung Fateh Uwais dulu puasa time pregnant.
Dengan anak kedua Furqan Uqbah pantang dalam bulan puasa pulakkkk. Adooiii
salah timing kofkofkof :p takde la dah rezeki nak pantang time bulan ramadhan
yang mulia. Harung jela makkkkk hihihihi
Awal ramadhan 2016 mula masa tu saya baru 24 hari
pantang. Sebelum bersalin lagi dah termenung menung tengok calendar nanti time
puasa masa tu pantang. Jenuh la kena ganti puasa banyak banyak. Masa Uwais dulu
dapat puasa penuh sebulan. Adik baby pulak takkan puasa sebulan kena ganti
nanti. Nanges tepi bahu suami sobsobsob itu pun ada jugak doa doa kot baby nak
keluar awal dua minggu ke. Takde nya.
Sehari awal due je dia keluar. Due 14 May baby keluar 13 May. Ok la tu dia
ambik hati ummi. Awal dari due keluar. Awal sehari =..=
Tapi ada jugak niat kalau darah nifas habis awal
sebelum habisnya pantang 44 hari nak cuba jugak puasa. Nak kuatkan semangat
cuba puasa. Sebab tak nak ganti banyak hari tu huuuu. Alhamdulilah Allah dengar
kot doa hambanya yang selalu memintak mintak ni. Darah nifas kering awal. Seronok
tergedik gedik dah time tu hahahahaha. Tapi mama dan suami setiap masa pesan kalau tak larat jangan
paksa diri puasa. Diberi kelonggaran untuk orang pantang ni dalam bulan puasa
walau dah wajib solat. Ok ok. insyaAllah I will
Setiap pagi tak pernah missed bangun sahur. Walau
kadang time sahur tu baby pun bangun sekali tapi tetap makan sahur dengan
berselera. Tetap ambik makanan berat dan minum susu kurma badam. Malam sebelum
tido saya dah rendam badam siap2. Kadang tu buat susu kurma badam siap siap
sebelum tido. Simpan peti besoknya panaskan sekejap. Memang wajib minum susu tu
setiap kali sahur dan setiap kali berbuka. Sebab saya menyusu badan. Dan masa
tu pulak pantang. Jadinya badan perlukan lebih tenaga. Kalau tak ambik yang
berat berat time sahur takut nanti siang hari letih pulak. Yang lagi best bila
minum susu badam kurma susu jadi lebih pekat. Baby pun cepat kenyang bila
menyusu. Takde la nak merap dekat kita lama sangat.
Rezeki pulak banyak bila menyusu badan anak kedua ni.
Dalam seminggu awal pantang saya dah mula buat stock susu tanpa sengaja tu.
Jadinya stock susu yang ada saya top up bagi baby bila dah petang. Biasanya
waktu pagi dengan tengahari elok lagi cergas. Tapi bila mai petang pukul 4
lebih ummi dah mula lembik nak terkulai. Jadinya baby ummi bagi susu EBM dalam
botol. Kalau bagi direct lagi badan rasa lembik tak boleh jalan. Terus
bersyukur masa tu ada stock EBM. Bila puasa dan direct feeding anak kalau
nampak anak macam pelik je tak macam selalu kena bukak puasa. Sebab anak yang
menyusu badan sepenuhnya ni bergantung pada khasiat susu mak. Kadang bila puasa
memang ganggu produce susu. Susu jadi cair sikit atau mungkin kuantiti susu tu
berkurang bergantung pada pemakanan si ibu ketika dalam bulan puasa tu sendiri.
Jadinya kalau ibu yang ada stock EBM boleh bagi anak menyusu botol. Kalau takde
stock dan masih risaukan kesihatan anak. Boleh bukak puasa tapi nanti masa ganti
puasa kena banyar sekali fidyah nya. Seingat saya kalau bukak puasa kerana
risaukan diri dan anak kena banyar fidyah dan ganti balik puasa tu. Kalau
berbuka puasa kerana risaukan kesihatan diri je tak payah bayar fidyah. Cuma
kena ganti puasa je. Betulkan kalau saya silap
Sama jugak kalau puasa masa pregnant. Puasa dalam
pantang kena kurangkan aktiviti. Nama lagi masih dalam pantang. Cuma duduk
rumah je. Bawak bawak rehat banyak sikit. Tak payah nak aktif sangat. Ada je
yang dalam pantang sidai kain baju sendiri. Tambah pulak kalau pantang sendiri
ni. Kurangkan aktiviti sidai kain tengah panas. Buat semua tu lepas berbuka
nanti. Atau awal awal lepas sahur.
Waktu berbuka pun penting. Ambik makanan berat. Minum
susu. Banyakkan minum air kosong. Atau air akar. Ganti balik sumber tenaga yang
dah hilang masa puasa tadi. Saya memang ambik nasi. Nasi orang dalam pantang.
Tapi nasi tu lebih sikit kuantitinya. Kurma pun kena makan walau tak berapa
suka makan kurma. Lauk pulak yang sedap
dan berkhasiat. Barulah ada selera nak makan banyak hihihi. Macam saya boleh
makan ayam dan daging. Mama buat ayam bakar, daging black paper, senang cerita
yang sedap sedap dan sesuai untuk orang dalam pantang makan. Nanti agak2 dah
lepas isyak. Saya akan makan lagi. Kali ni ringan sikit la. Makan kuih ke
biskut cicah milo ke. Buah ke. Janji
sebelum tido ada lagi benda makan yang masuk dalam perut. Top up lagi sumber
tenaga untuk hari esoknya.
Mind set benda yang positif je. Dan kuatkan semangat.
Banyak kan doa dekat Allah moga dia bagi peluang dan bagi sihat tubuh badan
untuk kita puasa walaupun masih dalam pantang. Dengan sape lagi kita nak mintak
selain Dia kan. Mintak je banyak-banyak. insyaAllah Dia mesti bagi J
Rasanya itu jela tips saya yang saya sendiri amalkan
masa pantang tahun 2016 yang lepas. Masa tu dapat la puasa 18 hari dan ganti
puasa 12 hari. 12 hari pun rasa jenuhnyaaaaa nak habiskan. Tambah pulak menyusu
badan ni memang sentiasa rasa lapar. Nak pulak bila baru lepas sesi bonding
dengan anak atau lepas sesi pam susu dekat ofis. Perut terus rasa memulas mulas
lapar. Kalau tak makan rasa macam nak jalan seret lutut. Tapi alhamdulilah sikit
sikit habis jugak gantinya.
9 comments:
Perkongsian yang bagus bagi orang lain kan..agak struggle sikit tapi boleh je lepas ;)
masih brpeluang lagi rasa kelaparan & keletihan tu
Yang ganti puasa tak sampai seminggu pun rasa macam nak seret kaki juga inikan pulak ganti puasa banyak macam ni.
Akak tak pernah ada pengalaman berpantang masa bulan puasa. Pantang masa raya adalah. Lagilah alahai, semua tak dapat makan. Pakai kain batik lagi masa raya. Ekslusif sangat tau!
nice share..
kena simpan tips ni.. kot2 nnt berguna bila ada anak..
skrg dah rejab.. ramadhan dh x beberapa hari je lagi..
pengkongsian yang bagus ni...
lg 2 minggu saja... uhhhh habis dh ganti
Bila baca cerita ini sama situasi dengan sy 2017 baby 1st dpt puasa sepenuhnya... 7hb/4/2020 2nd baby 44hari habis pada puasa ke 27hari pada bulan mei.. Jadi sekarang baru nak start puasa baru je pantang dalam 2 minggu and darah nifas masih ade sikit lagi.. Harap2 darah nifas habis secepat mungkin jadi bole lah puasa sikit
Post a Comment