Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Req nak tangkap gambar dekat sini. tapi taknak buat muka elok grrrrr
sabtu baru ni kami pun ke Aman Central balik. mencari Dinasour belon besar. sekali tempat tu kosong!!! terus terdiam kami laki bini. nak sedapkan hati sampai ke hujung bangunan kami cari tapi tetap tak jumpa dah Dinasour belon besar. dah habis rupanya. dah takde dah benda tu. ralatnya rasa hati. lebih ralat sebab dia boleh bersabar tunggu dan tak merengek dari hari rabu sampai membawak ke hari sabtu. bila kata ummi abi tukar bawak ke library boleh? "boleh boleh. takpe ummi takpe abi. akhi tak marah pun" sobsssss ummi abi serius rasa ralat walau anak dah senyum meleret boleh main sambil membaca dalam library.
Library ni best. kalis bunyi. ada ekon baby tido pun lena je dalam ekon sambil tunggu akhi dia 'study' tapinya terjaga sebab bunyi bising. bukan sebab budak2 kecik ni bising tapi sebab ada tiga orang minah umur 15 tahun macam tu gelak kuat2 main2 dalam tu
disebabkan library dekat dengan station ktm. dan Fateh Uwais pun selalu Tanya bila abi nak bawak dia naik keretapi. Abi pun lelaju ajak naik komuter ke Padang Besar, nak ganti balik janji yang tak dapat ditunai awal tadinya tu. padang besar la yang jauh sikit pun. takkan nak naik dari Alor Setar ke Anak Bukit je kot hihihihi. dah sampai ke padang besar boleh la jugak mencari baju seluar dorang barang sehelai dua. mihmihmih
kemain seronok budak sorang tu dapat naik keretapi hajat hati dia. lama dah teringin nak naik keretapi tu. tapi ummi abi selalu tak dapat curi masa. kalau ada masa pun duit tak berapa nak banyak. alhamdulilah ada rezeki sikit, dapat la naik keretapi nya. walaupun duit habis lebih dari yang ditarget, badan letih, kaki sakit sampai krem tapi betulkan niat balik. niat nak bagi anak-anak happy. moga Allah gantikan dengan ganti yang lebih baik untuk kami nanti. moga Allah makbulkan ;) amin
13 comments:
amiin...
Betul tu, Kira. Kalau tak dapat tunaikan hajat anak, memang rasa ralat sangat. Macam akak juga. Baru-baru ni anak yang kecil tu minta pergi belikan lego. Tapi dek kerap sangat dia minta dan dapat, malaslah nak tunaikan. Tapi pergi buat janji dengannya kata hujung minggu nanti kalau pergi Aeon kita beli. Bila tiba hujung minggu dan jadual merewang packed, memang tidaklah ke Aeon membeli. Mulalah dia ucap berulangkali dengan nada sedih sebab kita dah janji. Nak tak nak, pergi juga sebab tak sampai hati. Bila pergi, apa yang dia mahu takda pulak. Kecewalah budak tu walaupun dapat juga lego lain seperti yang dihajati!
Ala...cian dia frust...uhuk2
Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Seronoklan bebudak tu yer. Sekejap nyer masa berlalu dah jadi big boy dah huh !
betul sangat tu kira, kalau akak pun akan rasa menyesal juga, tapi mujur fateh uwais baik budaknya sangat memahami tu.
seronok dapat naik keretapi ye, akak ni adrien tu dah lama cakap nak naik keretapi tapi belum sempat lagi nak bawa, entah bila nak bawa pun tak tahulah
Kalau ikutkan kehehendak anak nnt anak terlebih manja, kalau tak ikut kita pula yg rase bersalah. Kalau Fiza, memang Fiza ikutkan je sebab anak kita kan.. jemput GA http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html..
Hari ni sudah 10 entry saya baca and ke semua entry tu ada perkataan hahaha.
Bagusnya Fateh Uwais ni 😍 Moga jadi anak yang soleh 😄
alahaiiiiii.. bijak and baiknyeeeee fateh uwais.. huhu..
byk jugaklah yg terjadi kat kami ni ha
mujur anak2 dah faham sgt
tp tau lah mak2 ni lau boleh nak tunai je lah segala permintaan anak..
Bagusnya Uwais ni.. umur baru berapa, tapi boleh paham dan tak merengek.. kadang kita pun ada rasa sesalan atas apa yang kita nak, tapi tak dapat
jurusnya n bersabar dia ummi n abi janji gitu.. bagusnya anak kira...
baiknya uwais tak marah2.. anak yg baik
Post a Comment