Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Biasa kalau kita masuk theme park mana mana tempat pun memang dah wujud rules kalau nak main air kena pakai pakaian yang sesuai. demi keselamatan pengunjung tu sendiri dan demi memastikan kebersihatan kolam air tidak tercemar. banyak benda negatif yang boleh timbul kalau air dalam kolam tu tercemar terutamanya kesihatan anak anak kecik kita sendiri
Sama la jugak dengan Escape WaterPlay. tak dibenarkan pakai pakaian lain selain swimming suit dan yang mereka senaraikan macam gambar yang saya share kat atas tu. cuma kalau pakai jersey dengan legging dibenarkan. seluar track kain licin tu tak boleh ye kawan kawan. tudung pun kena jenis yang kain licin. kalau cotton tak dibenarkan.
cuma saya nak tambah pesanan. untuk anak kecik yang masih pakai pampers. beli kan pampers yang khas untuk renang. demi hygiene air tu sendiri. sebab kalau korang perasan mana mana anak yang pakai pampers biasa, besar bulat dan berat pampers diorang tu. air dah masuk dalam pampers. bahaya tau tak. bahaya untuk kebersihan air sebab air dah bercampur dengan air kencing yang dalam pampers tu. nak pulak anak anak lain tertelan air dalam kolam tu sendiri. itu yang ada kes anak anak kena jangkitan kuman lepas bermain dalam kolam air taman tema. lagi satu bahaya bila pampers dah berat dengan air. takut anak tu tenggelam dengan pampers beratnya tu sendiri. sangat bahaya. sekarang dah ada banyak jual pampers yang khas untuk swimming. ada yang pakai buang ada jugak yang boleh recycle. sila cari dan beli demi anak anak kita sendiri jugak.
Bagi muslimah jangan risau. ada disewakan pakaian renang khas untuk anda. dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. cuma RM10 je sepasang. macam swimming suit yang saya pakai dekat atas tu. baju sekali tudung dan jugak seluar. ye cuma RM10 sahaja. boleh sewa dekat kedai dalam gambar atas ni. kedai ada dekat dengan kaunter Escape WaterPlay. korang tak dibenarkan turun bermain kalau tak pakai pakaian proper ye. cumanya swimming suit hanya disewakan pada pelanggan muslimah. untuk lelaki takde sewaan. tapi ada jugak jual dekat kedai cenderamata atas ni. bukan je swimming suit segala mak nenek yang korang perlukan ada dekat sini. pelampung, handphone cover, cermin mata, baju ehhhh semua lah
Yang ini pulak locker untuk korang simpan barang berharga korang. masuk pintu Escape WaterPlay dah boleh nampak locker ni. kena pakai token. token boleh dibeli di kaunter Escape WaterPlay. belakang locker ni bahagian bilik air lelaki dan perempuan. kalau nak mandi bersihkan diri kena ke sini. sebab bilik air yang bahagian dalam waterplay takde shower.
Yang ini toilet dalam waterplay. kalau kalau emergency tak perlu lah berlari laju sampai ke toilet depan sana nun. hihihihi. ada jugak first aid dekat tepi toilet ni
Juga banyak kerusi rehat disepanjang kolam air Escape WaterPlay. takde masalah kalau nak duduk rehat lepas penat main air. atau kalau bawak mak ayah yang dah berusia nak bagi diorang rehat tenang tenang fikiran. Escape masih mengekalkan eco sistem. banyak pokok yang rendang dan banyak jugak pokok yang besar besar untuk korang rehat dan berteduh
dah penat main air, panjat tangga. jangan risau. ada cafe disediakan dalam Escape Waterplay. cuma kena beli sesiap coupon dekat kaunter. minima RM20. makanan minuman semua ada dalam tu. meja makan pun banyak disediakan
- meja makan. konsep makan dalam bot. memang banyak dekat dalam ni. selesa kalau nak makan dengan anak anak. takde la kena turun kerusi kejar anak anak sementara nak makan
- surau. selesa cuma panas sikit walau ada aircond. yela bila cuaca luar panas bahang sedikit sebanyak meresap masuk dalam bilik surau
- khemah. ada beberapa buah khemah yang Escape Waterplay sedia untuk pengunjung. cuma agak terhad. sape cepat dia dapat. dalam khemah boleh la kalau korang nak baring baring sekejap sementara tunggu anak anak naik dari kolam air ye tak
Lagi yang menarik di Escape WaterPlay Penang