Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

10 July 2014

Fateh Uwais Demam Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

start jumaat lepas lagi. pepagi sebelum suami pergi kerja dia kata dekat saya. kepala anak panas ni sayang. saya pun pegang. eh tak pun. ke saya yang mamai? huuu entahlah. elok lepas je Fateh Uwais bangun tido pagi tu saya sendiri rasa badan dengan kepala dia panas. sudahhhh demam pulak budak sorang ni.

sepanjang hari merap dan bergantung susu. Allah melepeknya ummi rasa. tapi takpe la demi anak. bagi makan ubat dia yang ada dalam peti sejuk sebab badan terlampau panas. suhu pun tinggi tapi sikit pun tak jalan. sambil tu lap-lap badan dia dengan air macam biasa. bagi susu badan terus dan terus sebab kata dokte kalau demam terus bagi anak minum susu badan supaya antibodi dia terus kuat.

tengahari suhu dia sampai 39. terus ajak FIL ke klinik, dokte masukkan ubat ikut montot gebu Uwais. kata dokte tinggi sangat suhu dia ni. alhamdulilah lepas masuk ubat nampak la dia mula nak ceria. tapi cukup je 4 jam. badan panas balik. berlarutan macam tu sampai la pagi hari ahad. pestime Fateh Uwais ummi abi demam sampai 3 hari. selalu tu esoknya dah ok. kesiannya dia. boleh nampak muka letih dia.

kenapa tak bawak terus ke hospital? sebab bila bagi ubat panas dia turun, habis kuasa ubat panas datang balik. dan ada ketikanya demam mula surut dan dia boleh ceria bermain. dan lagi satu saya takut anak trauma duduk hospital. dengan kena cucuk. boleh nampak 'macam-macam', takut semangat dia turun nanti. tapi cakap jugak ke suami kalau ahad ni anak tak pulih jugak kita terus bawak ke hospital. alhamdulilah pagi ahad anak dah sembuh. dah boleh main gelak mengekek. syukurrrrr sangat.

Mama dengan MIL kata demam nak boleh dapat sesuatu. mungkin dia demam nak tumbuh gigi. tapi tatau la kita tunggu jela nanti. biasanya Fateh Uwais kalau beralih bulan atau nak dapat sesuatu dia takkan demam. alhamdulilah antibodi dia kuat. syukur sangat dengan yang satu ni.


cepat la sihat anak. ummi rindukan telatah manja dan gelak tawa awak. baik dari demam, sepanjang minggu dia merap. sampai la ke pagi ni pun. paling teruk berbuka dan sahur saya semalam dan pagi tadi la. langsung tak bagi ummi makan. ummi curik-curik je makan minum. menangis lah menangis. nak ummi tengok muka diaaaaa aje. nak ummi dukung sepanjang masa. alhamdulilah abi kata abi nak ambik petang ni. moga bila nampak muka abi nanti hilang terus lah merap dia. ;( 

10 comments:

cik Anggur said...

demam nk boleh jalan laju ni rasanya.....

Siti Sharini said...

biasalah budak2 sementara nak besar kan.anak2 sy pun silih berganti demam minggu ni..dengan kahak dgn batuknya..kesian tgk kan..

Z@i Z@mR33 said...

aloh...ciannya uwais gebus ni.demam la sgt.nti susut bdn yg bambam tu

sm mcm Aqil,dia akan demam klau nk boleh sesuatu ja.rsnya br 3 kali kot demam tp sat2 je la

aryan azra said...

salam kira...alahai siannya fateh uwais demam ye...

inshaAllah lepas ni sihat2 selalu ye,saja tu demam nak merap ngan ummi dia,nak bermanja la tu...hehehe

akak ada blog baru dah aryanazra.blogspot.com

aizamia3 said...

Moga Fateh Uwais cepat sembuh hendakNYA.

aTieYusof Family said...

Salam Ramadhan Kira.. pekabar sis?? rindu Kira & Fateh Uwais...
Ya Allah! budak comel gebus ni demam ker? mudah2an beransur sihat ye cyg.. mgkn juga nk tumbuh gigi kot Kira..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cian anak mummy ni demam lagi

Yan Ty said...

alahai keciannya bam bam ni demam.. cepat sembuh , nanti leh gi kutip wek raye

Fiza Rahman said...

Siannya. Smoga fateh uwais cepat sembuh.

QasehnyaRania said...

alalhai sian fateh.cmna skrg?
time ni terasa kanbila berjauhan dgn suami..

*kira, beras perang xda la best mcm beras putih. tapi bagus utk kesihatan.

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...