Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 July 2014

Kenapa Mesti Tertidoooooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pernah tak satu ketika bangun dari tido, terjaga lepas TERTIDO dan satu perkataan keluar

arghhhhh kenapa la aku boleh tertido tadi ni?????


iyeee itulah yang terjadi pada saya malam semalam.
sibudak kenit atas tu merap dua hari lepas. asal ummi bangun je dia nangis peluk-peluk kaki. kalau nak letakkan bawah pulak dia kepit pinggang ummi. kalau ummi tinggalkan je dia menjerit nangis macam kena pukul =.=

Ya Allah tingkatkanlah kesabaran, ketabahan dan kecekalan padaku dalam mendidik dan menjaga amanah Mu ini amin amin

yang sebenarnya Fateh Uwais tu mengantuk tapi sajaaaa lawan mata takmo tido. sudahnya ummi tutup lampu bilik dan kepit dia sambil susu. sudahnya dengan ummi sekali tertido sampai la pukul 4 terjaga jam bunyi kejut sahur.

dengan beg nak balik kampung tak kemas. baju basuh belum berlipat. pinggan makan berbuka belum berbasuh elok lagi dalam sinki. beg baju anak pun belum kemas. nasib la baju anak yang basuh satu mesin dan selamat sidai dalam keadaan curi-curi.

suami mana? suami tak tolong? bagi yang baruuu je jejak masuk sini. saya dan suami PJJ. perkahwinan jarak jauh. jarak memisahkan kami. sobssssss ;(((( kalau ada suami insyaAllah mesti dia tolong tapi itu kalau lah ada~~~~~

syukurlah terjaga awal jugak dan budak kecik kenot tu tak bangun sekali. sempat la selesaikan apa yang patut. beg je tinggal tak kemas lagi, takpe la balik kerja kejap lagi kemas cepat-cepat sebelum gerak balik. moga kami selamat tiba ke destinasi yang dituju. amin

oh ye pada semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. mohon maaf atas segala salah silap terkasar atau terguris sepanjang perkenalan kita semua. moga Aidilfitri tahun ni lebih baik dari yang lepas. dan semoga ujian ramadhan tahun ni dapat menjadikan kita insan yang lebih baik disisi Allah hendakNya amin amin

kalau beraya jangan pulak bersalam dengan yang bukan mahram. yela kadang kita ni nak jaga hati sedara mara tapi kita terlupa pulak nak jaga hubungan kita dengan Allah. ingatan untuk diri sendiri jugak ni. hati-hati dijalan raya semua ;) 

8 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Saya pun pernah terjadi macam ini. Tertido balik lepas bagun. Hasilnya hari tu tak bersahur..huhu.

idzwa kamaruddin said...

manja niiiiii fateh uwais :)

cik Anggur said...

selamat hari raya kira...maaf kalo ada salah silap trkasar bahasa & prbuatan sepanjang kita kenal ~ ....

aizamia3 said...

Moga selamat perjalanan pergi dan balik..
Moga Syawal kali ni lebih bermakna.. ;)

Z@i Z@mR33 said...

mcm Aqil.suka sgt thn mata.bl soh tdo dok ngamuk2

Fiza Rahman said...

Hehehe...selalu juga macam ni. Memang kelam kabut lah lepas tu.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat ummi fateh uwais dan family.

QasehnyaRania said...

mau tak pernah ..permah juga
hikhik

selamat hari raya kira
maaf zahir batin

ciksu minta maaf ye andai ada pernah terkasar bahasa atau komen yg mngguris perasaan kira sepanjang mengomen di sini

0-0 ye :)

hainom OKje said...

Itulah dugaannya kan Kiera...sabau ajelah layan kerenah anak ni...manja tu

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...