Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

04 September 2014

Roll Call Ummi Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah dua minggu train Fateh Uwais. setiap kali kami sampai rumah baru balik dari ambik dia dekat rumah mak dia. saya akan sebut sambil depa tangan. "yayanggggggggg hug ummi" dia pun akan datang berlari dekat kita. buang habis semua barang yang ada dekat tangan dia datang peluk kita. Allah sweetnya awak anak. ummi nak train hari-hari lah, biar dia tau setiap kali sebelum pergi dan balik dari rumah mak kena hug ummi dulu hihihihi :p

bila dah hug dia akan duduk atas riba. masa tu adalah bonding time kami. saya akan tanya dia sihat ke tidak, cukup tido ke tidak, aktiviti ape buat dekat rumah mak. walaupun mak dia hari-hari akan cerita segala aktiviti dia tapi saja tanya balik. walaupun saya tau dia tak boleh zahirkan dengan perkataan segala aktiviti dia tapi saya tau dia faham. dia akan sebut "haaa!! haaa!! haaa!!" saya pulak akan cerita dekat dia apa jadi dekat ofis. gembira ke sedih ke saya, saya akan cerita dengan penuh perasaan!! itonasi, gaya badan, mimik muka sama seperti bila saya bercerita dengan abi dia. biar dia tau, apabila pulang ke rumah adalah waktu kami perlu bercerita apa yang terjadi semasa kami tidak bersama selama beberapa jam itu.

Ummi rinduuuuuu yayang. ye, mak mana yang tak rindukan anaknya bila datang ke ofis kan wuuu. bila saya kata rinduuu yayang sambil peluk. dia akan peluk balik. bila tanya. rindu ummi tak. terus panjat badan mintak susu. laaaa lagi rindukan susu dia dari ummi ni? sedih dah ummi :p


dan seterusnya sebelum saya biarkan dia bermain sorang diri sambil pengawasan dan saya buat kerja saya sikit-sikit. saya cuba luangkan waktu berkualiti untuk dia sekejap. ajar dia main lego, suai padan blok dalam kotak, cerita barney, dan ape aje yang terlintas kat kepala.

saya tau hanya weekend waktu yang banyak saya boleh habiskan dengan dia. jadinya masa yang sedikit waktu weekday sebelum dia tido. cuba habiskan seberapa banyak masa berkualiti untuk dia. moga usaha ummi ni mampu membahagiakan anak ummi amin amin. 

5 comments:

Z@i Z@mR33 said...

dh pndai dh dia.lama2 nti dia dh tau dh nk wt apa

mai has said...

pengorbanan seorang ibu...bertabahlah ummi Uwais...

aTieYusof Family said...

hihi..makin bijak uwais.. bila sllu kita train, InsyaAllah depa senang nak ingat dan akan ikut...

aryan azra said...

seronokkan bila anak sambut kita macam tu,akak skrg pun asyik blk lambat je..keje 7hari seminggu non stop..sian anak2, cuba juga mencari sedikit waktu yg ada bersama anak2,walapon hari2 blk rumah pukul 8mlm..uwaaaa

hainom OKje said...

Bagus lego ni untuk perkembangan Uwais...gitulah jadi makkan Kiera kena kreatif dan cari peluang untuk gunakan masa yg ada bersama....

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...