Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

24 July 2014

Kenapa Mesti Tertidoooooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pernah tak satu ketika bangun dari tido, terjaga lepas TERTIDO dan satu perkataan keluar

arghhhhh kenapa la aku boleh tertido tadi ni?????


iyeee itulah yang terjadi pada saya malam semalam.
sibudak kenit atas tu merap dua hari lepas. asal ummi bangun je dia nangis peluk-peluk kaki. kalau nak letakkan bawah pulak dia kepit pinggang ummi. kalau ummi tinggalkan je dia menjerit nangis macam kena pukul =.=

Ya Allah tingkatkanlah kesabaran, ketabahan dan kecekalan padaku dalam mendidik dan menjaga amanah Mu ini amin amin

yang sebenarnya Fateh Uwais tu mengantuk tapi sajaaaa lawan mata takmo tido. sudahnya ummi tutup lampu bilik dan kepit dia sambil susu. sudahnya dengan ummi sekali tertido sampai la pukul 4 terjaga jam bunyi kejut sahur.

dengan beg nak balik kampung tak kemas. baju basuh belum berlipat. pinggan makan berbuka belum berbasuh elok lagi dalam sinki. beg baju anak pun belum kemas. nasib la baju anak yang basuh satu mesin dan selamat sidai dalam keadaan curi-curi.

suami mana? suami tak tolong? bagi yang baruuu je jejak masuk sini. saya dan suami PJJ. perkahwinan jarak jauh. jarak memisahkan kami. sobssssss ;(((( kalau ada suami insyaAllah mesti dia tolong tapi itu kalau lah ada~~~~~

syukurlah terjaga awal jugak dan budak kecik kenot tu tak bangun sekali. sempat la selesaikan apa yang patut. beg je tinggal tak kemas lagi, takpe la balik kerja kejap lagi kemas cepat-cepat sebelum gerak balik. moga kami selamat tiba ke destinasi yang dituju. amin

oh ye pada semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. mohon maaf atas segala salah silap terkasar atau terguris sepanjang perkenalan kita semua. moga Aidilfitri tahun ni lebih baik dari yang lepas. dan semoga ujian ramadhan tahun ni dapat menjadikan kita insan yang lebih baik disisi Allah hendakNya amin amin

kalau beraya jangan pulak bersalam dengan yang bukan mahram. yela kadang kita ni nak jaga hati sedara mara tapi kita terlupa pulak nak jaga hubungan kita dengan Allah. ingatan untuk diri sendiri jugak ni. hati-hati dijalan raya semua ;) 

22 July 2014

Bila Dengan Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kata abi masa ni abi saja godek2 telefon. sekali dia nampak datang dekat. nak selfie letewwwww

ahad lepas hari Fateh Uwais dengan abi. setengah hari jela tapi. check up day. tengahari ummi balik ambik yayang berdua yeeee. kalau hari anak dengan abi mesti tak berbaju seluar sokmo. panas kata abi. layannn jela. tak berapa sihat lagi dia minggu ni. batuk selsema. batuk berserta kahak pulak tu. susah hati setiap kali dengar. makan pun dah kurang, mungkin tekak perit gamaknya huuu kesian anak. tapi suami kata dua kali dia muntah. keluar kahak sekali. alhamdulilah lega jugak la ummi abi bila kahak dah mula keluar.



sampai je rumah tengok besen tengah rumah. aikkkkk?? abi kata anak tolak Baby Walk dia ke dapur. sampai dapur nampak besen. tukar bawak besen ke depan. dah jadi besen walk pulak dah. duk tolak ke hulu hilir main besen =.=


seronok main kereta sementara tunggu ummi soping. abi surrender takmo dukung dah pasal dia kerja nak turun ke bawah. orang baru dapat kaki takkan la kena dukung lagi kannnnn. dan malam tadi masa telefon abi. dia cium peluk telefon ummi bila dengar je suara abi. macam-macam benda dia cerita kat abi. bagitau kata rindu kot. ummi sebak, ummi dah nanges pun. kalau anak yang kecik tu pun tau erti rindu berjauhan macam tu, ape pulak la kami ni nguuuu. rasanya dia rindu abi. asyik la ajak saya keluar bilik bila kami duduk dalam bilik. mungkin cari abi kat luar gamaknya. T.T

check up ahad lepas alhamdulilah semuanya baik dan normal. berat masih sama macam bulan lepas 9.5kg. tak naik pasal dia tak berapa mau makan. nurse kata mungkin sebab dia dah dapat kaki. biasanya budak kalau dah dapat kaki memang akan kurang makan. nak bagi ringan badan. alhamdulilah Fateh Uwais dah boleh mula berjalan sejak pertengahan ramadhan ni. untuk usia dia 10 bulan lebih kami bersyukur Allah permudahkan urusan dia. moga Allah terus permudahkan urusan anak ummi abi amin amin. 

Alhamdulilah gigi jugak dah mula timbul lepas demam 3 hari lepas. demam nak tumbuh gigi rupanya. patutlah sakit sangat. takpe yayang lepas ni kalau nak tumbuh lagi takmo demam dah ye. anak ummi kuat ;) bila dah dapat gigi dihirisnya susu ummi pulak T.T sabooo aje la.

17 July 2014

Pengalaman Menyusukan Fateh Uwais Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah nak habis puasa baru nak share hewhewhew, haaa la sebab mana tau karang ape yang saya buat tak membantu pulak, terus rasa bersalah. jadi baik uji kaji kat diri sendiri dulu kan baru share. dari awal tahun lagi dah nebes bila fikir masuk bulan ramadhan nanti. nebes bukan apa, bila memikirkan stok susu untuk Uwais. alhamdulilah masih diberi rezeki menyusukan dia sehingga 10 bulan lebih ni. syukur sangat. rezeki untuk dia. saya ni pesen yang takde la stok susu sampai penuh peti ais. makanya gayat la jugak. pam hari ni untuk stok besok. kalau kurang susu hari ni menangis la tengok stok susu berkurang untuk besok. 

seawal dua bulan saya dah google baca macam mana nak maintain susu bulan pose. tanya kat kakak-kakak yang berpengalaman. godek ikut situ ikut sini. alhamdulilah banyak jugak la ilmu baru yang saya dapat. since saya pun ummi baru kan. cuba usaha satu persatu.  rasa lapar tu alhamdulilah sampai waktu berbuka takde la rasa lapar tergedik-gedik. cuma haus yang paling ketara. sampai bergelas-gelas lah minum air ihihihihi.

Kurma

yang ini penting sebab serat dalam kurma mampu membantu ummi kekal bertenaga sampai waktu berbuka. nama lagi makanan sunnah kan ;) makan lah sekurangnya sebijik waktu sahur atau kalau mampu 7 bijik. tapi kalau saya confirm berpinar bijik mata nak habiskan 7 bijik waktu sahur tu hahahaha :p

Susu Serat

pernah dapat resepi dalam saya duk meng google tu. Susu apa jenis pun + kurma + kismis blend kan semua sekali lepas tu letak oat sikit. minum untuk kekalkan tenaga dan jugak maintain penyusuan. yang saya pernah guna susu coklat dan strawbery. rasanya bagi saya yang kurang gemar minuman manis. boleh aje la. cuma kena telan cepat-cepat untuk elakkan muntah.

oat + Horlick

oat memang salah satu cara tambah atau maintain kan susu ibu. tambahlah dalam nasi atau ape jenis air sekali pun. contohnya macam susu serat kat atas tula. saya dah pernah cuba kalau selain bulan puasa. minum horlick sekali oat memang sangat membantu banyakkan susu. Horlick salah satu cara nak tambahkan susu ibu ye kawan-kawan. dalam bulan puasa pun sangat membantu.

Alfalfa Shaklee + Air Kosong

saya ambik dua bijik selepas berbuka. dan jangan lupa minum paling minimum pun 1 liter air lepas waktu berbuka. bukanlah minum sekali gus. tapi sebelum tido cubalah minum 1L  air. ibu yang menyusu memang digalakkan minum air kosong banyak-banyak untuk produce susu baru setiap hari. makanlah biskut atau roti untuk membolehkan kita teguk air kosong sebanyak tu. kalau saja-saja nak teguk rasanya sangat mustahil kot. lain lah saya sebab saya memang seronok minum air kosong. dah orang tak suka minum manis kannn :p oh ye waktu bersahur pun kalau boleh minum hampir 1L air kosong jugak. kalau dapat separuh pun dah okey sangat ;) harus diingat setiap kali lepas makan alfalfa kena disertakan dengan air kosong yang banyak. kalau tidak boleh jadi pening lalat sebab kurang air dalam badan. 

Esp + Susu

saya ambik segelas setiap kali lepas berbuka dan waktu sahur. untuk membantu memekat dan banyakkan susu badan. jugak untuk tenaga sepanjang hari puasa. susu tak kira lah susu ape pun. asalkan namanya susu :p tapi kalau yang jenis tak boleh minum susu. boleh je campur dengan air ape pun asalkan bukan kafein atau air bergas.

Ostematrik @ Kalsium

saya ambik sebijik masa sahur. samada bulan puasa atau tidak. tetap kena dapatkan kalsium tambahan dalam badan. untuk anak yang menyusu, jugak ibu yang menyusukan tambahan kalsium sangat penting untuk tubuh badan. jadi cara yang paling mudah adalah dengan makan sebijik kalsium. tak payah susah payah pening nak pilih susu atau sayur ape lagi dah kuikuikui :p

Karbohidrat

WAJIB bangun sahur, makanlah nasi atau kabohidrat atau apa saja yang boleh kenyangkan isi perut. bila kenyang insyaAllah susu akan produce macam biasa. dah kalau si ibu tak bangun sahur, jangan pulak complain susu merudum. kalau terlajak sekali sekala tu boleh la dimaafkan ;)

Makan 3 Kali

waktu berbuka, moreh dan sahur. dah kenyang waktu berbuka. cuba pulak makan roti atau ape saja yang nak dimakan selepas terawih. insyaAllah ini jugak membantu dalam misi menghabiskan 1L air kosong tadi.

Demand & Supply + Positif

kalau hari biasa pam susu 2 atau 3 jam sekali. tetap teruskan schedule yang sama di bulan puasa. suami selalu ingatkan sentiasa positif. dalam otak letakkan perkataan "positif" dan "susu banyak" kemain suami iols ni kalau bab bagi semangat pam susu. dia tau isteri tercinta dia ni kemain cepat drop semangat bila nampak susu kurang :p ingat. lagi banyak kali kita pam atau menyusukan lagi cepat susu proses. 

Berdoa

inilah senjata utama para ibu. sentiasa berdoa dan terus istiqomah berdoa. moga Allah terus murahkan rezeki kita menyusukan anak sampai 2 tahun kelak.


*****

awal puasa hari tu. saya akui susu drop. sedih je rasa. nasib la ada stok dua tiga botol sebelum puasa. tapi terus amalkan semua yang saya senaraikan kat atas. alhamdulilah sehingga hari ni susu tetap maintain macam sebelum bulan puasa. energy masih ada. cuma macam saya kata awal tadi. haus aje la. 

masa Uwais demam hari tu pun susu masih banyak. alhamdulilah. kawan-kawan kata kena bukak puasa sebab susu time kita puasa macam kosong, tak mengeyangkan macam hari kita biasa makan. saya bincang dengan suami. rasanya itu cuma akal logik kita berfikir sebab kalau betul macam tu Allah mesti dah haramkan sesiap ibu menyusu dari berpuasa. sebab Allah Maha Mengetahui kan ;)

16 July 2014

Chair Child-Dining Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebenarnya dah lama simpan hajat nak beli high chair untuk Fateh Uwais. saya duk tenang dekat Ikea. murah cuma RM60 dapat lapik tempat duduk sekali. tapi Ikea tu jauhhhhh sangat. T.T suami kata tunggu sepupu dia yang duduk KL balik raya, mintak dia tolong beli kan. tapiiii ummi is tak boleh tahan bila Uwais mai panjat nak mintak duduk atas riba time ummi berbuka. 

 tak sabo-sabo nak bawak keluar kerusi baru dia. kalut!!! sama perangai dengan ummi hihihi :p

bila anak dah mula boleh berdiri sendiri, dah boleh memanjat, kerusi makan sangat penting ye. kalau tidak mesti stress setiap kali nak makan. macam saya yang duduk dengan anak je kat sini. hari biasa boleh lagi tunggu dia tido baru saya makan dengan tenang. tapi bila masuk bulan puasa. ummi is kenot boleh tunggu T.T Uwais pulak mesti akan panjat saya nak mintak duduk kat situ sekali menghadap makanan. kalau tak layan confirm dia menangis jerit-jerit =.= saya pulak pesen tak suka bagi dia mula nanges. nanti sepanjang malam dia akan moody dan bebai. 

ciwiiiii

bila dapat green light dari abi terus lelaju ajak ke kedai apple baby house dekat alor setar. dah situ yang paling dekat. RM89.90 dapat less dari harga asal RM99.90. biru jugak la mata ummi tengok harganya @.@ apsal barang baby ni mahal sangat!!!! nangesssss. pernah jumpa high chair sebijik macam kat ikea. jumpa dekat K4 sana. tapi harga dia RM79.50 TANPA lapik. terus kata kat abi tak mau lahhhh!!! sebab tau harga kat ikea berapa. nanti sakit hati hari-hari bila mengenangnya hahahaha

kenapa jenama My Dear ini yang jadi pilihan saya? sebab kerusi ni 2 in 1. boleh letak diatas lantai atau di atas kerusi makan kita. kalau nak ajak makan sekali dekat meja makan boleh ikat je di kerusi kita. ada disediakan tali keselamatan. kalau nak makan bersila letak je kerusi tu atas lantai. mudah bukan? oh ye bagi kami yang travel setiap minggu ni boleh jugak bawak masuk kereta dan bawak balik ke kampung. takde la nanti mati kutu nak letak dia kat mana bila nak makan besar dengan family kan.

Alhamdulilah dalam seminggu ni Uwais nak je duduk dekat kerusi dia. makan sekali dengan ummi. bukak posa sekali. tenangggg hati ummi, kalau tidak minggu lepas sampai masuk angin la perut bila dia buat perangai moody pasal ummi tak layan permintaan dia nak duduk makan sekali. oh lupa lagi satu. sila awasi anak anda bila dah letak kerusi ni atas kerusi makan kita. takut nanti budak aktif macam uwais jongket-jongket kan kerusi terbalik ke belakang pulak.


sebab dia aktif sangat jugak la ummi nekad beli kerusi makan. makan sekali dengan ummi. tak larat nak kejar dia bila waktu sel-sel otak sedang berhubung macam kat atas tu. rumah kami takde pagar baby lagi. tak mampu hoiii nak beli semua serentak sekali. saya gunakan box sebagai pagar sementara. tak bagi Uwais kejar merangkak sampai ke dapur. tapi tak sangka pulak akal dia memintas akal saya. panjat kotak satu persatu. berdiri atas tu pulak. pandai pulak tu juntai kaki sebelah sana nak lepas kawasan larangan. adehhhhhh

15 July 2014

Iftar Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kelebek folder gambar dengan blogger dalam external. huwaaaa rindunya dengan kemeriahan KBU dulu-dulu. kalau dulu paling kurang dalam dua bulan mesti ada aktiviti gather2 tapi sekarang sejak memasing dah punya komitmen. susah sangat nak lepak sesama lagi. tak payah orang lain. diri sendiri pun punya kekangan yang menghalang ;( Allah pertemukan kami suami isteri dalam KBU jugak. jadi jangan la pelik kalau nampak muka suami dalam ni hihihi


Iftar pertama kami sejak KBU beroperasi. tahun 2011. meriah masa tu. kami anjurkan Program Majlis Kembara Ramadhan bersama MAYC Kampung Padang Melangit Perlis. sampai ke Perlis kau berbuka puasanya hihihi. tapi meriah. sebab kami berkongsi rezeki yang ada dengan penduduk kampung yang kurang kemampuan. sepanjang sebelum majlis berlangsung lagi dah rajin iftar sana sini. meeting untuk majlis yang bakal berlangsung.

seronok tengok wajah gembira penduduk kampung sana. lebih seronok dari kita dapat bonus majikan bagi tu. bila lah boleh nak ada program macam ni lagi wuuuu. blogger yang dari Penang, Kedah semua pakat turun ke Perlis untuk menjayakan. oh ye masa ni kami suami isteri belum kawen lagi, baru merancang nak bertunang. hikhikhik :p


Iftar 2012. dekat je. Sungai Petani saja. takde pape event besar macam tahun sebelumnya. tapi tetap ada buat kutipan sekadar membantu ahli KBU yang mengalami bencana alam tak silap. target kami selagi boleh selagi mampu nak tolong orang yang tak berkemampuan. moga Allah berkati amin amin. masa ni kami suami isteri dah jadi tunangan orang masing-masing rasanya. ewahhhh trobek kisah ko sekali pulak ye Kira oiiiii hahahaha :p


Iftar 2013 paling sikit gambarnya . sedih betoiii hahahaha. saya pulak tengah preggy masa tu, perasaan nak keluarkan kamera memang takde sobsss. berbuka di sekitar Alor Setar saja, restoran ape ntah tak ingat dah. lepas solat maghrib kami moreh pulak ke Burger Abang Burn cawangan Alor Setar. amboiii awal moreh ye. ngehngehngeh :p


dan yang terbaru baru je berlangsung ahad lepas. berbuka di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. makin sikit pulak tahun ni tapi takpe la asalkan ada dari takde langsung ye dak. asalkan jangan KBU lenyap ditelan masa gitu aje. *kelip-kelip mata* bezanya dari tahun-tahun sebelum ni. dari yang bujang dah berdua, kami pulak dah bertiga moga yang single tahun ni tahun akan datang berdua pulak amin amin. tahun depan kami bertiga lagi? wallahualam semua tu kuasa Allah kalau Dia nak bagi walau kami belum bersedia tetap kami terima dengan hati terbuka :)

terima kasih pada semua yang ada dalam KBU. walau jarak dan masa memisahkan kita, kalian semua tetap dihati dan ingatan sampai bila-bila. ukhwah kita takde sape boleh pertikaian selagi Allah memberi redha. semoga kalian berjaya dunia dan akhirat. with love, Bendahari KBU yang cengei :p

13 July 2014

Diary Ramadhan Ummi Uwais 130714

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ohoiiiii sekejapnya ramadhan. sungguh tak terasa hari silih berganti. 

Ramadhan Keempat

 cukup berkenana kalau nampak muka sendiri dalam henpon ummi abi

hari ni tak terlajak tido lagi macam semalam. kihkihkih. jam bunyi terus jaga. bangun pelan-pelan sementara anak bujang masih lena diulik mimpi. tengah membasuh dengar ada budak menangis. terus lari cepat-cepat jenguk bilik. eh tido? oh rupanya anak jiran belakang. legaaaaa dan macam biasa 5.30am dia dah jaga mencari ummi. nasib ummi dah selesai buat semuanya tinggal nak sambung peluk dia je.

adoinya arini dia ligat pulak buat kerja masa ummi berbuka. sorong buai lah. lipat tikar dia lah. main kasut ummi lah. nak tarik iron board lah. grrrrr. jenuh ligan. dah tu buat muka manis pulak tu tiap kali ummi cuba jegil jegilkan mata. macam mana lah ummi nak marah =.=

Ramadhan ke sepuluh

ambik kauuuu lajak terus sampai hari ke sepuluh kauuu hahahaha. yang sebenarnya kekangan line tenet menyentak-nyentak tangkai hati ummi untuk update entry diary ramadhan ni. ramadhan ke sepuluh Fateh Uwais tak berapa mau duduk sendiri. menangis lah menangis bila time ummi nak sahur dan berbuka. kalau tidak tu elok je boleh main sorang diri. 

kami syak sebab badan dia letih-letih lepas pulih dari demam tempoh hari. itu yang kerja merap je. letih emosi dan letih fizikal sebenarnya. tapi bila mengenangkan anak tu bukan reti pape. akal pun terbatas lagi. tarik nafas dalam- dalammmmmmmm istighfar banyak-banyak dan senyummmm. takpe la perut ummi masuk angin pun asalkan anak ummi tak menangis sedu sedan bersama air mata. 

Ramadhan Ke Empat Belas

bab sahur biasanya Fateh Uwais takde masalah, sebab? ummi dah tau waktu mana yang dia akan bangun. jadinya ummi prepare sahur siap-siap dan selesaikan sebelum waktu dia bangun. jadi takde lah stress tak boleh nak bersahur nanti kan.

hari semalam kami berbuka dekat rumah Tok Mak suami. makan kat bawah bukan atas meja macam selalu. kemain eksaited la budak tu. semua nak capai. cawan, jug air, amboiiiii banyak kerja awak ye anak. erm erm ummi abi kena pertimbangkan cari kerusi makan yang boleh letak bawah untuk awak jugak la nampak gayanya yayang, ermmmm

10 July 2014

Fateh Uwais Demam Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

start jumaat lepas lagi. pepagi sebelum suami pergi kerja dia kata dekat saya. kepala anak panas ni sayang. saya pun pegang. eh tak pun. ke saya yang mamai? huuu entahlah. elok lepas je Fateh Uwais bangun tido pagi tu saya sendiri rasa badan dengan kepala dia panas. sudahhhh demam pulak budak sorang ni.

sepanjang hari merap dan bergantung susu. Allah melepeknya ummi rasa. tapi takpe la demi anak. bagi makan ubat dia yang ada dalam peti sejuk sebab badan terlampau panas. suhu pun tinggi tapi sikit pun tak jalan. sambil tu lap-lap badan dia dengan air macam biasa. bagi susu badan terus dan terus sebab kata dokte kalau demam terus bagi anak minum susu badan supaya antibodi dia terus kuat.

tengahari suhu dia sampai 39. terus ajak FIL ke klinik, dokte masukkan ubat ikut montot gebu Uwais. kata dokte tinggi sangat suhu dia ni. alhamdulilah lepas masuk ubat nampak la dia mula nak ceria. tapi cukup je 4 jam. badan panas balik. berlarutan macam tu sampai la pagi hari ahad. pestime Fateh Uwais ummi abi demam sampai 3 hari. selalu tu esoknya dah ok. kesiannya dia. boleh nampak muka letih dia.

kenapa tak bawak terus ke hospital? sebab bila bagi ubat panas dia turun, habis kuasa ubat panas datang balik. dan ada ketikanya demam mula surut dan dia boleh ceria bermain. dan lagi satu saya takut anak trauma duduk hospital. dengan kena cucuk. boleh nampak 'macam-macam', takut semangat dia turun nanti. tapi cakap jugak ke suami kalau ahad ni anak tak pulih jugak kita terus bawak ke hospital. alhamdulilah pagi ahad anak dah sembuh. dah boleh main gelak mengekek. syukurrrrr sangat.

Mama dengan MIL kata demam nak boleh dapat sesuatu. mungkin dia demam nak tumbuh gigi. tapi tatau la kita tunggu jela nanti. biasanya Fateh Uwais kalau beralih bulan atau nak dapat sesuatu dia takkan demam. alhamdulilah antibodi dia kuat. syukur sangat dengan yang satu ni.


cepat la sihat anak. ummi rindukan telatah manja dan gelak tawa awak. baik dari demam, sepanjang minggu dia merap. sampai la ke pagi ni pun. paling teruk berbuka dan sahur saya semalam dan pagi tadi la. langsung tak bagi ummi makan. ummi curik-curik je makan minum. menangis lah menangis. nak ummi tengok muka diaaaaa aje. nak ummi dukung sepanjang masa. alhamdulilah abi kata abi nak ambik petang ni. moga bila nampak muka abi nanti hilang terus lah merap dia. ;( 

08 July 2014

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pandai pulak ko nak bagi tips dekat orang ye Syakira. hahahaha. sekadar berkongsi pengalaman. ramadhan tahun lepas usia kandungan dah masuk 8 bulan. cepat letih. longlai. badan terasa memberat semua tu ada.

dalam islam dibolehkan ponteng puasa bagi ibu mengandung yang risaukan diri dan anak dalam kandungan. tapi bagi saya. awal lagi saya dah niat dan tetapkan matlamat. bukan senang nak boleh puasa penuh bagi orang perempuan ni. Allah dah bagi peluang, jadinya saya nak cuba penuhkan puasa. nak-nak pulak lepas lahirkan baby nanti nak susukan dia lagi. takut tak larat nak ganti pose pulak. slow talk dengan Uwais(masa tu dalam perut lagi), bagitau yang ummi nakkkkkk sangat puasa penuh. jadi baby kena bagi kerjasama.

hari pertama memang mencabar lah. yela baru mula nk berpuasa balik. anak dalam perot duk menendang2 mintak makanan. biasanya sepanjang masa dia dapat makan. tapi hari tu takde pulak, mau tak mengamuk kawan. tapi ummi pujuk pujuk dan pujuk.

yang penting jangan skip sahur. sahur la ape pun yang boleh mengeyangkan. nasi, oat, roti tapi roti tak digalakkan sebab roti cepat larut dalam badan. kurma jangan lupa makan. makan la 7 bijik atau berapa yang larat. asalkan kurma tetap masuk dalam perut masa sahur. kurma tu benda asas yang sangat membantu. macam saya dulu masa sahur siap ambik jus kurma lagi. 

bagi yang berkerja, waktu lunch ambik sikit masa untuk tido rehatkan diri. berbadan dua ni lain. letihnya lain. jadi ambik masa untuk tido dalam surau atau kat mana yang awak rasa sesuai. rehat sekejap.

waktu berbuka pun kena ambik makanan yang ada zat dan serat. setakat mee, bihun, ketiow boleh kenyang waktu tu je. kalau nak makan jugak make sure lepas tu makan lagi makanan lain yang boleh cover tenaga yang dah hilang siang tadi, jadinya besok akan ada tenaga lain untuk ganti.

waktu saya pregnant dulu takde ambik supplement lain macam shaklee yang duk ada sekarang ni. cara itu aje la yang saya buat. dan alhamdulilah masih boleh puasa penuh. ingat! jangan jadikan berbadan dua sebagai alasan nak ponteng puasa. yang penting usaha dulu bagi ada tenaga untuk puasa siangnya. kalau dah betul mudarat baru lah ponteng. bukan senang tau kita kita ni boleh nak puasa penuh. dan jangan lupa doa banyak-banyak moga Allah permudahkan setiap urusan kita.  ;) 

amaran!!! kalau dah rasa badan memang tak mampu nak puasa jangan gigih pergi tahan jugak. berbuka aje la. nyawa yang lagi satu dalam rahim kita tu amanah untuk dijaga. ingat ok?!

03 July 2014

Diary Ramadhan Ummi Uwais #030714

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ape? ingat diary ramadhan Rafiq je ade? :p saja hadirkan diary ramadhan. bukan niat nak kumpul gambar makanan. cuma catatan saya sendiri yang masih diuji dengan PJJ suami isteri. kalau ramadhan dulu pun puasa sendiri jugak tapi bertemankan anak dalam perut. tapi tahun ni lain sikit, anak dah lahir dan cabaran dia lebih besar lagi ;)

Ramadhan Pertama ;

kedah cuti, makanya seronok la saya bergolek-golek dengan anak dan abi dekat rumah. sahur pertama kami ditemani anak. 4.45am dah bangun, mintak abi peluk anak. saya nak sediakan sahur. Fateh Uwais kalau terjaga dari tido, mesti nak sentuh kulit orang. asal dapat je sudah la dia akan tido balik sebab dia tau dia tak keseorangan.

tengah panaskan makanan dengar anak menangis. kuat. jadinya saya mengalah. naik atas bagi anak susu dan kejut abi. suruh take over dapur. alhamdulilah Uwais sambung tido balik lepas dapat apa yang dia nak.

waktu berbuka dia langsung takmau tido walaupun tahu dia dah mengantok dari awal lagi. dari biar dia main sorang dan takut teralit tak sedar main tangga. saya letakkan dia ditengah antara saya dengan suami. suami suap anak makan saya pegang. asalkan tak menagis dan kami masih boleh berbuka itu dah memadai ;) pandai pulak tu bila abi lambat jerit-jerit kat telinga abi suruh ingat dekat dia sama hahahahaha :p

Ramadhan Kedua ;

 jangan ponteng puasa tauuuuuu

suami dah hantar kami balik alor setar lepas berbuka semalamnya lagi. disebabkan suami nak balik naik bus awal arini, bus gerak pukul 5.45am makanya seawal 4 pagi lagi dah bangun. alhamdulilah anak masih lena tido saat kami berdua bersahur. elok pulak hujan. sejukkk aje. lena la budak tu.

haaa ini yang nebes. pestime nak berbuka dengan baby aktif sorang tu. petang sempat masak dulu. disebabkan dia suka kejar saya bila masuk dapur. saya hadang dengan kotak besar. mula tu dia dapat lepas tapi sesudah saya perkukuhkan pertahanan saya akhirnya dia mengalah. yesss ummi menang!! hahahaha :p menjerit-jerit dia panggil saya. sory la sayang. ummi tak nak awak terkena percikan minyak. jadi duduk situ dendiam.

sebelum berbuka siapkan anak sesiap. salin pampers, tukar baju tido. bagi susu. layan dia main dulu. masuk je maghrib dia pun datang panjat kaki sebab nampak saya menghadap makanan. nak letewwww. ummi bagi biskut, bukak upin ipin. dan dia senyap makan makanan dia sambil layan video. dah habis biskut mai panjat kaki lagi. hihihi. alhamdulilah anak ummi behave sangat. sempat la ummi berbuka sama waktu dengan orang lain. thanks Allah :)

Ramadhan Ketiga ;

 lena anak ummi tido, hujan sejuk.

oh sahur sendirian, sedih dan pilu? tak sempat!!! pasal terjaga lewat. 4.45am baru jaga. lewat la tu bagi saya yang ada anak. sebab biasanya 5 lebih dia akan jaga mintak susu. siapakan sahur sesiap, makan lelaju dan abi call. takut isteri dia tak terjaga sebab senyappp aje(tak mesej dia). biasanya saya akan mesej suami dulu menandakan saya dah bangun sahur. elok habis makan, habis membasuh anak pun menangis mintak susu. alhamdulilah.

berbuka hari ketiga ni dia gedik sikit sebab nampak housemate saya berbuka sekali. tak boleh pulak duduk diam macam semalam. kejap datang dekat saya, kejap lagi mintak housemate dukung. nasib la housemate pun memahami dan rajin layan dia walaupun setiap kali anak pergi ke dia saya ambik balik.

ok cukup la tiga hari dulu. karang buat lebih-lebih naik bosan pulak orang membacanya :p alhamdulilah Allah terus permudahkan urusan saya disini walau masih berpjj dengan suami. rezeki Allah tu luas. mungkin belum tiba rezeki kami nak tinggal sekali tapi Allah lorongkan rezeki dalam bentuk lain. syukur Allah hadirkan anak yang behave dan tak banyak karenah. Alhamdulilah

02 July 2014

Fateh Uwais #10 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 10th Month, Alhamdulilah

cepatnya masa berlalu. kejap je dah 10 bulan anak teruna sorang tu. lagi dua bulan je nak cukup setahun. oh adik ummi akan rindukan masa-masa baby awak nanti adik. sebenarnya Fateh Uwais tu cukup berkenan orang panggil dia adik. kat rumah pengasuh adik. dekat rumah tokma adik. dekat rumah opah pun adik jugak. dah memang adik pun jangan pulak tanya bila nak jadi abang, pukkkk kang haaaa hihihihi. 10 bulan ni macam-macam akal dah boleh dapat.

Alhamdulilah dah boleh mula menapak lima enam langkah. dia pesen ummi tak boleh orang suruh-suruh. kalau kami suruh dia jalan, cepat aje dia duduk balik, merangkak lelaju. kalau buat tatau dekat dia, buat-buat tak heran dengan dia boleh nampak dia menapak sikit-sikit. haishhhh perangai ummi sangatttttttt awak ni :p

pandai panjat tangga!!!! haaaa ini bahaya. bukan satu anak tangga pulak tu. sampai beranak-anak tangga dia boleh panjat. siap panggil orang kat atas suruh turun lagi. amboiiiiii. takde sape pun ajar dia panjat tangga. mulanya dia panjat kotak-kotak saya dekat dalam bilik kami. lepas tu dia jadi syok pulak panjat tangga rumah tokma, kalau orang dapat tangkap dia mula menangis jerit-jerit macam kena pukul. pasal dia tau dia nak kena bebel dengan ummi abi kejap lagi. haishhh tak boleh ralit langsung dengan budak kecik tu.


muncung mulut sepanjang masa. mana belajar pun tatau. ntah-ntah sebab dia selalu tengok ummi muncung2 mulut bila nak tunjuk benda dekat dia. adehhhhh baby ni jangan la ikut kelaku tak elok ummi :p tapiii comel sangat mulut dia tu. sape lah lagi nak puji anak sendiri kalau bukan ummi yang melahirkannyaaaa hahahahaha :p

dah pandai jeles bila ummi kiss baby lain. saja la ambik sepupu dia dulu. dukung, gomoi. dia pulak atas wan dia. kelam kabut orang tu tarik-tarik ummi marah kiss baby lain. dukung je takpe tapi jangannn kiss. marah beno nampaknya. kalau dia atas abi takpe boleh kiss. amboiiiii

01 July 2014

Dilema Nak Botolkan Susu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pagi ni baru lepas baca komen Puan Neesa, ibu si bambam omey Sheila Amina. katanya dia dilema nak bagi Sheila menyusu dalam botol susu. saya faham apa yang dia rasa sekarang. sebetulnya saya sendiri pernah ada dalam situasi dia. rasa bersalah yang amat nak bagi Uwais menyusu dalam botol susu. sebolehnya nak direct BF ke dia sepanjang masa. tapi kalah dengan tuntutan kerja. saya wanita yang berkerja mana mungkin saya punya banyak masa nak balik menyusukan anak dirumah. nak pulak anak duduk dirumah pengasuh takkan sepanjang masa saya nak ganggu mereka dirumah. lagi pula jarak office dengan rumah pengasuh bukannya dekat. melainkan pam susu di office dan bekalkan susu ke rumah pengasuh. itu yang terbaik. 

sebaiknya bagi wanita yang berkerjaya mahupun suri rumah. ajarlah anak dengan menyusu botol. saya cuba senaraikan baiknya bila kita mengajar anak lebih awal menyusu botol

1) Ajal Maut Ditangan Allah

kenapa ini yang pertama? sebab kita tak tau bila masa nyawa kita akan ditarik Allah. boleh jadi hari ini, esok atau lusa. kes berlaku pada sahabat saya sendiri. umur baru 30-an, anak yang paling kecil usianya baru 6 atau 7 bulan. cuba bayang kalau arwah tak ajar anaknya menyusu botol macam mana nasib anak tu sendiri? sedih kan.

2) Mudahkan Pengasuh

pernah pengasuh Uwais cerita. ada sorang anak yang dia mengasuh dulu. ibu dia langsung tak ajar susu botol. first time nak menyusu botol dan dirumah pengasuh. hari yang pertama kalut pengasuh nak ajar dia menyusu, si baby dah menangis menjerit lapar. sebelah tangan pangku baby yang baru nak belajar berbotol dan sebelah lagi tangan memasak. sungguh kita bayar pada pengasuh tapi pengasuh jugak ada tuntutan tanggungjawab dia sendiri pada keluarga dia. jadi apa salah memudahkan urusan orang lain, orang yang memudahkan urusan orang lain nescaya Allah akan mudahkan urusannya pula. insyaAllah.

3) Ringankan Beban Si Ibu

kalau anak dah biasa belajar berbotol. mudah pulak si ayah menyusukan anak nanti. takde la si ibu terkejar-kejar nak potong bawang dekat dapur anak pulak menjerit lapar kat depan. ada botol, boleh lah ayah tolong-tolong mengasuh anak ye tak.

4) Tahu Setakat Mana Keperluan Anak

maksudnya bila kita dah mula bagi anak menyusu botol, makanya kita tau setakat mana dia boleh habiskan susu sekali minum. macam Uwais awal dulu dia cuma boleh minum takat 2oz sahaja, kalau bagi lebih memang tak habis. sekarang dah boleh minum sampai 4oz kalau cuba bagi 5oz memang dia takkan boleh habiskan. jadinya takde la membazir nanti kan ;)

 Fateh Uwais kami sejak dah boleh mula makan dulu lebih selesa minum air masak dalam cawan, alhamdulilah

itu antara kebaikannya.tapi saya pasti antara kerisauan atau dilema para ibu

1) Lupa Pada Susu Badan

saya tahu kadang ibu dilema nak bagi botol takut anak takmau direct bf sebab lambat susu tu keluar berbanding botol yang lebih cepat. tapi percayalah anak tetap mahu direct bila nampak ibu dia dah ada depan mata. macam Uwais lepas je saya ambik dia balik. benda pertama yang dia akan cari. susu. walaupun pengasuh kata dia baru lepas menyusu tapi dia tetap akan cari. sebab? rindu dan bau badan ibu itu sendiri.

2) Selesa Dengan Puting Botol

dan lagi satu takut anak lupa bentuk nipple ibu tu sendiri. sekarang dah banyak brand susu yang menyerupai nipple ibu. Tommy Tippee , Tomo Como, macam-macam lah. cuma tinggal kita aje nak servey mana yang baik untuk anak.

3) Ketagih Pada Botol

dan lagi satu takut anak lambat berpisah dengan botol susu. ada kanak-kanak yang sampai masuk sekolah pun masih berbotol susu. takpe kita asuh perlahan-lahan tukar botol susu dengan cawan pegang. insyaAllah lama-lama nanti mesti diorang malu sendiri nak heret botol kemana-mana lagi.

tapi apa pun pilihan ditangan masing-masing. kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita kan ;) 

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...