Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

12 May 2015

Kolam Bandaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

hai. hewhewhew. payah betoi nak mula bukak entry baru bila dah start cuti panjanggggggg. macam biasa kalau seorang syakira cuti bekerja makanya blog pun bercuti la jugak. bukannya sebab pakai wifi opis!! amboiiii tak baik fitnah iols okeyyy. tapi sebab dekat rumah tersangatlah malas nak on lappy nanti ada budak bontot toek duduk atas lappy ummi lepas tu nak kepak leher lappy ummi =.=" pakai henpon? tak puas nak taip entry panjang2 dalam skrin kecik itewwwww :p


weekend cuti panjang yang lepas masa dekat PD belikan lah pelampung mon ni dekat budak bontot toek tu. disebabkan kadar keterujaan dia pada menatang doraemon tu melampau2 makanya abi kata "kalau ada pelampung doraemon baru kita beli dekat anak" tengok2 ada sorang bapak budak duk heret pelampung mon ni. terus tunjuk kat suami "tuuuuuuuu ada, kejap lagi kita cari ek" 



tengok tu buat teruk sangat. duduk dalam mon tengok tv. habis hati letewww orang beli mon kesukaan dia :p dan dekat area alor setar mana ada laut yang boleh main mandi manda kecuali langkawi. ke ada tapi ummi tatau? makanya ummi abi decide nanti kita bawak anak main kolam dekat kolam bandaran MBAS. memandangkan aritu nampak Naqiah bawak Anas Muhsi main kolam dekat situ. dan nanti takde la susah sangat ummi nak mendobi baju basah dorang. kalau main laut penuh mesin dengan pasir pantai aje =..=


kolam bandaran dekat stadium. masuk dewasa RM3.50 untuk yang mandi sahaja, kalau setakat nak tengok anak dengan suami mandi masuk free. kalau celup kaki je tatau kena bayar ke tidak :p untuk kanak2 besar uwais FOC. ada dua kolam satu untuk kanak2 dan satu lagi yang dewasa punya. untuk kolam kanak2 paras dia sampai dada uwais je. syok budak sorang tu jalan ke hulu hilir dalam kolam tu. 


masa sabtu lepas kami sampai sebelum pukul 6 petang. tak ramai sangat orang. bebudak pun tak ramai lagi. 6 lebih macam tu baru lah lagi meriah. tapi Fateh Uwais ni takmo pun main lelama dalam kolam bebudak tu dia lagi suka nak mandi kolam dewasa. belagak pulak yeeeee


setiap kali letak dia dalam pelampung mesti dia pusing2 nak keluar. agaknya dia rasa lagi secure bila abi yang pegang. kalau pelampung ada potensi nak terbalik katanya kot. tapi sebab ummi abi chewy nak tengok anak main pelampung baru. paksa jugak dia duduk dalam tu. natijahnya? berlubang doraemon tu kena gigit dengan uwais. lalu kempis lah ia dan tak boleh main lagi =.= sakit hati sungguh tengok mon tu kempis cedera parah 


kena nasihat lepas buat salah. hewhewhew. ohh ye lupa. kolam bandaran ni hari2 bukak kecuali hari rabu hanya untuk pengunjung perempuan dan kanak2 sahaja. syok kan? mandi manda tanpa kehadiran orang lelaki. takde la segan sangat nak berenang. hari kami pergi ritu ada sorang lelaki ni swimming pakai spenda renang aje. rasa macam herrrrrrrr =.=' memang la "its normal ok" tapi kurang manis kot nak pakai macam tu tempat public. nasib uwais belum pandai nak tanya hal sekeliling ni kalau tidak apa ummi nak jawab kalau dia kata "ummi orang tu tak malu ke pakai spenda je? bebird dia tak terbang ke?" =.=


insyaAllah bakalan jadi aktiviti mingguan family kecik kami. nak ke taman tema tiap minggu kopak lah duit kan, main mandi manda dalam kolam bandaran pun jadi lah. itu pun dah cukup seronok untuk seorang Fateh Uwais, ummi dan abinya. murah pun murah hewhewhew. dan ummi bakalan terjun ke dalam kolam itu bersama mereka jugak satu hari nanti. mana tahan woi tengok deme berdua seronok bergelak ketawa dalam kolam tu. menjerit-jerit hati ummi ni tahan geram tauuuuuuuuuu :p


post signature

10 comments:

iryanty ahamad said...

comelnya uwais bergaya sambil tengok tv....geram..rasa nak cubit2 je pipinya.. :-))

Jen Jen Areff said...

syoknyer uwais tu

Z@i Z@mR33 said...

amboi...sakan tgk tv dok atas mon ek....hahaha...mcm Aqil jugak smpai abah dia kena buang angin pelampung tu.klau x dok usung la pelampung tu

aTieYusof Family said...

seronok nya uwais..memang anak abi sungguh..hihi.. best jgk kolam ni Kira sbb ada hari utk pompuan je kan..taklah segan sgt..

juicy X said...

kami mujoq umah metua sebelah sungai...tiap kali balik mesti umarfaiq mandi sungai. tp kami tak penah mandi.takuttt

cik Anggur said...

tggu bussaina besaq ckit nk beli kolam bg dia berendam hehehhehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
samala pelampung uwais dengan abang fayyadh he3

aryan azra said...

laaa...sian mon kena gigit dengan uwais,kenapa gigit tu?geram sangat ye..hehehe

QasehnyaRania said...

hahahha ciksu nk gelak dulu la, boleh. tak tahan sbb fateh uwais gigit mon. adoi. sian mon tu.

oke dh tahu. beli dkt pD erk. seketoi tu brpa kira ?
ada rezeki nk cri juga la. dh x sabar nak bawa rania mandi pool hihi.

balik kedah nanti blh la ke sana. dh lama tak ambil tahu.zaman skolah dlu tahu kata ada tp x pnh la nk prgi.

aizamia3 said...

Geram nengok dia duduk bersandar sambil bersantai tengok tv.. ;)

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...