Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

29 April 2015

Benda Yang Tak Patut Ditanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"dah kawen?"

"kenapa tak kawen-kawen lagi? umur dah lanjut. kawan2 sebaya semua dah ada anak masing-masing bla bla bla...."

"takda usaha nak ada anak ke?"

"bila nak tambah anak?"

"eh eh dah ada dua orang? cepat betoi proses..." =..=

bila orang tu baru beranak sorang. baru je pun baby tu tak lepas 6 bulan lagi dah tanya bila nak tambah yang lain. tapi bila dah masuk baby kedua dah pulak perli2 orang tu baka baik, proses cepat, cepat dan tangkas bla bla bla lahhhh lagi =.=

heiiii tak paham ok!!!! macam kawan saya. sampai sorok perut masa mengandung yang kedua. baby kedua dah selamat bersalin 3 bulan baru dia tunjuk ke public yang dia dah ada dua baby. sebab antara sulung dengan kedua jarak rapat. kenapa sorok? ni haaa pasal mulut orang-orang sekeliling ni la. mengata itu ini. tau tak kesannya dari kena kata tu? emosi seseorang tu tersangatlah terganggu tauuuu. ok seorang ummi uwais dah emosi huuuu.

kalau orang tu dah beranak sorang mohon janganlah sibuk sangat tanya bila nak menambah lagi. dia tau la bila dia nak tambah ke ape ke. kalau orang tu takde anak lagi pun jangan lah sibuk jugak nak tanya merancang ke ape. tak kan lah setiap masa dia nak update dekat pesbuk

"baru je lepas bers**a, tapi sperma tak nak lekat lagi" - sebab nak bagitau ke kome yang suka bertanya merancang ke ape tu

-.-

semua tu rahsia Allah, rencana Allah. kalau rasa takde benda nak dibualkan baik diam dari berkata-kata sebab kadang-kadang kata2 tu hanya buat orang sakit hati dan menyumpah dalam hati. 

jangan sampai pulak nanti orang tanya ke kita balik

"bila suami awak nak kawen lain??????"

"anak awak buruk hodoh piang sangat kot yang orang tak masuk meminang lagi"

kannnnnnnnnnn


Fateh Uwais dan gua kolam nya.... gambar takde kena mengena dengan teks entry :p


post signature

21 comments:

idzwa kamaruddin said...

mulut manusia

aTieYusof Family said...

erm... perangai manusia mmmg tak kan puas utk bertanya Kira..mcm akak skrg sllu kena tanya " tak nak beranak lagi ker" fuhh! gila ker tak nak rezeki, sapa tak mau..tapi tulah bkn kita yg tentukan, so kena fahamlah kan..huhu..
sabor jer lah dgn pertanyaan2 yg tak sepatutnya ni...

Nieyl said...

Singgah pagi...
soalan² yg sgt x best...:)

Gee Lion said...

Hate to say this but apparently, memang wujud golongan macam ni dalam kelas masyarakat kita. Takpelah, semua ni ujian. Yg penting, janganlah kita mendowngradekan diri jadi macam dorang. Hanya kebahagiaan je dapat tutup mulut2 orang mcm ni. Huhu

ewanthology said...

mmg susah nak puaskan hati semua org...

iryanty ahamad said...

asalamualaikum kiera..masak apa arini.:-))

betul tu...kalau dimata orang ada je salahnya...tu sebab kalau pi majlis kenduri lebih baik dok jauh2 dari orang macam nie

Z@i Z@mR33 said...

dh penah rs dh soalan2 cmtu.

'awat x kwen2 lg?tu la milih sgt...bla bla bla...'

cemuih...

depa igt kita ni xmau kwen kot?dh xda jodoh nk wt lagumana.

bab tmbh anak pon dok kena.jwpn slamat...'hr tu czer...kena 2 thn br leh ngandung blk'...hihihi

aryan azra said...

biasalah kira..manusia ni kan macam2 ada yg tak senang dengan kesenangan orang lain..setiap benda pun nak menjadi persoalan,adalah lebih baik kita doakan saja buat mereka yg belum sampai jodoh,yang belum punya zuriat tu..itukan lebih baik, tapi itulah kan... moga kita dijauhkan dari semua itu,bersabarlah dengan orang2 seperti ini

Mummydearie said...

Hahaha! Nak gelak pulak baca 'ayat tanya' yang bawah tu :)

Adatlah manusia ni, macam-macam nak ditanyanya. Kalau kita tarik muka, katanya sombong pulak. Padahal dalam hati siksanya siapalah taukan...

Samalah macam kita nampak jiran sebelah tengah jemur baju pastu kita tanya,

'Buat apa? Tengah jemur baju keeeeeee?'

Ahaks!

Daddy Ziyyad said...

Org Melayu kita, mmg suka bagi soalan soalan macam tu..saya panggil itu " caring tak bertempat"

kucen master said...

kadang2 bukan nak tanya sangat.tapi xde modal nak borak

http://kucenmaster.blogspot.com/

aizamia3 said...

yup.. rezeki masing2 yang telah DIA tentukan..
Hanya kita yang tahu susah senang macam mana nak uruskan kehidupan.. mereka2 hanya pandai berkata-kata..
Tak kena diri sendiri oklah.. ;)

juicy X said...

"kau bila nak kawen?"

"aku tunggu laki kau masuk meminang aku"

puas? haaaahaha

cik Anggur said...

malas nk komen kalo bab mulut2 org nie.....kena kt org sedap ja cakap..klo kena ke dia haa tau plak nk naik hangin nanti !! iskk tetiba emo plak

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
bagi akak la kan
yang penting JANGAN ambil kisah sangat MULUT orang :)
diri kita, keluarga kita, hidup kita
akak ni pun si fayyadh dah 3thn
ada ja manusia dok tanya2
akak jawab direct ja
akak memang merancang, belum masa lagi nak tambah anak :)
dolu masa akak belom kawen, pun sama
akak jenih jawab direct he3
so kalo berani mai tanya mai :P

hainom OKje said...

Yelah kan kekadang rimas jugak kalau org tak berhenti bertanya. tp nama pun manusia Kiera.... ada yg bizi body. Buat tak dengar sudahlah....yg boleh layan layan, yg tak boleh, abaikan hihi

Puteri Beribiru said...

erghh..kite pun bengang orang tanya bila nak kawen..tau tak sebenarnya kite sendiri nak tau jawapan tu..tapi sebab tak tau, orang tanya je rasa cam nak hentak orang tu..hahaha emosi

Jen Jen Areff said...

betol... sy pun ada alami situasi cmtu. lum kawen tnya bila? tp kan kdg tambah bila kita ni jujur jwb die sailang jwpanyer & ckp menyakitkan hati lg... Sabo jer la

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
jawab ikut soka jer he3

QasehnyaRania said...

kan.
mmg pedih ulu hati senak dada
ciksu penah kena dlu "tak pandai nak buat ke.."
rasa mcm nk hempuk je kepala.. dh la keluar u bljar pndi. pi tnya soalan mcm tu. nak kata tahap bangang ke apa erk ? bernanah j

betul tu.. mmg mnganggu emosi. serius ciksu kata. mmg down dgn org sekeliling. dgn berblog ciksu byk berpikir secara positif. sbb byk dpt aura positif dr kengkawan blog.bg semangat, sokongn

ha tu diaaa. terbalik dah kolam tu.. sabaq j la

Murni Alysa said...

Senang tutup mulut tempayan dari mulut orang ni

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...