Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dah lama rasa tak cerita pasal anakanda yang seorang itu. bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dia. hujung tahun lepas Fateh Uwais kami disahkan dengan ujian Thumb Trigger Finger. ada banyak cerita dia dalam ni. macam mana akhirnya kami berjaya dengan izin Allah luruskan balik ibu jari dia pun ada saya kongsi kan dalam ni. untuk pengalaman kami sendiri dan untuk rujukan kami sendiri jugak nanti nya.
sebelum boleh discaj dengan Klinik Fisio kena discaj dengan klinik pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah dulu. Alhamdulilah 3 Feb 2016 dokte pakar tulang sendiri yang discaj kan Fateh Uwais. tak perlu buat rujukan dengan diorang lagi memandangkan ibu jari Fateh Uwais dah sembuh sepenuhnya. cuma kena tunggu apa pulak kata dokte Fisioterapi dia. kalau Dokte Fisio 'lepas' boleh la discaj.
14 March last Fateh Uwais appoitment dengan unit Fisioterapi HSB. dokte buat jugak la segala aktiviti fisioterapi tu. tengok jari dia pun dah boleh bengkok lurus bengkok lurus. akhiranya dah boleh dicaj dengan unit Fisioterapi jugakkkkk. alhamdulilah syukur sangat. tak payah ulang alik hospital tetiap bulan tetiap minggu dah. Uwais pun dah naik kenal dokte dengan nurse dekat unit tu. staff sana pun dah boleh cam dia. budak ramah tamah tu biasa la. huhuhu
cumanya malam lepas balik dari hosp jadi balik jari dia!!! duk menangis kata jari adik sakit jari adik sakit. tengok ibu jari bengkok keras balik. errrrrrr apakah??????? cuma sapu minyak TYT je. nak sentuh beria-ria tak di baginya. ada la jugak dokte pesan sebelum balik tu. kalau jadi lagi. kena pergi klinik tulang cepat-cepat. supaya dapat diagnosis cepat. errrrkkkkkkk erkkkkk
esok bangun pagi alhamdulilah tak sakit dah jari katanya. minggu depan nya jadi lagi. ayooooo ape ni ape ni. bila ummi buat keras main-main ibu jari dia. jadi ok balik. oohhhhh baru la dapat tau. urat ibu jari dia macam terpeleot sikit. errr tak reti nak terang. jadi macam kadang tengah2 kita solat urat kaki rasa berselirat. kena main-main kan tulang tu baruuuuuuu ok. baru tak sakit. haaa jadi macam tu lah.
apa pun alhamdulilah dokte sahkan Uwais dah bebas Thumb Trigger Finger. syukurrrrrrr sangat. terima kasih pada semua yang pernah mendoakan Fateh Uwais kami. terima kasih pada yang mengambil berat dan terima kasih Doktor dan Staff unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah khasnya. budi baik anda hanya Allah je yang mampu balas :)
12 comments:
alhamdulillah lega dengar..harap2 sakit tak berulang laa..kesian plak bila dia mengadu jari adik sakit (ops, kan nak jd abang dah mana boleh gelarkan diri tu adik) hihihi
alhamdulillah..dah sembuh, moga terus elok jari tu ye
Alhamdulillah!! Syukur~
alhamdulillah...legany atak yah berulang g hsptl dh ~ lepas satu bab
Alahai siannya Fateh Uwais.. :( Semoga semua urusan dipermudahkan ye..
Alhamdulilah.....
Moga jari Uwais terus baiklah ye Kiera.... Bendanya kecik je tapi mau tak risaukan sebagai mama...
Alhamdulillah.. lega tak payah dah nak ulang-alik kan.
Teringat masa dak Adik sakit dulu, hampir setiap hari setiap minggu kena ulang-alik ke hospital.
alhamdulillah..hai fateh uwais bila nak balik ipohh
alhamdulilah semoga dipermudahkan but fateh ya
alhamdulillah.. dh boleh main dan membesar dgn sihat uwais ni
alhamdulillah..
boleh main mcm2 dgn adik nanti
Post a Comment