Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

04 May 2016

Sup Urat keting | Wakaf Che Yeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


entry yang terakhir mungkin. untuk edisi percutian kami ke Terengganu Kelantan bulan tiga aritu. dah nak habis bulan april baruuu nak habis entry nya hahahaha. pitam pitam. jenuh merangkak buat entry :p

kami sampai Kelantan pun dah lewat malam. lepas melayan budak 2 tahun 7 bulan tu meragam nak masuk Taman Tamadun Islam. lepas check in dekat Motel Marina Inn. rehat lurus urat mandi bersihkan diri terus keluar cari makan. perut laparrrrrrrr huuuuu. somi ajak singgah makan dekat sini. Restoran Sup Urat Keting. tepi jalan je dah boleh Nampak restoran nya. tak jauh pun dari Wakaf Che Yeh. ada la dalam 2km je kot gamaknya. gamaknya lah. tapi memang dekat lah senang cerita.


ada banyak menu hari tu. takdan nak tangkap gambar. ingat nak oder makan perut sendiri je hewhewhew. yang kami oder. sup urat keting, telur dadar, kailan ikan masin, nasi putih tiga pinggan. makan ala kadar je. jam pun dah lewat perut dah lapar makan benda yang cepat siap je hahahaha. sebenarnya ni dalam set. set makan tiga orang. ada sekali tiga gelas air. yang dia tulis dalam menu teh o ais dengan air sirap je. tapi boleh je tukar kalau nak air lain. kalau lebih sila tambah duit(luar harga pakej) selain makanan dalam gambar atas. ada tiga pinggan nasi kosong, milo ais, barli suam dan air suam(kami tukar air dari air pakej) harga RM22.90... oh itu memang harga dalam pakej yang dorang bagi. tak tambah duit mungkin sebab salah satu air kami air suam je gamaknya. gamaknyaaaaaaa.

dalam menu ada banyak pakej lain. pakej family la. pakej vvip la. luar pakej pun hadoooo. tinggal pilih dan oder ikut selera korang jela. masa hari kejadian memang ramai orang. tapi oder boleh dikatakan cepat jugak la sampai. pelayan ambik oder kita dan bersihkan meja pun cepat. maksudnya walau kedai ramai orang tapi still boleh consider lagi nak duduk tunggu oder kita sampai walau perut dah krok krek krok krek ;D


surau pun ada disediakan mana yang datang time dekat nak maghrib tu haaaa. Nampak dari luar macam selesa. tapi dalam tatau la. tak masuk solat pun aritu. mata je melilau tengok keadaan sekeliling apa yang ada hihihihi.


haaaa lagi satu mana yang datang dengan family dan mencari homestay dekat Kelantan. Astana Guest House. mungkin homestay bawah seliaan dorang kot. dan kalau menginap di guest house dorang ni dapat la voucher dinner dekat Sup Urat Keting ni bernilai RM10. jadi la kan. sape nak bagi RM10 free free kan hihihihi.

11 comments:

Unknown said...

Ya Allah sup urat ketingggg, sedap nyerrrrr. Kelaparan rasa..

Jepun Mari said...

sy pernah makn sini,ok sedap..tu tahun dulu tak tahu sekarang
hahhaa

Izwa Kamaruddin said...

senang order yang dah set terus! takyah nak pikir pikir ;)

el said...

22.90 mcm mahal pulak ye dop..air suam plak tu..
tp mcm best plak tgk sup urat tu hihi

Mummydearie said...

Cukuplah tu untuk tiga beranak. Sure kenyang lepas makankan, Kiera. Murahlah juga setakat RM20++.

Wah, itu sudah baik! Kalau menginap di guest house kendalian mereka, dapat diskaun RM10. Banyak juga tu, siapa nak bagikan. Sesetengah tempat, minta diskaun RM0.50 pun tak dapat!

Aryan azra said...

senang macam tu, cepat dapat dapat sedap dimakan eheheh..akak tak pernah samapi situ lagi, bila nak p taktau la ni

cik Anggur said...

ok la tu dh pndai mkn...akk yg 30 thn ni xreti2 makan....haahahhaha

OKje said...

Urat Keting tu camne rupanya Kiera? Sedap ke? Selalu nampak menu tu tp tak pernah order. OKje tak denya rege Rm22 henggit kalau makan makan gitu Kiera ...dah tak merasa. Paling murah 2 kali ganda harga Kieralah selalunya kot

Nina Mads said...

nma tu haha.. makanan nmpk sedap tp manis tak? sbb tu la nina xleh terima mkanan pantai timur kecuali nasi kerabu. hehe

Pha Is said...

dulu masa duk kelantan, selalu jugak ke wakaf che yeh ni.. x perasan pun tmpat ni... xbleh jadi nih.. heheh

Nina Mads said...

haaa pha is nk terjah la tu. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...