Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

09 July 2015

Beli atau Masak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sembang mak mak cenggini la hahahaha :p dah setengah ramadhan pun. kalau kami ke bazar pun selalunya blurrr tengok makanan. bukan sebab banyak tatau nak beli yang mana, atau rambang mata, atau semua rasa nak ambik. tapi sebab rasa macam takde selera tengok semua makanan. yang selera tengok air yang berkaler kaler tu je. ngehngehngeh

masak jugak yang rasanya paling ideal. dapat pulak balik setengah jam awal bulan puasa ni. sempat la masak itu ini dekat rumah. tak banyak pun. biasa buat lauk sejenis, sayur sejenis, nasi. itu je dah cukup. dessert memang selalu ada dekat dalam peti. kek memang tak pernah kering dari dalam peti tu. kalau takde kek mesti suami bunyi "pelik pulak bila takde kek nak buat kudap2 mulut ni" kohkohkoh

bila anak dah pandai makan lagi tak sampai hati nak membeli dekat luar. Fateh Uwais tak suka makan pedas, dekat luar memang selalunya pedas lah. nak pulak duduk kedah. memang makanan kalau tak pedas kurang kick lah kan hihihihi. makanya memasak lah kita demi menjamin kesenangan hati dan perut setiap insan :p jimat pun jimat. bersih pun bersih. kalau beli dekat luar boleh makan time berbuka je kalau simpan bawak ke sahur mesti dah rosak makanannya. time berbuka banyak mana jela yang lalu makan pun. membazir je nanti huuuuu

tapi takde lah sepanjangan ramadhon ni masak je. ada jugak la ngelat beli dekat luar. ada hari bila malas tu memang malas lah jugak. takde kompromi lagi hahahahaha :p

yang syok nya tiap kali masak memang lupa nak ambik gambar. konon nak buat lah entry resepi masak tu. tapi hambarrrrrr hahahahahaha. dah kalut masak, kalut ngemas, sibuk nak meronda petang2 pulak. hewhewhew :p


post signature

15 comments:

iryanty ahamad said...

hubby tak suka beli makanan kat luar..terutamanya lauk pauk..sebab dah terkena banyak kali lauknya ada telur lalat..dan dah basi

ruzz ezanie said...

Aku keje rumah buat lepas muadz tido. biasa jam 8 dah boleh dah kalau nak mengemas sebab dia dah masuk tidur. Hihi

zai zamree said...

akak mampu beli je la...xda istilah blk stgh jam awai company ni.btabah la hadap jem yg luar biasa dr slalu.smpai umah dh 6.30...dh letih...suami beli je la sesiap apa nk mkn.pkl 10 cmtu lps Aqil tdo br la start msk 1 2 jenis lauk

QasehnyaRania said...

ciksuu pilih masak n beli
masak menu utama
kuih mmg beli j beli kuih yg jrg nk dpt hri biasa.
skli j buat kuih.msa blk kg. ramai kan.

ps:sama la rania pon suka msk mulut juga
ada jga buku keras tu pon suka nak ngapppp :)

aryan azra said...

hai semangat akak nak tengok gambar makanan tau...

itulah kalau akak pun lebih suka masak sendiri je, lagi sedap makan masakan sendiri..hehehe bukanlah masak sedap sangat tapi rasa puaslah dapat makan sendiri masak

cik Anggur said...

dan amik gambar masa hidang makan bahahahaha...nnti nk masuk kn dlm blog la...makaseh bg idea :P

ewanthology said...

harga makanan di bazar makin mahal, portion makin kecil dan kesedapan makin kurang.
so, lebih elok masak kalau ada masa.

Dunia Zumal said...

Memang rambang mata bila pergi bazaar ramadan nie, tapi bila beli tak kena dengan selera pula. Tapi Zumal tetap beli juga sebab tak sempat masak.

Siti Nurzafirah said...

Ye kan... Kalau p bazaar selalu, sampai dah tak taw nak makan apa... Kalau masak sendiri, simple pun licin...

Amanina Mads said...

kat rumah ada masak dan beli.. heheh
sbb masak selalu makan time sahur saja.

izzeyda said...

kat umah ada masak.. tapi nak layan anak2 bpuasa, layan jugak tekak diaorang.. apapun masak lagi jimat berbanding beli.. tahun lepas memang rekod, tak pernah ke bazar Ramadhan langsung..

hainom OKje said...

Okje pun masak jugak Kiera..... kalau hujung minggu baru beli biasanya. Itu pun sebab keluar, so sampai ke nasi beli hihi....Nasi lemak ke, nasi briyani ke.....senang...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kira,
samalaaaaaa
weekend ja beli serba sikit he3 :)
hari koje memang masak
balik kojer teruih bersilat he3

Shahida Dzulkafli said...

Sha memasak time sahur jer..
Sebab berbuka biasanya makan makanan yg ringan2
cam kuih muih..

wan muliani said...

Beli dan masakk..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...