Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
hoitttt bulan ramadhan kan bulan yang mulia. takkan la ada jugak benda yang dibenci itu. ada, sebab tu la wujudnya entry ni huhuhu
Jammed
tiap tahun memang ini lah yang kena hadap. opis dekat tengah pekan. pusat alor setar katanyaaaa. bulan puasa habis kerja 4.30pm kena sharp terus thumbprint dan balik. kalau tidak mau 5.30 karang baru sampai rumah. ikutkan 20 minit macam tu je dah boleh sampai rumah tapi disebabkan jammed yang luar biasa dibulan ramadhon makan bertabah lah setiap hari. nak2 pulak dekat nak raya nanti lagiiiiii lah jammed yakmat. bazar ramadhan dekat bawah tu je mana tak jammed nya huuuuu. mujur setakat bazar kedai baju2 raya kalau bazar makanan tatau la nak cakap macam mana. ada yang pegi keja jalan kaki je gamaknya.
Potong Que
rentetan dari perenggan diatas. dah la jammed kan. ada pulak manusia yang dia rasa diaaaaaaa je nak cepat. potong Q. hoiiii orang lain boleh je beratur, bersabar ikut giliran masing2. awat hang tak boleh pulak. hang je ke yang nak balik? hang je yang nak masak? hang saje yang nak berbuka? hang je yang nak kejar rumah ke???? haaaa marah dah la tu. dah la kena hadap jammed. jammed tu takpe lagi adat lah kan masing-masing semua pun nak balik cepat tapi sebab kena hadap pulak spesies manusia OKU cenggini. Otak Kurang Upaya. kadang tu jammed bukan pasal apa pun. pasal manusia yang suka memotong Que ni. kadang atas highway yang buat lagi berganda jammed pun manusia macam ni jugak. salah gunakan laluan kecemasan.
Parking Ikut Dan
ini lagi satu menyirap. dah la jalan utama. boleh main ikut dan je parking keta dia atas jalan raya. orang yang nak berselisih ni kena bergilir pulak disebabkan kereta dia yang dah makan jalan tu. kot ye nak membeli pun cuba la beringat dekat orang lain sikit. tolong hidup jangan menyusahkan orang huhuhu
cukup lah tiga tu je kot. karang mau naik darah tinggi pulak seorang ummi uwais. fuhhhhhhhhhh. moga arini besok dan besok besok sampai bila-bila takde lagi jumpa spesies mengurangkan pahala puasa orang ni. kalau tak bersabar sangat mau makian berduyun-duyun yang keluar dari mulut huhuhu. astghafirullahalazimmmmmmm...
20 comments:
haha,samalah kita..walaupun naik pengangkutan awam, sama jugak sesaknya.taulah kolumpo..
dugaan puasa ni besar sgt kan..
stuju ketiga tiga diatas....ada tu macam dia sorang ada kereta...main terjah je..grrrr
Kalau tak kuat, tak sabar boleh gaduh kat situ..
same dengan! e'in pun tak suke 3 perkara tu sume..
Bulan puasa ni hr2 smpai umah 6.30 ptg.Jumaat paling hazab...pkl 7..keta mai kot celah bedah mn tah byk sgt.Bulan biasa smpai umah 5.45 cmtu ja.1st bridge cmtu...2nd bridge ok ms atas jmbtn ja...pstu sngkut dr tol juru smpai la kt sbrg jy...so dua2 sm ja jem dia
sabar ummi uwais..sabarr hehehe tapi memang pun kan orang2 yang mcm tu la yg menyebabkan jalan bertambah sesak,kalau semua ikut peraturan mesti lancar je,jammed sikit2 tu memang dah adat la bulan puasa ni kan..
bulan puasa ni org memang cepat marah dengan situasi sekeliling... bersabarlah dan anggap itu semua dugaan di bulan ramadhan :-)
memang boleh mendatangkan kemarahan.. hehe
Musim raya, musim cuti sekolah memang selalu gitu. Entah mana datangnya manusia ramai2 tu.
kan.
sama la kl ni haaa
kalau jnd ada yg OKU tu..
jns pntgkan diri sendiri
susah
tahun nie tak penah jejak kaki sekali pn kat bazar.....kalo balik umah mak abg ja p beli bawa anak....kita dok umah masakkkkkkkk....kekadang rindu masa time kecik kecik p bazar
tiap raya mcm tu lah
ni kampung el tu..depan umah nak kuar pun dah jem
tensen sungguh..
Parking ikut dan tu yg palingggggg menyakitkan hati
Sabar sabar sikit lg nk hbs puasa.sedih pulak kan..
Nasibb baik pejabat aku dgn umah dekat.mohon seorang ummi jeles.. #ehhh
tak suka jugak semua tu.. yang paling tak suka, bab jammed laa..
Semua org nak mbalik, masak Kiera tu yg jammed tu hihi....Istighfar jerlah dlm hati banyak banyak
Assalam kira,
hat tu kaaaaaaaaaa
bulan bulan posa pun akak tak suuukaaaaaaa sob3
Samalah kita...
Tapi manusia lain raser dia jer nak cepat die jer yg ada mende urgent...
kita2 nie dok melangut je.. tu yg selamba badak potong que.. parking ikut dan..
Post a Comment