Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 March 2012

Simpan dan sorok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringat usrah bersama teman rumah smlm. perbincangan antara dia dan keluarganya, perihal kekasih hati yang bakal datang merisik. Alhamdulilah, hubungan mereka juga akan menganjak ke satu lagi level. 

antara yang kami bincangkan semalam perihal simpan dan sorok kekurangan pasangan. Islam sendiri menegaskan agar saling menjaga aib pasangan masing-masing. intipatinya agar keharmonian rumah tangga terpelihara.



sebagai contoh hari nie si isteri tidak pandai menggoreng ikan habis pecah perut si ikan terputus 4 kepalanya, tidak pandai menggosok seluar suami yang mahukan site yang tajam seperti hujung pedang, dan pulang ke kampung si suami bercerita pada ibunya. tapi suami lupa menceritakan yang si isteri lembut ketika berbicara, santun tika menyapa. agaknya apa pandangan ibu pada menantunya? ibu mana yang sanggup melihat anak lelakinya pula yg perlu turun ke dapur?

si isteri pula sibuk mengadu pada bondanya perihal gaji suami yang sering dibayar lewat, terpaksa menggunakan gaji bulanannya pula untuk menampung kehidupan tapi dia lupa menceritakan suami yang bijak berbelanja, mengganti wang yang digunakan dengan berlipat kali ganda. bonda mana yang sanggup melihat kesusahan dan kepayahan anak gadis yang dahulu ditatang, semua kehendak dituruti?

itu contoh jela. simpan dan soroklah kekurangan pasangan. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri bak kata ustaz Hasrizal.dan saya percaya tiap kekurangan itu akan diperbaiki dari masa ke semasa dan kerana itu bercintalah dengan dirinya, terima si dia seadanya, kerana kamu lebih mengerti siapa dia bilamana kamu membuat keputusan memilihnya.

7 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ni yg nak wat entry psl ni juga ni keh3

aDisH.sHidA said...

betul2 apa saja kekurangan pasangan kita..sebolehnya tak perlu la kita cerita kpd org lain..mahupun keluarga sendiri

Unknown said...

ciri-ciri isteri solehah ... :)

cik Anggur said...

tak semua bnda yg kita boleh share ngan org lain ~

Hafizin Jamil said...

sama2 menampung kekurangan diri...jangan dok heboh yang buruk.. :D

kay_are said...

senang cite, time pasangan seadanye r kan? jangan r time cinta je bagai nak rak.. pastu..

Kira Sakura said...

GKSB :: buat lah :)

Kak Shida :: itu yg sebaiknya kak :)

Lin :: moga bertambah ciri tue dalam diri saya dan kita.. Amin

Kak Sue :: betul kak

HJ :: kan... tutup aib org lain

Kay :: pastu kau tinggalkan die klu die x mcm yg kau harapkn.. kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...