Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

23 October 2012

Pesan Ustazah : Mencari Ketenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ustazah saya punya suami dan anak-anak tapi saya selalu rasa tak tenang kenapa ustazah?

"puan ada suami? ada anak-anak? kewangan stabil? tempat tinggal ada? jika ada semua cuba puan ikut apa yang saya sarankan" kata Ustazah

Pesan Ustazah : pejamkan mata, cuba bayangkan ketika mata dibuka tiada suami disisi, anak-anak hilang, kewangan bergoncang, merempat ditepi jalan. seharusnya kita perlu mensyukuri segala kurniaan Allah. boleh jadi hati tak tenang kerana kita lupa erti bersyukur. kita tak tenang kerana Allah tak beri apa yang kita mohon. tapi kita selalu lupa yang Allah selalu bagi apa yang kita perlu. 

Pesan Ustazah : bila hati tak tenang. bila hati gelisah. cuba bayangkan orang lain yang jauh lebih susah dari kita. 

hari ini kita tak tenang kerana kerja yang kita dapat tak seperti apa yang hati kita mahu. tapi kita lupa yang kat luar sana ada yang kerja menjual paku pakis yang dikutip tepi sungai. kita lupa yang kat luar sana ada yang sedang gelisah tak berkerja sedangkan ibunya sakit di rumah.

hari ni kita bersedih hati jodoh lambat datang ke kita. adik beradik yang lain sudah punya keluarga sendiri. tapi kita lupa ada yang diluar sana langsung tidak kenal siapa ibu dan bapa,hidup bersendiri, belum berkahwin. sedangkan kita masih punya ibu bapa yang sentiasa kuat berada disisi kita.

hari ni kita bersedih bilamana Allah ambil kembali zuriat yang dipinjamkan dalam rahim kita. tapi kita lupa yang ada insan lain berkahwin 30 tahun tapi langsung tak pernah merasa zuriat berkembang didalam rahim.

hari ni kita mengeluh berjemaah dalam masjid atau surau yang tiada aircond tapi kita lupa dinegara berperang sana bagaimana susahnya umat islam mahu bersujud mengadap Ilahi. bagaimana susahnya mereka mahu mendengar suara azan berkumandang. 

hari ni kita merungut mata rabun kena pakai spek saya la tue tapi kita lupa yang kat luar tue ada insan yang buta sejak lahir tak boleh melihat indahnya segala ciptaan Ilahi.

bersedih itu lumrah perasaan. kerana itu Allah ciptakan air mata untuk kita melepaskan kesedihan yang bertandang dihati. tetapi sayang, jangan lupa yang Allah juga menguji adakah umat yang Dia sayang itu bersyukur dengan segala kurniaan lain yang diberi. ujian tandanya Dia dekat dengan kita.

belajar mensyukuri kerana dari situ hadirnya ketenangan, insyaAllah :)

#maaf tak bermaksuh nak tuju ke sesape entry nie cuma perkongsian dari saya untuk semua. maaf kiranya ada yang terasa. maaf sekali lagi

#Pesan ustazah yang saya kongsi dari mana-mana majlis ilmu yang saya dapat. kerana pesan ustazah, harta yang banyak bila digunakan akan habis, ilmu yang sedikit digunakan akan bertambah, insyaAllah

#kerana saya bukan yang terbaik kerana itu saya berusaha menjadi yang lebih baik. moga saya sentiasa istiqamah Amin

#Pesan ustazah untuk saya sendiri dan awak semua, wallahualam

15 comments:

kay_are said...

nape aku rase entri ko ni macam ade something related ngan entri aku ari ni je? @.@ ko tiru aku lagi eh? =P tapi setuju.. bersyukur ape yang ade kan..

Izwa Kamaruddin said...

TQ....really need this entry right now..

Anonymous said...

tq berkongsi dear

OKje said...

Sepatah kata Prof Muhaya.... Untuk akhirat kita kena selalu tengok orang yg diatas... maksudnya kena berusaha untuk menyamai ilmu para ulamak .... tapi bagi urusan dunia kita kena selalu jenguk orang yg di bawah... supaya redho bukan bermakna tidak berusaha dgn rezeki yg ada .... betapa kita masih jauh lebih baik dari mereka!

TiranaAduka said...

salam sakura,
Terima kasih sudi kongsikan di sini.

Ya betul tu ..semua catatan dlm blog tirana aduka adalah kisah sebenar suka duka kehidupan yg sebenar..hanya nama yg TA tukar .coz tuan bdan tak nak namanya tersiar dan ada nama yg sebenar dalam tu.

Thanks sudi lapangkn masa di blog tirana aduka.
Keep in touch..happy blogging

Nor Zilla Sensei said...

kiera..sudah banyak ilmu diperolehi ni.. tq dear

ooo mama ade beli tulang ea..awl lagi ni.bole ke simpan..ntah2 mama masak dulu sebelum balik raya nnt..hhehe

aku HaniAsyira said...

yeah.. tp sebagai manusia ada masa nya kita lupa mensyukuri nikmat yg diberi kan..

Zai Zamree said...

TQ ilmu yg dikongsi...

ye...dl pon penah pk mcm tu bl saat putus tng n lmbt kwen...kenapa aku?tp bl pk2 blk...bsyukur Allah x jodohkn kami sbb pangai dia yg tah pape...

Ain Norainsyah said...

time kasih sebab tulis entri ni akak.:)

Unknown said...

nice entri, sangat bermanfaat untuk aku hamba allah yang lemah ni. :#

cheryna zamrinor said...

Itulah yang kita nak sampaikan pada semua org juga. Kena sentiasa berterima kasih dengan segala apa yang ada. Bukan mudah nak memudahkan - kadang2 penyampaian cerita sampai tapi bukan semua org menghayati.

"hari ni kita merungut mata rabun kena pakai spek saya la tue tapi kita lupa yang kat luar tue ada insan yang buta sejak lahir tak boleh melihat indahnya segala ciptaan Ilahi."

menyayangi cermin mata saya. thanks:)

CikUna said...

Alhamdulillah... Thanks iffah... kadang2 kita selalu telupa setiap apa yang kita ada tu adalah nikmat dari ALLAh...

نورعيم said...

akak, org atas ni salah komen ke? heee.

ni kak kira bkn kak iffah.

sila tujukan entry ni utk sy akak. huhu. sbb sy selalu mengeluh bila dlm kesusahan. hmm.

encikHati said...

insyaAllah...pesanan dr ustazah itu boleh membuatkan kita terfikir tentang apa itu kehidupan...siapa diri kita...dlm mencari sebuah kebahagiaan :')

nursuriani said...

huhuhu banyak ilmunyaaa...buat saya terfikir dan bertenang balik. tengsss cik kira! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...